Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2009

Uniknya Bahasa Kelantan

Bendera Lama Negeri Kelantan


Bokbong - spesis musang
worry,be happy!!!
IDAK KO = cuma
WAK GGOGHI = Bagi memulakan sesuatu..
to start with.(biase nyer dlm urusan
perniagaan)
DEKPONG GAK EH = Kalau ya pun
Jjughuh = baik (jjughuh budok tu = baik
budak tu)
Kelaghing = kesat/not smooth (kulit
kelaghing =
skin not smooth enough)
belengas = melekit
klikpah klikpah = terpinga pinga
lipotey = x tetap duduk
nneting = melantun

Jata Negeri Kelantan


Kelantan + English?? = "Kelantalish"
Contoh:
POZEK (deposit),
RIZAT (result),
NNEJA (manager),
ISTEK (estate),
SUWIH (switch),
MERKET (market), dll...
BOKK (book)
rhoba (rubber)pemadam


Kata penguat dlm bahaso Klate pun boleh
tahan, PRATI MOLEK...CANGGIH KLATE...
menarik:
manis LLETING
masin PPEGHAK
pahit LLEPE
mase PPUGHIK
tawar EBER
putih SSUEH
hite LLEGE
biru KKETU
kuning NNEHE
kenye BBONYAH
comel LLOTE
gemuk DDEBOK
busuk BANGA
hapok KOHONG
nnakut/penakut apah
cerhoh/cerah jheriloh
jatuh celabok
kuca hanya (suara mengidung sedikit)

Bendera Sekarang Negeri Kelantan

Ada beberapa "bu…

Muhasabah (1) Pasca Penulisan Anak Muda

Menulis juga memerlukan makanan tambahan seperti Vitamin Muhasabah


Bermula dari matrikulasi lagi saya telah 'diarahkan' supaya mempunyai blog sebagai satu wadah dan tempat menyampaikan idea dan berkongsi pengalaman hidup.

Mengundur lagi dua langkah ke belakang, saya berada di Maahad Muhammadi Lelaki. Sejarah hidup sebagai seorang pelajar yang biasa-biasa sahaja, tidak punya keazaman dan kesedaran yang sepatutnya. Tidak pernah terfikir atau terbayang untuk menulis seperti rakan-rakan yang sememangnya berbakat. Bagaikan anak muda yang tidak punya arah yang jelas, sekadar membuat matlamat mengikut situasi setempat. Tanpa jangkauan masa yang tepat.

Menaiki satu anak tangga. Menuntut ilmu di Darul Quran. Bagaikan kejutan budaya bertemu rakan-rakan baru yang hebat dari segi aktivisme dan akademik. Semua mereka adalah pelajar terbaik sekolah. Bahkan ramai antara mereka merupakan pelajar terbaik negeri masing-masing. Ada juga dalam senarai pendek 10 pelajar terbaik Malaysia. Wah, siapal…

Kelantan : Terengganu ; Suatu Ikatan Suci

Kembara 25 & 26 Julai 2009

Majlis di Kuala Terengganu, Terengganu

Mengikat tali kasih di tangan Isteri Tercinta

Membalas Kasih Menyarung Cincin


'the sempoi' pengantin lelaki 200 meter dari rumah pengantin perempuan

Jika dahulu Kelantan dan Terengganu selalu dikaitkan dengan aksi-aksi pergaduhan dan perbalahan.

Tapi hari ini, segala mitos dan cerita-cerita trauma orang dahlu semakin diketepikan oleh anak-anak muda yang berfikiran terbuka lagi mendapat didikan agama yang penuh insyaALLAH.

Izzat bersama Azrol yang insyaALLAH 'tak lama' lagi jua :)

eh, dah ada anak? Anak saudara rupanya..

Bermula dengan HOD kulliyyah sains kesihatan bersekutu bertemu jodoh sesama sendiri, juga Kelantan Terengganu.

