Thursday, June 11, 2009

Sejuk tangan itu..al-Fatihah buat adik Ammar bin Zulkifli..

Salam al-Kelantani, 18 Jamadits sani 1430 H, 12 Jun 2009

Sejuk tangan itu..al-Fatihah buat adik Ammar bin Zulkifli..



“Boleh tolong tak?” pelajar Kolej Winfield meminta saya mengambil alih tugasnya mencatat rekod denyutan jantung, rekod nadi, dan rekod pernafasan seorang pak cik tua yang sedang koma. Kelihatan kawan saya, Saufi sedang melakukan bagging untuk membantu pernafasan pak cik tersebut. “ok, tapi macam mana ye? “ aku bertanya kerana aku belum punya pengalaman berhadapan dengan situasi begini (rekodnya tak dapat dicatat kerana semuanya telah menunjukkan tanda-tanda pemergiannya..)


“Macam ni, kalau tak dapat rekod apa-apa awak cuma tulis unrecordable kat chart table ni”. Aku mengangguk tanda faham, lantas memakai glove (sarung tangan) dan memulakan tugas mencatat data pesakit ini. Setengah jam melakukan prosedur tersebut, doktor datang melihat rekod di mesin lalu mengesahkan pak cik itu telah meninggal dunia.


Saudara mara pesakit semakin ramai. Mungkin anak-anak pesakit berada disekeliling membaca Yasin dan menangis kesedihan. Kawan saya, Saupi menjelaskan kepada saudara mara pesakit meminta ahli keluarga berada diluar buat seketika untuk kami menyempurnakan satu prosedur yang dinamakan LO (Last office.) Prosedur terakhir buat pesakit untuk kami membuang segala jarum, wayar dan apa-apa yang melekat di badan pesakit, termasuk juga mencuci kotoran najis dan membuang pampers pesakit jika ada.


Terakhir sekali, memakaikan pakaian jenazah dan membaluti jenazah dengan kain putih seperti kain kapan (bukan proses mengkafankan jenazah). Sejuk tangan jenazah begitu menggetarkan hati. Terfikir nasib sendiri bila berhadapan dengan saat begitu. Teringat bahawasanya sememangnya jenazah dapat melihat dan merasakan kita sedang menguruskan badannya. Itulah rahsia ruh yang takkan mampu diungkap oleh ilmu sains dan teknologi.


Berat badan pak cik ini membuat kami berempat yang menguruskannya berpeluh. Saya yang paling kecil banyak bertugas menukar posisi badan pakcik ini lebih-lebih lagi terasa berat dan letihnya.


Setiap kali menyentuh badan jenazah..terasa sejuknya tubuh jenazah.. hati ini lagi-lagi berfikir, bagaimanakah pengakhiranku kelak? Ramaikah sahabat dan teman handai datang mengiringi pemergianku? Redhakah semua orang dengan kelakuan buruk ku? Adakah aku telah menjadi suami yang baik (jika sempat)? Adakah aku telah menjadi anak yang soleh? Adakah ramai yang menangis dengan pemergianku? Atau ramai yang gembira dengan pemergianku?.. Ya ALLAH sebagaimana firmanmu dalam surah as-Syu’ara..aku sangat-sangat berharap menghadapMU dengan hati yang salim (selamat).Perkenankanlah ya ALLAH..


Balik dari hari terakhir aku berpraktikal di HTAA itu, aku bagaikan hilang arah dan tumpuan. Alhamdulillah al-Quran menenangkan ku. Sejuk tangan itu masih di terasa sehingga aku tak mampu melelapkan mata. Aku terasa bagai diperhati setiap detik, bagaikan ada makhluk yang bersedia untuk mengambil aku buat selama-lamanya. (benarlah, kerana Malaikat Izrail sentiasa menjenguk kita sebanyak 70 kali setiap hari, Cuma jarang kita sedari..)


ALLAH.. aku tak dapat melelapkan mata langsung. Hanya al-Quran yang ku baca dapat menyejukkan gundah hati yang ketakutan ini. Membaca dan terus membaca..sehingga mata ini terlalu penat dan aku terlelap.


