Skip to main content

Berpagi-Pagi Dengan Melawan


Semalam aku pulang ke rumah dalam kelesuan. Letih bukan kepalang. Rumah yang suram memanjang. Adik-adikku memandang semacam. Aku terasa kekurangan sesuatu. Mana ummi?

Hari berlalu dan terus berlalu dengan situasi yang pasti membunuh jiwa. Suram dan tidak bermaya.

Kali ini adikku bersuara. "mum nih, Ummi duk dalam wad pun tak melawat, tak gi tengok pun.."

ALLAH!! Aku terpukul. Biar betul.. " eh, habis tuh nape selama ni takde orang oyat pun katku? (kenapa selama ini tak ada orang memberitahu saya pun??).

Perasaan bersalah terlalu mencengkam. Esoknya Ummi pulang ke rumah. (kenapa aku tak pergi melawat Ummi lagi kat dalam wad ya?).

"Ummi sebenarnya gi hospital KL, jaga saudara abah yang sakit lama tuh", terang Ummi kepadaku buat menjelaskan situasi. Lega sedikit. Tapi sebak bersalah masih menebal. Apakah ini diri aku yang sebenarnya? Ketiadaan Ummi boleh pula tidak ku sedari??

Membawa Diri ke Kampus

Minggu suai kenal. " ooo, takpelah mum wat gituh. agah benar napok teh.. takpo demo takpo.." (ooo, takpelah kamu buat macam tuh yer..sombong benar nampaknya..takpe-takpe). Tegur sahabat baik ku di Syria. Cikgu @ Faris Ghazali.

Eh, cikgu ni tak pernah marah orangnya. Kenapa kali ni dia macam betul-betul terasa? Aku ada buat dia sakit hati ke? Aku ada kata apa-apa yang tak elok ke kat dia?

Ya ALLAH, dahlah minggu suai kenal yang lepas aku dah ditegur supaya tidak terlalu mengarah-ngarah. (masih mencari bilakah dan dimanakah dan bagaimanakah supaya aku tidak mengulanginya lagi, namun sahabat yang menegur sekadar mengatakan cukuplah kita wat benda tuh sebagai muhasabah.)

Bukan saya terlalu obses untuk menjadi seorang terlalu sempurna. Tapi mencari silap kata-kata atau bicara sendiri yang mungkin boleh mengguris hati orang lain kerana perbezaan budaya dan latar belakang yang berbeza.

Namun teman tetap tidak menjelaskan situasi sebenar. Ini sebenarnya bahaya untuk masa depan kerana mungkin ada kata-kata saya yang tidak digemari oleh orang lain, tapi mereka tidak menjelaskan perkataan dan cara bagaimanakah yang menyebabkan mereka terasa atau terguris.

Hati kelat dan pedih. Bagai jatuh ditimpa tangga. Membuat hati keluarga sendiri dan teman baik sendiri merasa tersisih dan kecil hati.


AHHH!! Aku mesti lawan. Ingat, pagi ni mesti ikut juga jadual dan disiplin baru yang disiapkan malam semalam walaupun tak ada masa untuk tidur.

Alhamdulillah diri ini mampu bangkit melawan mainan mimpi syaitan yang mampu membunuh motivasi kendiri yang positif di pagi hari. Kesedihan melampau terhadap peristiwa sekeliling, terutama dari orang-orang yang tersayang mampu membunuh semangat kendiri. Ini boleh menjadi senjata yang ampuh bagi musuh kita. Syaitan dan nafsu.

Semuanya bermula dengan jadual harian yang terlalu ketat, tapi kurang tersusun. Mesyuarat tanpa henti, dan kurangnya disiplin diri dengan al-Quran. Lantas terus mengganggu jadual rehatku yang secukupnya buat bekalan kesegaran di dalam kelas.

Walaupun sesibuk mana pun kita, persoalan hubungan dengan ALLAH adalah perkara pokok. Asas. Maknanya, jika saya terlalu sibuk dengan urusan membantu manusia lain sekalipun, tanpa memberi masa untuk ALLAH, pasti ALLAH akan mensia-siakan masa dan usaha saya. Kerna apa? Kerna saya dan anda semua adalah hamba.

Subuh tadi dikejutkan oleh alunan azan. Lama benar rasanya diri ini dihijab dari subuh berjemaah. Betullah kata-kata Imam Ghazali. " Sesungguhnya perbuatan mungkar itu mencegah kita dari bersolat (dengan sebaiknya, berjemaah dan di awal waktu) sebagaimana solat itu mampu mencegah perbuatan mungkar, begitulah jua sebaliknya yang berlaku."

Lama benar rasanya diri ini tidak mengangkat bendera jihad. Menentang kehendak, bermujahadah mencari kepuasan ALLAH.

Segalanya-galanya bermula di awal hari. Itulah hikmahnya Nabi melarang kita tidur selepas subuh. Banyak manfaat dan perkara mampu digapai di awal pagi.

Tapi, bebanan kerja di minggu mungkin sedikit sebanyak mengganggu aturan hidupku yang turun naik imannya ini. Minggu pertama yang berlalu tanpa dibiarkan sehari pun tanpa mesyuarat. ALLAH..perbetulkanlah niatku.