Alhamdulillah kali ini saya menyempatkan diri ini untuk menghadiri majlis bersejarah buat sahabat baik, Muhammad Izzat bin Md Kamal (Lepasan MML) dengan pasangan, Wan Aimi Rashidah binti Wan Mokhtar (Lepasan SHAMS) di kedua-dua majlis dirumah pengantin lelaki dan perempuan.

pengan…

'Keluarga' Buat Anak Muda

Pengalaman Berusrah 1 Sebagai Anak Buah

" Salam. Petang esok kita ifthor dekat New Horizon, sape nak cepat reply " - Mesej dari naqib ku.

Wah, ini peluang baik tapi duit pulak tak ada. Saya membalas " Ana nak, tapi takde duit ni. Ikhlas. Hu3 "

"Tak ape." Balas naqib ku. Oh, dia nak belanja anak buah nampak gaya nih. "Ok, ana nak" Ringkas saya membalas.

Rasa dekat di hati yang semakin disuburkan. Satu kerugian bila ada teman yang hanya memahami usrah ini hanyalah tempat untuk kerohanian semata tanpa ada rasa kekeluargaan yang sebenarnya.

Disini, di Kuantan, segalanya menarik dari kaca mata saya yang mahu memberi dan tidak menolak jika dipelawa. Barlainan sekali jika saya hanya mahu menerima tanpa bersedia untuk memberi. (tribut buat mentorku, Ustaz Hasrizal di saifulislam.com)


Pengalaman Berusrah 2 Sebagai Teman Seperjuangan



" Assalamualaikum. Mintak nombor abe din. ". Akram menelefon sahabat saya Azrol. Kebetulan saya ada disisi Azrol, terus …

Career Conflict; Do We?

an old scratch...

Al-Kelantani greet, 17 Rejab 1430 H, 10 Julai 2009

Alhamdulillah, just finished Taaruf Programme July intake 2009/2010

A bit from my conversation with IIUM’s cleaner during hanging flyers on solat and reading Quran campaign in Mahallat Talhah, Indera Mahkota 2

With a Cleaner

“son, why these students care not about theirs belonging?”

"Em, what’s the matter aunt?"

"Nothing, I just guess why, because all of their stuffs, clothes and electrical items is still new. But seems like useless and they don’t need it anymore.”

"I just remember about my childhood. Poverty is all around us. Even to have a new cloth in a year is very difficult. But, nowadays people not even appreciate their own"

“Em, these students never been in poverty. Maybe they never meet what others people in poor condition feel.”
I tried to comfort this aunt with empathy.

“It’s ok. I just quite sad because the clothes is still new, but they already make it rag and left behind without care”

“Peo…

Talk: Perjalanan Mu'tah Menuju Tabuk

All IIUM's family are invited. Come and feel the life of the Prophet :)

They Used to Write..

She used to tell me
"I miss your journal.."

They used to teach me (a motivational book)
"write, then the history will love you.."

I used to tell her
"please don't stop. Use your ability for the sake of goodness.."

Ustaz Hasrizal used to remind me
" akhi, just write.. don't stop.."

Ustaz Redha used to tell me
" akhi, everything starts from basic thing..what type of naqib you want to get?"

Abe Amin Idris used to asked me
"Din, check your basic principle. Make it simple and stick to it. Just that"

Kak AC used to tell me
"keep it up"

Syazwan Ma'amin used to tell me
"we write the thing that we did..not just just an act, but we ourself must be beyond the level of what we write”

Syamil used to tell me
"not istiqamah..that's why I fear to blog"


I always tell my hand..
(ya Nur..write from heart, with your heart, and show that your heart is parallel with your deed..)

May ALLAH bless us.

Miss nice writing from my co…

Berpagi-Pagi Dengan Melawan

Semalam aku pulang ke rumah dalam kelesuan. Letih bukan kepalang. Rumah yang suram memanjang. Adik-adikku memandang semacam. Aku terasa kekurangan sesuatu. Mana ummi?

Hari berlalu dan terus berlalu dengan situasi yang pasti membunuh jiwa. Suram dan tidak bermaya.

Kali ini adikku bersuara. "mum nih, Ummi duk dalam wad pun tak melawat, tak gi tengok pun.."

ALLAH!! Aku terpukul. Biar betul.. " eh, habis tuh nape selama ni takde orang oyat pun katku? (kenapa selama ini tak ada orang memberitahu saya pun??).