Keesokkan harinya saya meneruskan hidup seperti biasa, tapi peristiwa semalam masih lagi segar. Keesokkannya lagi, saya mendapat satu SMS, “ Ammar Zulkifli,(MATERI, DQ 06-07, Universiti Kaherah) Meninggal dunia selepas kemalangan di Mesir. Al-Fatihah, FWD. “. ALLAH..bagai runtuh langit ini. Ammar, adik seperjuangan menghafal al-Quran dan teman sejawatan dalam persatuan IQraC. Petang itu ummi pula SMS aku, “din, ada baca dalam internet tak? Anak kawan kak Asiah (jiranku) ammar zulkifli meninggal kat mesir, jenazah akan dibawa pulang. Mak ayah dia dah balik penang “..


Aku tergamam lagi..bagaimanakah nasibku besok? Atau mungkin sedetik selepas ini? Teringat lagi sejuk tangan itu..


Al-Fatihah buat akh Ammar bin Zulkifli, MATERI, Darul Quran (Persijilan 06-07), Universiti Kaherah (Perubatan).. moga jannah buatmu..- al-Fatihah –



Abu Fateh,
25200,
Teratak Talhah,
Indera Mahkota.

4 comments:

Zenki said...

sejuk hati, semua orang berpakat memuji dan mendoakan kebaikan amar dalam blog masing-masing..pasti dia menjaga hubungan dia dengan ALLAH.. Dia , kak hajar, abe bayyi, YB Ismail, semua mereka pergi dengan kata-kata baik manusia selepas pemergiannya.. bagaimana kita? eh, bagaimana aku?

Mereka telah pergi dan ...bukan pergi sebenarnya, mereka baru merasai hakikat hidup yang sebenar.. nikmat sebenar, kita sahaja yang leka dan lalai disini, leka dengan sukan kita, hiburan, kemewahan, keuntungan sekejap, ketampanan tipuan, kecantikan plastik... semuanya mimpi yang kita masih tenggelam.. ya ALLAH, izin dan tunjukkanlah serta pimpinlah kami jalan hamba-hambaMU yang terpilih dalam rahmatMU.. sesungguhnya kami tiada daya walaupun untuk menggerakkan jari ini untuk menaip melainkan dengan rahmat kurnia MU.. - Hamba penuh noda..

humm said...

teringat tujuan asal cheq tukar course dari allied ke nursing. waktu TW, ade senior tanye: "nape amik nursing?"

spontaneously, cheq jwb: "sebab nk tolong orang2 islam waktu ajal mereka tiba. same2 bisikkan lafaz syahadah di saat2 tu. nurse can play this role sbb paling rapat dengan pesakit kat dalm hospital"

hmm..syukur sebab dicampakkan ke dlm bidang yang selalu saja akan mengingatkan kita pd kematian.

P/s: perlu extra 'inner strength' bile berhdapan situasi sebegini :)

Syahirah Jamel said...

salam ziarah...akhirnya, ade juga yang pnah rasa ape yg sy pnah rasa..

keresahan, seolah2 ada yang sedang memerhatikan..bersedia untuk menjalankan tugasnya.

saat itu, terkenang beban hutang...salah silap yg dilakukan sepanjang hari..menggeletar seluruh badan. resah...terlalu resah..

memang al-qur'an pengubat hati. diulang-ulang bacaan sampai letih, sampai terlelap sendiri..

teringat kata2 (sy tak pasti siapa)

"cubalah untuk menahan tidurmu, dan akhirnya kau akan tertidur juga. begitulah kematian, sejauh mana kau menghindarinya, pasti ia bertemumu. Cubalah di saat engkau tidur, kau pasti akan terjaga, begitulah hakikat hari pembalasan..kau pasti akan melaluinya.."

Zenki said...

To Kak Humm : Betul betul betul

To Syahirah : Emm, tapi manusia lupo sokmo. InsyaALLAH kena diingatkan sokmo.

Masa Itu Nyawa