Skip to main content

Selamat Pengantin Baru Teman..


(sekadar gambar hiasan, Abe Azreen & Kak Asiyah)

Assalamualaikum buat Muslim dan selamat sejahtera buat Non-Muslim.

Bulan jun ini banyak sangat orang yang kahwin. Rakan-rakan, abang-abang, kakak-kakak. Ada yang sempat saya hadiri majlis mereka dan ada yang tidak sempat.

Buat yang dah lepas, suka saya memetik beberapa kenangan bersama mereka buat tatapan semua yang mengenali mereka.

Bermula dengan Kak Nadiah dan Akh Izani (Tahun lepas..) Paling banyak kenangan dengan dua orang yang saya amat saya segani ini, sampai tak tau nak petik mana yang paling menarik, sebab semuanya paling menarik :). Tapi paling mengecewakan diri ini ialah, tak dapat bersama meraikan pengantin dalam majlis yang penuh meriah di Kelantan. Maafkan saya ye Nadiah & Izani, semoga ALLAH mengekalkan cinta kalian hingga ke Syurga..Ameen.

Kedua, Kak Tasnim dan suami. Pernah dulu saya pergi ke gerai Diet semasa program I-Quest dan kak Tasnim yang ada disitu turut memberi nasihat dalam pemakanan. "nta nih, kecik sangat, makan bbanyok gak. :)". Puas makan dah kak, tak naik-naik berat. "kalu gitu kena nnikoh la tuh". :) Nampak rezeki akak dulu yer. Tahniah, semoga kekal hingga ke syurga kak..Ameen.

Ketiga, Abe Azreen & Kak Asiyah. Wah, dua mempelai yang bersama sedari Maahad, Darul Quran dan UIA. Bersama dalam SRC jua. Wah..memang secocok. Abe Azreen pernah macam mengomel bila lama sangat sesi fotografi bersama kami dirumahnya. Lalu dijawab Fakhru..tulah, nok nnikoh sangat. Lalu dijawab balik oleh Abe Azreen..takpo..tok nyesol buleh hok ni..huhu. Memang riuh dan ceria majlisnya. Apa pun, terima kasih buat Abe yeng n Kak Ac sebab banyak ngajar diri ni secara langsung dan tak langsung. :) Jasamu amat dikenang. Moga kekal dalam teratak Mawaddah hingga ke Jannah .. Ameen. :)

Seterusnya..Tahniah buat Amalina dan Syahid. Kalian berdua memang amat ku hormat dan sayang. Lebih-lebih lagi bila shahid sanggup mereply sms saya di malam pertamanya. Hehe (malam akad je). Tapi satu sms yang cukup menggugah hati ini. (untuk berkahwin ke? :) Tak lah. Belum masanya.) SMS nya berbunyi "Slm, alhamdulillah, sebelum ni ana dah hafal Quran 6 Juz, tapi macam kucar kacir. Tambah lagi ana ni jenis main-main.. wallahi lepas nikah tadi, waktu biasa-biasa pun ayat Quran terus berlagu di hati ana, yang dah lama dah ana tak rasa sebelum ini..Rasa hijab di hati sudah semakin dibuka..InsyaALLAH pendapat ana; berusaha ke arah pernikahan; insyaALLAH ia sangat membantu.." Wah..kalau ada hafiz-hafiz Quran yang baca part ni mesti ramai yang makin tak sabar nak kahwin ni. Syahid, nta ni mengancam ana ni. (tapi, saya belum sampai seru lagi.:)) Moga kekal hingga ke taman-taman Syurga.

Saya tak update sangat bab kahwin ni. Tapi bolehlah menjenguk gambar-gambar mereka semua di blog-blog berikut

http://abdurrahman-al-azmi.blogspot.com/ (tak lama dah kot kawan kita ni)
http://ceritaduahati.blogspot.com/ (blog Izani & Nadiah)
http://permatamustofain.blogspot.com/ (blog abe Azreen & Kak Ac)

Wah, kali pertama menulis tentang kahwin. Mungkin akan ada artikel susulan.

al-Kelantani, 2 Rejab 1430H,
25 Jun 2009,
16150 Kubang Kerian,
9.34 am

Comments

Popular posts from this blog

Indahnya Bahasa India

Sekadar berkongsi beberapa patah perkataan bahasa India yang ku pelajari secara tak langsung dengan pesakit dan pekerja. Jika ada kekurangan dan kesilapan sila betulkan.