Perasaan bersalah terlalu mencengkam. Esoknya Ummi pulang ke rumah. (kenapa aku tak pergi melawat Ummi lagi kat dalam wad ya?).

"Ummi sebenarnya gi hospital KL, jaga saudara abah yang sakit lama tuh", terang Ummi kepadaku buat menjelaskan situasi. Lega sedikit. Tapi sebak bersalah masih menebal. Apakah ini diri aku yang sebenarnya? Ketiadaan Ummi boleh pula tidak ku sedari??

Membawa Diri ke Kampus

Minggu suai kenal. " ooo, takpelah mum wat gituh. agah benar napok…

Di Jemput ke Walimah 'Saya'

InsyaALLAH, pada pagi jumaat bersamaan 24 Julai 2009, majlis akad nikah saya akan diadakan di Terengganu. Diteruskan dengan majlis kenduri kesyukuran di rumah saya di Kelantan pada hari sabtu bersamaan 25 Julai 2009.

Saya dengan ini menjemput semua teman-teman yang mengenali diri ini untuk memeriahkan majlis perkahwinan saya di Terengganu dan Kelantan jika berkelapangan. Saya yang dimaksudkan adalah Muhammad Izzat bin Mohd Kamal (MML SPM 04, DQ Gen6) bersama Wan Aimi Rashidah bt Wan Mokhtar (SHAMS SPM 05.) Kedua mempelai sekarang belajar di Universiti Perubatan Mansurah, Mesir.

Kad jemputan dan peta ke rumah pengantin perempuan.

*hari Jumaat, 2 Sya'ban 1430 bersamaan 24/7/2009 bertempat di 2394, Kg Sungai Derhaka, 21100 Kuala Terengganu, Terengganu (Rumah pengantin perempuan)





*hari Sabtu, 3 Sya'ban 1430 bersamaan 25/7/2009 bertempat di w2/513 jalan masjid, 17000 Pasir Mas, Kelantan (Rumah pengantin lelaki)






Semoga dengan kehadiran saudara/ri dapat menambah keberkatan di majlis kam…

Magnet Hati Bersama Faiz Kamaruddin - Tribut Buat Semua Yang bergelar Insan Muslim

Faiz Kamaruddin bersama teman-teman Hawariyyun nya dari kiri (berdiri)Iqbal, Safwan, Shahril, Badiuzzaman,Muhammad dari kiri (duduk) Barra', Fuad,Zaki dan Azhan.
Soff Jundullah (insyaALLAH) bimbingan ustaz Abdul Mannan. Dari kiri (berdiri), Aiman, Ibrahim, Azrol, Nuruddin, Fauzan dan Faris. Dari kiri (duduk), Sharif, Asyraf, Abdul Rahman dan Saiful.


" Kepada semua ex-Maahad tahfiz Johor, Pertemuan esok dibatalkan" - SMS pertama dari Faiz.

Saya terfikir sejenak lalu tergelak sendirian dengan gurauan dari teman sebilikku yang juga merupakan lepasan Darul Quran (DQ) Kuala Kubu Bharu, Persijilan Tahfiz 05/06 ini.

"eh, silap hantar ke budak dq..sorry.." - SMS kedua dari Faiz

Belum habis lucu hati pertama dikejutkan lagi dengan SMS kedua. Saya tersenyum sambil berfikir lebih dalam. Lalu terus pergi ke petak bilik Faiz untuk berbual bicara.

Kemudian balik ke petak bilik saya kembali.

"bermula hari ini saya mengumumkan saya keluar dari ex-dq..segala jasa baik sahabat se…

Catatan Pagi - Diari Lembaga 1

Semalam saya tidak dapat melelapkan mata sehingga jam tiga pagi. Sebenarnya sudah terlelap dan tidur dari petang yang terlalu amat lama. 3 jam. Penat.

Bahananya membawa sampai ke malam. Tidur jam 1 pagi pun terjaga kembali jam 1.24am.

Terus menghadap desktop menyelesaikan apa-apa yang patut. Jam tiga mata sudah tidak mampu ditongkat lagi.