Apa pun, disiplin, ketulusan, dan komitmen terhadap ALLAH wajib diberikan sepenuh hati. Inilah kunci kejayaan manusia didalam apa jua bidang yang diceburi sekalipun.

Nafsu? Syaitan? Kehendak diri? Kesenangan sementara?

LAWAN TETAP LAWAN!!
LAWAN TETAP LAWAN!!
LAWAN TETAP LAWAN!!

TUNDUKKAN NAFSU KITA!

Abu Fateh,
Teratak Talhah,
Indera Mahkota,
25200.

Comments

humm said…
yeah, semoga lebih optimis dan bersemangat dik!

“Today is all that you have. Organize the hours of this day, so that you make years out of minutes and months out of seconds. Seek forgiveness from your Lord, remember Him, prepare for the final parting from this world, and live today happily and at peace.”
‘Aaidh ibn Abdullah al-Qarni
ADAKAH PA ITU SATU KEPERLUAN? rUANG DISKUSI DIBUKA....

Popular posts from this blog

Indahnya Bahasa India

Sekadar berkongsi beberapa patah perkataan bahasa India yang ku pelajari secara tak langsung dengan pesakit dan pekerja. Jika ada kekurangan dan kesilapan sila betulkan.


1- Siapa nama awak? = ope riina?
2- Nama saya.... = yenper....
3- Pergilah (untuk lelaki) = poodah
4- Pergilah (untuk perempuan) = poodii
5- Dah makan ke? = sapdiya...?
6- Dah makan dah = sipdaen
7- Jom makan = Bahsapdala
8- Jom minum = wa tanni kudigkelam
9- Awak tinggal di mana? = ni yengger kae ?
10- Baju = settae
11- Seluar = silwar
12- Mata = kanney
13- Telinga = kadhae
14- Kaki = kaali
15- Wajah = kaalai
16- Apa khabar? = na lam irking gele?
17- Apa khabar? (secara sopan) = sauriyema ?
18- Nenek = padti
19- Datuk = tata
20- Abang = anne
21- Kakak = akka
22- Pakcik = mama
23- Makcik = mami
24- Ayah = appa
25- Mak = amma
26- Dah minum ke belum ? = tanni kurchitia?
27- Belum lagi lah = inno illek
28- Tak ada = illek
29- Saya pergi dulu ya = poidtu ware’
30- Dah makan ke ? (sopan gitu) = sapdinlah...?
31- Dari mana ? = yinggere dhe?
32- Awak n…

Luahan hati seorang ibu...

Oh ibu..tidak terkata untuk menyatakan jasa ibu, 9 bulan ibu mengandung dengan berbagai dugaan dan cubaan. Ibu menempuh perit dan derita semasa melahirkan..! Semasa dalam pantang, ibu mengalami berbagai situasi yang tak terduga. Mengawasi diri sendiri, mendidik anak yang belum mengerti dan menjaga hati suami yang bukan semua boleh dikongsi. Hati seorang ibu yang cekal sukar dicari, sukar diganti.


Setiap ibu sanggup berkorban untuk anak-anak sedangkan anak belum tentu lagi. Kalau susah, biar ibu yang susah, anak jangan. Kalau ibu lapar, biar anak tidak lapar. Kalau ibu sakit anak jangan sakit. Kalau pakaian, biar anak cukup pakai, ibu tak apa. Kalau ibu sedih, hampir tercabut nyawa pun seboleh-bolehnya tidak diberitahu kepada anak-anak. Itu hanya secebis pengorbanan ibu.


Percayalah bila ibu sudah tiada, barulah anak terasa ketiadaan ibu dan hidup terasa kosong. Tiada tempat untuk mengadu. Kalau ibu ada, ibu buat itu, ibu buat ini, ibu cari itu, ibu cari ini. Ibu banyak boleh buat untuk a…

Rabbana Hablana Min Azwajina Wa Zurriyyatina Qurrota A'yun

Ha tu dio duduk. Jadi menunjukkan bbini ni perkara nikmat daripada Allah subhanahu wataala. Kita bekawin dengey ore ppuwe baik, ore ppuwe becaghi tok laki baik ini merupokey nikmat daripada Allah subhanahu wa taala. Ho bolehla we kalu nok gayo gayo ore ttino hok toksey ko demo gak kato; “ ai nikmat ni wey, nikmat Tuhey ni wey” dan oghe ttino tu pong kalu napok payoh payoh nga oghe jatey gak aa; nikmat ni aa.


Wa ma laha awliya’ahu bisuaali zalika fiddu’a’. Takdi dio ghoyak ceghito ceghito nabi. Nabi-nabi ni selain daripada Aku lantik jadi nabi, Aku buwi jugok anok-anok cucu, so. Selain pado nabi tuh pulok, hok peringkat woli-woli. Peringkat oghe hok bawoh sikit pado nabi, kito panggil woli-woli ni pong, Allah taala puji oghe-oghe hok jjadi woli Dio ni waktu woli Dio bedoa.


Dia tunjuk, doa gapo dio ? wallazina, wallazina yaquluna rabbana hablana min azwajina wa zurriyyatina qurrata a’yun. Ini doa hok Tuhey sediri apo ni rekod daley Quran. Kito lloni bulih guna doa ni. Di antaro tando o…