Wednesday, June 24, 2009

Mahkota Pengantin dari Ummi..


Mahkota Pengantin…..(1)

**Amaran: Cerita ini mungkin terlalu panjang dan tidak menarik jika anda tidak mengikhlaskan hati dan mengosongkan minda untuk membacanya.**

“Din.. meh ikut ummi gi sembahyang masjid. Bulih kita dengar orang mengajar (bagi kuliah maghrib) sekali.” Ajak ummi kepada saya. Mungkin ummi menyedari perubahan diri saya yang agak semakin culas (liar dan liat) dalam menuntut ilmu dan mendekatkan hati dengan rumah ALLAH.

Saya berfikir alasan untuk diberikan kepada ummi untuk tidak pergi mendengar kuliyah maghrib kerana kebiasaannya saya seorang yang mudah mengantuk jika kuliyah yang disampaikan dengan monotone dan kurang menarik. “ish..rasa macam nak gi ngan motor je lah..lagi pun novel Dari Beirut ke Jerusalem nih cam menarik..ingat nak gi solat jemaah n balik terus je untuk khatamkan novel ni je cuti aku yang 4,5 hari je ni.” Gumam aku dalam hati.

“Din, meh gi. Abah siap dah tuh.” Ummi sekali lagi mengajak. “adus..malasnya hati aku..” mengumam lagi dalam hati. “ok-ok ummi, jap jap nak ambik wudhu’ ni”. Saya gagahkan jua kaki dan badan untuk mengikuti ajakan Ummi tanpa protes supaya hati ummi tidak terluka.

Selesai solat Maghrib di Surau Istana Negeri, Kubang Kerian saya ternanti-nanti siapakah Ustaz yang akan memberi pengisian kuliyah kali ini. Usai solat sunat rawatib, saya bertanya abah. “ Sape Ustaz ni bah?. Ustaz Fuad. Ooo, dia dari mana bah?. Mengaji lagi kat pondok pasir tumbuh. Mengaji dan mengajar, dua-dua. Jelas abah kepada saya.” Oklah, aku akan cuba dengar, harap-harap adalah ubat buat hati yang keras dan suka berontak ni. Bisik hati kecilku.


Kuliyyah bermula..


Bismillahirrahmanirrahim..Fasal Taubat. Dari kitab Tajil ‘Arus (Mahkota Pengantin) Kitab pun bunyi lain kan....Karangan Ibnu ‘Atoillah. Fokus membahaskan tasawuf, seperti mana juga kitab Hikam dan kitab penawar bagi hati yang selalu kita baca. Ibnu ‘Atoillah ni seorang ulama’ yang futuhat, yang mana ALLAH kurniakan kepada beliau untuk membincangkan persoalan membuka hati-hati manusia dalam mengenali ALLAH berdasarkan pengalaman-pengalaman dan ilmu rohani beliau.

Persoalan membuka hati ini adalah sangat penting lebih-lebih lagi bagi kita yang hidup di ‘seburuk-buruk zaman’ ini, yang mana Islam ditindas dan ditinggal. Berbeda dengan zaman Nabi dan para sahabat yang merupakan sebaik-baik kurun di alam ini.

Baru-baru ni, saya pergi ke Shah Alam untuk menghadiri program MQ (Management Qalbu). Tapi sayang, yang hadir ke program tersebut 90% adalah wanita dan hanya 10% peserta lelaki. Sedangkan sasaran program adalah untuk orang lelaki kerana merekalah pemimpin dan pembimbing wanita. ‘arrijalu qawwamuna ‘ala nnisa’..’ tapi realitinya hari ini begitulah.

Sebab itu ramai lelaki-lelaki hari ini tidak bertanggungjawab dengan keluarga, isteri dan anak-anak, kerana tiadanya ilmu dan kesedaran untuk mencari ilmu dalam membimbing keluarga (dush..pukulan pertama tepat kepadaku).