Akhirnya tertidur. Sekali lagi mengembara entah kemana. Tapi menariknya kali ini kita dapat merasakan mimpi ini berkait rapat dengan jadual harian yang padat dan amalan harian kita.

Yang penting, bagaikan suatu peringatan. Aku terjaga untuk solat subuh dan bersiap untuk solat subuh. Semua bagaikan pelik. Diri ini tidak mampu dikawal oleh diri aku. Semuanya berkait rapat dengan kuasa minda dan permintaan rasa hati. Bukan bergantung kekuatan fizikal dan akal manusia yang normal.

Saya cuba mengarahkan badan ini bergerak semakin laju untuk menju ke surau. Alhamdulillah ia menurut perintah. Tetapi kelajuan yang diberi oleh badan melampaui tahap pergerakan man…

Hadis-Hadis Palsu Berkaitan Bulan Rejab

Tadi kelas pertama untuk tahun kedua, sem pertama saya di UIA Kuantan. Kelas dimulakan dengan sesi tazkirah seorang teman. Entri kali ini sekadar untuk menjelaskan realiti ilmu yang sebenar dalam kita ingin beramal ibadat.

Semoga ibadat kita berpandukan sumber yang jelas dan betul, moga amalan kita kan diterima. :)


1.) Hadith yang diriwayatkan oleh asSilafi bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Kelebihan Rejab atas segala bulan bagaikan kelebihan Al-Quran atas segala zikir; kelebihan Sya'ban atas segala bulan adalah seperti kelebihan Muhammad atas segala para Nabi dan kelebihan Ramadhan atas segala bulan bagaikan kelebihan Allah atas segala hambanya."

Hadith ini adalah Maudhu'

Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 517

2.) Abu Muhammad Al- Khallal , Ad-Dailami , Al-Ashbahani meriwayatkan dari Mansor bin Yazid Al-Asadi , dari Musa bin 'Imran , dari Anas bin Malik r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :

"Bahawasanya di…

Memali (1) : Secubit Ingatan

Telah hampir 24 tahun peristiwa Memali meninggalkan kita. Anak-anak para syuhada yang dulunya ditinggalkan masih dalam kandungan ibunya, kini mungkin telah bekerja atau masih menuntut di Institusi Pengajian Tinggi diseluruh negara. Walaupun selamanya tidak pernah mengenali siapakah bapa dan perjuangan yang didokong oleh bapa mereka itu.

Kepada pendokong perjuangan seumpama yang dibawa oleh para syuhada itu, merasakan peristiwa tersebut seperti baru semalam berlalu. Para syuhada seolah-olah segar hidup di alam nyata ini, sungguhpun di Makam Syuhada di Parit Panjang, Baling, Kedah berderetan tanda indah batu nisan menunjukkan mereka itu, telah lama meninggalkan alam dunia ini.

Tidak dapat dinafikan, atas apa usaha sekali pun oleh sesiapa sahaja untuk menghilangkan ingatan generasi hari ini terhadap peristiwa ini pasti gagal.

Sejak kebelakangan ini, kerja-kerja penggelapan sejarah tanah air masih giat dilakukan oleh media-media utama. Semakin peristiwa bersejarah ini cuba ditutup kebenarann…

Welcome to IIUM Main Campus (Gombak and Kuantan)

Salam al-Kelantani, 19 Rejab 1430 H, 12 Julai 2009

Hope not too late for me to welcome all new students of IIUM for this July intake 2009/2010.

Welcome to International Islamic University Malaysia, the garden knowledge and virtue. Especially to sciences and medical bases in Kuantan Campus, welcome to a big family of IIUM Kuantan Campus.

Just a simple sharing about something special i got from Tn Hj Azmi Ismail.

It is a three principle that he got from CEO of LLN, (TNB).

a DID principle.

D= Discipline
I= Integrity
D= Dedicated

Discipline especially in time management. Stick to the time.

Integrity can be trust. Finish work on time.

Dedicated which means to keep focus and do something diligently.

Last but not least is a hope that new siblings of IIUM Kuantan will love to read books. Why read books not to watch film? Because, watching film will only give one perspective that already picture squared by producer.