1- Siapa nama awak? = ope riina?
2- Nama saya.... = yenper....
3- Pergilah (untuk lelaki) = poodah
4- Pergilah (untuk perempuan) = poodii
5- Dah makan ke? = sapdiya...?
6- Dah makan dah = sipdaen
7- Jom makan = Bahsapdala
8- Jom minum = wa tanni kudigkelam
9- Awak tinggal di mana? = ni yengger kae ?
10- Baju = settae
11- Seluar = silwar
12- Mata = kanney
13- Telinga = kadhae
14- Kaki = kaali
15- Wajah = kaalai
16- Apa khabar? = na lam irking gele?
17- Apa khabar? (secara sopan) = sauriyema ?
18- Nenek = padti
19- Datuk = tata
20- Abang = anne
21- Kakak = akka
22- Pakcik = mama
23- Makcik = mami
24- Ayah = appa
25- Mak = amma
26- Dah minum ke belum ? = tanni kurchitia?
27- Belum lagi lah = inno illek
28- Tak ada = illek
29- Saya pergi dulu ya = poidtu ware’
30- Dah makan ke ? (sopan gitu) = sapdinlah...?
31- Dari mana ? = yinggere dhe?
32- Awak n…

Luahan hati seorang ibu...

Oh ibu..tidak terkata untuk menyatakan jasa ibu, 9 bulan ibu mengandung dengan berbagai dugaan dan cubaan. Ibu menempuh perit dan derita semasa melahirkan..! Semasa dalam pantang, ibu mengalami berbagai situasi yang tak terduga. Mengawasi diri sendiri, mendidik anak yang belum mengerti dan menjaga hati suami yang bukan semua boleh dikongsi. Hati seorang ibu yang cekal sukar dicari, sukar diganti.


Setiap ibu sanggup berkorban untuk anak-anak sedangkan anak belum tentu lagi. Kalau susah, biar ibu yang susah, anak jangan. Kalau ibu lapar, biar anak tidak lapar. Kalau ibu sakit anak jangan sakit. Kalau pakaian, biar anak cukup pakai, ibu tak apa. Kalau ibu sedih, hampir tercabut nyawa pun seboleh-bolehnya tidak diberitahu kepada anak-anak. Itu hanya secebis pengorbanan ibu.


Percayalah bila ibu sudah tiada, barulah anak terasa ketiadaan ibu dan hidup terasa kosong. Tiada tempat untuk mengadu. Kalau ibu ada, ibu buat itu, ibu buat ini, ibu cari itu, ibu cari ini. Ibu banyak boleh buat untuk a…

Rabbana Hablana Min Azwajina Wa Zurriyyatina Qurrota A'yun

Ha tu dio duduk. Jadi menunjukkan bbini ni perkara nikmat daripada Allah subhanahu wataala. Kita bekawin dengey ore ppuwe baik, ore ppuwe becaghi tok laki baik ini merupokey nikmat daripada Allah subhanahu wa taala. Ho bolehla we kalu nok gayo gayo ore ttino hok toksey ko demo gak kato; “ ai nikmat ni wey, nikmat Tuhey ni wey” dan oghe ttino tu pong kalu napok payoh payoh nga oghe jatey gak aa; nikmat ni aa.


Wa ma laha awliya’ahu bisuaali zalika fiddu’a’. Takdi dio ghoyak ceghito ceghito nabi. Nabi-nabi ni selain daripada Aku lantik jadi nabi, Aku buwi jugok anok-anok cucu, so. Selain pado nabi tuh pulok, hok peringkat woli-woli. Peringkat oghe hok bawoh sikit pado nabi, kito panggil woli-woli ni pong, Allah taala puji oghe-oghe hok jjadi woli Dio ni waktu woli Dio bedoa.


Dia tunjuk, doa gapo dio ? wallazina, wallazina yaquluna rabbana hablana min azwajina wa zurriyyatina qurrata a’yun. Ini doa hok Tuhey sediri apo ni rekod daley Quran. Kito lloni bulih guna doa ni. Di antaro tando o…