Saya membentangkan pengisian ringkas dari kitab penawar bagi hati dan Alhamdulillah ramai yang menyatakan syukur dapat menyertai program sebegini dan mengatakan jiwa mereka teramat kosong dan dahagakan kasih sayang ALLAH. Juga difokuskan kesedaran tentang hari akhirat.

Jika dilihat dari 10 perkara dalam kitab penawar bagi hati ni, salah satunya ialah persoalan ‘apakah hukum belajar tasawuf’? Jawabnya ialah hukum belajar tasawuf adalah FARDHU ‘AIN. Kerana jika seseorang itu belajar begitu banyak ilmu dan menjadi ulama’ besar sekalipun, tanpa mempelajari ilmu Tasawuf, ditakuti pendapat-pendapat dan fatwa yang diberikannya lari dan tidak bertepatan dengan hakikat makrifatullah.

Kerana juga, ada 10 sifat mazmumah (jahat) dalam diri kita yang perlu kita perangi untuk mengelak dari kita mati dalam keadaan berdosa besar kepada ALLAH. Ini diceritakan dalam kitab penawar bagi hati, salah satu kitab tasawuf yang asas.

Kita tengok dalam kitab Tajil ‘Arus yang kita baca hari ini, Nabi mengingatkan kita supaya menganggap hidup kita di dunia ini sebagai seorang tetamu sahaja. Kerana apa? Kita tengok apa adab kita sebagai seorang tetamu. Sebagai contoh apakah beradab jika kita masuk ke rumah orang lalu membuat peraturan kita sendiri dan pergi ke dapur rumah yang kita masuki tanpa dijemput oleh tuan rumah?

Begitulah jua kita di dunia ini. Ada tuannya yakni, ALLAH. Ada tempat-tempat yang kita tidak dibenarkan pergi dan menghampirinya, yakni benda-benda yang diharamkan ALLAH. Ada tempat-tempat yang kita dipelawa oleh tuan rumah untuk kita duduk disitu, yakni suruhan dan galakan ALLAH.

Yang keduanya, Nabi menyuruh kita menjadikan masjid itu sebagai rumah kita. Yakni rumah kedua yang mana hati kita sentiasa rindu nak datang jumpa ALLAH setiap kali azan dilaungkan (dush, dush..pukulan kedua tepat kepadaku)

Seterusnya Nabi Muhammad S.A.W menyuruh kita menjadikan hati kita ini nipis. Nipis dengan membanyakkan zikir kepada ALLAH. Nipis dalam erti kata supaya hati kita tidak keras dan tebal dari kebaikan. Caranya, dengan bersahabat dengan orang-orang yang soleh, banyak menolong agama ALLAH, dan banyak berzikir kepada ALLAH.

Nabi Isa alaihissalam mengatakan, ‘la tajalis bil’amwat’ yang bermaksud, janganlah kamu duduk-duduk bersama orang yang mati. Mati disini dimaksudkan dengan mati HATI. Ciri-cirinya boleh kita lihat dalam percakapannya seharian, asyik dengan cerita dunia.

Yang keluar dari mulutnya tak lepas dari benda-benda dunia, kereta, wanita, anak-anak, perkahwinan, harta, gaji, emas, perak, binatang ternakan, hasil tanaman dan perkara-perkara baru yang dianggap tidak ‘up to date’ jika kita meninggalkannya. (Sedihnya hati..perkara inilah yang banyak dibincangkan oleh mereka-mereka yang mengaku diri mereka membaca, bahkan menghafal ayat-ayat ALLAH dan memperjuangkan agama ALLAH!)

Seterusnya, perkara keempat, Nabi berpesan supaya kita membanyakkan berfikir dan memuhasabah diri dan keluarga kita. Mintalah sokmo2, “Ya ALLAH, berikanlah aku rezki supaya bertambah cinta ku kepada Mu..”