Meanwhile, by reading books everyone will have their own perspective. This is the uniquen…

Antara Bakal Profesional, Doktor dan Penyapu Sampah; Masih Adakah Cinta?

Salam al-Kelantani, 17 Rejab 1430 H, 10 Julai 2009

Alhamdulillah, tamat sudah minggu taaruf 2009/2010 untuk sesi ambilan julai ini.

Sedikit perkongsian perbualan saya dengan seorang pekerja kontrak UIA sewaktu menaikkan kertas-kertas kempen solat dan membaca di Mahallah Talhah di Indera Mahkota dua.

Bersama Seorang Tukang Sapu Sampah

"Dik, budak-budak ni tak pandai jaga barang-barang milik masing-masing ye"

"Nape makcik?"

"takdelah, baju-baju baru lagi pun dah tinggal macam tuh je. Barang-barang lain pun elok-elok lagi, tinggal macam tu aje kalau dah taknak."

"Oh, budak-budak zaman sekarang memang macam tuh la makcik"

"takdelah, makcik teringat dulu-dulu masa kecik-kecik kami orang susah, nak dapat baju baru setahun sekali pun susah. Sebab tuh anak-anak makcik sekarang pun makcik didik biar diorang hargai barang sendiri biar sikit dan murah macammana pun."

"em, budak-budak ni tak pernah rasa susah..mungkin tak kenal apa erti 'susah'…

Bicara Cinta Dari Tanah Seberang

Pengalaman ku 5 hari yang lalu, 30 Jun 2009.









Salam al-Kelantani, 12 Rejab 1430 H, 5 Julai 2009

Bicara tentang cinta. Suatu kalimah yang sukar ditafsir dan jarang sekali dapat diterjemah dengan kata yang mulus dan tulus. Dalam kesibukan kita di Malaysia sibuk dengan berbagai keindahan dan keasyikan cinta duniawi, kengkadang kita terlupa nasib adik beradik kita di tanah seberang.

Semalam saya menaiki bas mutiara menuju ke Kuantan(pergi awal untuk induksi jawatankuasa minggu suaikenal UIA kuantan). Duduk bersebelahan saya ni seorang mamat yang nampak macam ‘ganas’ sikit. Sebelum sempat saya memula bicara dia yang memulakan sesi ‘pecahkan ais’
.
‘Rupa-rupanya ni kali pertama mamat ni naik bas’ hmm..bisik hati kecil ni. Bercakap dan terus bercakap, tahulah saya yang sahabat yang seorang ini berasal dari Ttaba (Tak Bai).

“dengar-dengar banyak kes bunuh orang sana-sini kat sana, betul ke? Banyak ko orang kita kena bunuh?”

“ memang pun, tak selamat dah kat sana loni. Tapi, hok berita duk citer hok …

Tiga Perkara Membuah Cinta

Salam al-Kelantani, 12 Rejab 1430 H, 5 Julai 2009

Sekadar perkongsian ringkas sebelum dilupakan. Sekarang saya dalam ruang masa persiapan untuk minggu orientasi pelajar baru bagi UIA Kuantan.

Pihak jawatankuasa juga menganjurkan beberapa pengisian buat memenuhkan ilmu di dada dan memberi peringatan buat semua jawatankuasa ditengah kekalutan dan kesibukan persiapan menyambut adik-adik baru.

Alhamdulillah, kami baru sahaja mendengar peringatan ringkas dari akh Khairul Fikri bin Sebri (jawatankuasa Disiplin dan Ibadah) yang mengingatkan kami tentang buah cinta yang selalu kita lupakan.

Saya dan anda semua tentu telah tahu akan perkara ini, tapi jarang sekali sempat untuk membuat dan terus beristiqamah dengannya.

Buah cinta tersebut adalah buah mulut dari Baginda Nabi S.A.W yang memberitahu kita, bahawasanya ada 3 amalan yang jika kita membuatnya pasti kita dicintai ALLAH.

Pertama, bangun ditengah malam untuk berzikir dan bersolat malam (1/3 malam, itu yang terbaik). Semua sudah tahu dan makl…