Sebab apa kita kena minta? Sebab ALLAH bagitahu dalam hadith Qudsi yang bermaksud “barangsiapa yang tidak meminta kepadaKU, AKU marah kepadanya”. Mintalah lagi supaya ALLAH beri rezeki supaya kita bertambah amalan yang menambahkan cinta ALLAH kepada kita.

Mintalah jua “ Ya ALLAH berikanlah aku rasa sejuknya..nyamannya kemaafanmu..”

Cubalah tuan-tuan bangun malam, tahajud. Menangis banyak-banyak. Kalau boleh sebelum solat tahajud, istighfar dulu 70x. ‘wa bil ashari hum yastaghfirun..’ Inilah antara ciri-ciri orang yang bertaqwa, yakni meminta ampun dengan ALLAH disaat-saat sahur. Ingat dosa-dosa kita, minta ampun dengan ALLAH betul-betul.

‘tarkul ma’siah ra’sul ‘ibadah’. Meninggalkan maksiat itu adalah kepala bagi ibadah.Dalam Minhajul ‘Abidin, Imam Ghazali mengatakan kalau kaki kita di ikat, macammana badan kita nak bergerak dengan selesa dan ringan? Begitulah perumpamaan hati kita, kalau hati kita di ikat dengan dosa, macamna hati kita mampu mengarahkan seluruh anggota badan untuk melaksanakan ibadah dan ketaatan kepada ALLAH dengan ringan?

Tiap-tiap pagi jumaat kit abaca ayat dalam surah sejadah ‘tatajafa junubuhum ‘anil madhoji’I yad’una rabbahum khaufan wa thoma’an..’ Apa maksudnya? Yakni kita ni kalau betul-betul kenal ALLAH, kita akan bangun dari tempat tidur kita untuk berdoa kepada ALLAH dalam keadaan takut dan berharap..

Bangunlah berdoa dan meminta kepada ALLAH, kalau tak tahu arab pun, mintalah dalam apa jua bahasa sebab ALLAH itu Maha Mengetahui. Dialah pencipta makhluk dan bahasa itu jua merupakan salah satu makhluk dari makhluk-makhluk ALLAH.

Lagi satu, nabi tambah suruh kita banyakkan berfikir dan menangis. Kalau boleh istighfar sokmo-sokmo. Kalau betul-betul taubat, orang itu akan ganti balik segala kejahatan yang dia lakukan dengan membuat banyak kebaikan yang bertentangan dengan kejahatan yang dia buat dulu. Contohnya jika dulu dia banyak mengumpat dan tidak menjaga mulut, sekarang dia banyak bercakap hanya untuk menyampaikan kebenaran dan berzikir kepada ALLAH.

Sebagai contoh orang yang pergi buat haji. Kalau balik dari hajinya ada perubahan, itu tandanya hajinya itu haji mabrur. Tapi kalau balik dari haji pun asyik dengan tukar kereta baru tanpa fikir dan bantu orang-orang miskin disekelilingnya, asyik dengan dunia hiburannya, asyik dengan isterinya tanpa diseimbangkan dengan persiapan isterinya didalam kubur..ini namanya haji malboro, bukan haji mabrur.

Kalau orang yang dah pernah pergi Mekah, pasti dia menangis kat depan Kaabah mengenangkan dosa-dosanya. Saya tengok orang menangis mengadu sampai ditarik-tariknya kain kaabah. Kalau dekat Maqam Nabi lagi lah syahdunya. Terasa sangat-sangat dekat dengan Nabi. Teringat seksok..nabi terima ke tak aku ni..Cemar bbolok penuh dengan dosa ni.

Macam kita pergi Istana lah, adakah pengawal Istana akan benarkan kita masuk ke dalam istana kalau badan kita busuk dan pakaian kita koyak rabak dan buruk? Macam tu jua Akhirat kelak, akan ada malaikat yang mengawal kita dari mendekati Nabi untuk meminta syafaat. Kalau badan kita penuh dengan kejahatan dan noda dosa, pasti kita dihalau malaikat-malaikat penjaga tersebut.

Kena ingat, kejahatan-kejahatan kita buat kat dunia ni kalau tak taubat, akan datang bentuk jisim yang boleh kita lihat di akhirat kelak walaupun loni kita tak nampak benda dosa pahala ni.

‘iza aradallahu bi’abdin khairan, yufakkihu fiddin..wa zahhada biddunya..wa zohhara ‘uyubahu..’ bila mana ALLAH mahukan kebaikan buat hambaNYA, pasti DIA memfakihkan hambaNYA itu dengan ilmu agama..dan membuatnya zuhud dengan dunia..dan menzahirkan kepada hambaNYA itu akan keaiban dirinya sendiri, ingat kejahatan dirinya sentiasa.’

Pesanan Allahyarham Tuan Guru Haji Abdul Rahman Wakaf Bharu ko ambo. Kalau nak belajar kitab Hikam ni, kena buat tiga perkara setiap hari.
1. Istighfar 70x setiap hari
2. Selawat ke atas Nabi 100x setiap hari
3. Tahlil (la ilaha illallah) 300x setiap hari

Kita ni, nak belajar kitab Hikam, tapi mensucikan hatinya taknak. Berapa ramai jah orang boleh istiqamah dengan benda ni? Sebab tuh nak sucikan hati ni benda susah dan besar pahalanya.

‘barangsiapa beristighfar sebanyak 70x setiap hari, terlepas namanya dari catatan nama orang-orang yang menipu, barangsiapa beristighfar setiap malam terlepas namanya dari catatan nama orang-orang yang lalai’

Benda-benda macam ni bukan sekadar dengar jah, tapi perlu disusuli dengan tindakan. Pesan bekas mufti Negeri Sembilan, Syeikh Ahmad ko ambo, ‘orang-orang yang malas Istighfar ni, dibimbangi mati dalam keadaan yang menyesal dan dukacita yang amat sangat.’

Sebab apa dia kata gitu? Sebab dengan beristighfar, kita dapat melapangkan dada, menenangkan fikiran. Sebab tu kalau malas-malas istighfar, dibimbangi sangat-sangat kita mati dalam keadaan yang menyesal yang amat sangat.

Sedangkan Nabi pun istighfar 70x setiap hari.

Dalam kitab Minhajul ‘Abidin, membahaskan persoalan ilmu sebagai persoalan pertama yang perlu diselesaikan. Kerana dengan ilmu lah kita dapat kenal hakikat diri, kenal ALLAH, kenal dunia, kenal Akhirat. Bab kedua pula, diletakkan ‘aqabatu ttaubah’ bab taubat.

Sebab apa? Kerana Imam Syafi’e sendiri dalam mula-mula sekali mestilah nak dapatkan Ilmu dulu baru boleh beramal. Tapi dalam mendapatkan Ilmu tuh mesti hati kena suci dan bersih baru mudah Ilmu lekat. Kerana Ilmu itu cahaya ALLAH dan cahaya ALLAH tidak diberikan kepada orang-orang yang bermaksiat kepadaNYA. Sebab itulah pentingnya taubat dalam hidup seorang Muslim.

Analoginya, kalau kita nak letak makanan dalam suatu bekas, mestilah bekas itu kita bersihkan terlebih dahulu. Kalau makanannya sedap, tapi bekas makanan itu busuk dan berbau adakah kita akan berselera untuk makan makanan itu? Tapi kalau makanan kita nih biasa-biasa sahaja, tapi bekas makanan itu menarik dan bersih seperti yang kita lihat di hotel-hotel atau restoran yang mahal, pasti naik selera kita walaupun makanan itu sekadar roti kosong atau air kosong.

Begitulah perumpamaannya dengan hati kita, kalau hati kita (sebagai bekas) bersih dan suci pasti zikir-zikir dan firasat kita (sebagai makanan) dapat memberi kesan dan menarik hati-hati lain yang dahagakan kasih sayang ALLAH..

Sedangkan Nabi pun istighfar 70x setiap hari.

‘ahabbul ‘a’malu ilallah an tamuta wa lisanuka rathbin min zikrillah’ amalan yang paling disukai ALLAH ialah jika kamu mati sedang lidahmu basah dalam menyebut nama ALLAH..
(ya ALLAH, teringat sahabat seperjuangan, Kak Hajar yang meninggal dalam keadaan bersolat..aku rindu orang sebegitu, aku sayang orang sebegitu dan aku cinta orang-orang yang mencintai ALLAH seperti mana bukti yang Kak Hajar telah buktikan dalam cintanya kepada perjuangan Islam..ALLAH muliakan beliau dengan mati dalam keadaan bersolat…ALLAH, bagaimanakah pengakhiranku...)

Satu doa yang tidak pernah Nabi tinggal selepas solat ialah ‘Allahumma a’inni ‘ala zikrika wa syukrika wa husni ‘ibadatik..’ Yang mana bermaksud, Ya ALLAH, tolonglah aku (a’inni) dalam mengingati MU(‘ala zikrika) dan dalam mensyukuri nikmatMU(wa shukrika) dan dalam aku melakukan Ibadah supaya Ibadah ini sebaik mungkin kepadaMU (wa husni ‘ibadatik)..


YA ALLAH, BUKAKANLAH PINTU HATI KAMI, YA ALLAH AMPUNKANLAH DOSA-DOSA KAMI,
LEMBUTKANLAH HATI-HATI KAMI,
LEMBUTKANLAH HATI ANAK-ANAK KAMI SUPAYA MENJADI ANAK YANG SOLEH DAN SOLEHAH..
YA ALLAH YA LATHIF..YA ALLAH TUHAN YANG MAHA LEMBUT, MAHA PENGASIH MAHA PENYANYANG..
YA ALLAH TUHAN YANG MENGETAHUI APA YANG TERSIMPAN DIDALAM HATI-HATI KAMI INI..
YA ALLAH TUHAN YANG MENGETAHUI APA YANG TERSIMPAN DIDALAM HATI-HATI KAMI INI..
YA ALLAH TUHAN YANG MENGETAHUI APA YANG TERSIMPAN DIDALAM HATI-HATI KAMI INI.. SELAMATKANLAH KAMI DARI AZAB API NERAKA MU.. KAMI TAK LAYAK KE SYURGA MU NAMUN KAMI TAK SANGGUP KE NERAKA MU YA ALLAH..
TUHAN YANG MENDENGAR LAGI MAHA MENGABULKAN..
PERKENANKANLAH YA ALLAH..
Wallahua’lam, Assalamualaikum..


Selesai Kuliah Maghrib


Saya merasa sungguh terpukul dan betul-betul terkena atas kepala sendiri setiap butir kata Ustaz Fuad tersebut. Balik dari surau, tersiap sudah perancangan dalam kepala untuk membuat sesuatu kebaikan kepada Ummi sebelum tidur malam ini. Sambil melayan Ummi makan (Ifthor sebenarnya, tapi kerana kuliah maghrib, Ummi sekadar makan ringan dahulu diwaktu Maghrib sebelum makan berat selepas Isya’).

“Ummi kalau boleh, anak-anak laki ni Ummi nak suruh gi dengar kuliah-kuliah dekat Masjid, surau. Ummi duk ikut kuliah-kuliah macam ni pun dah rasa lain. Walaupun Ustaznya tak tersohor mana, tapi banyak mengubah dan menyentuh hati kecil Ummi ni (Anak-anak mungkin rasa dah cukup ilmu agama dekat sekolah dan Universiti, aku menelah suara hati Ummi). Ya ALLAH…”

“Kalau tak kahwin lagi dah susah nak pergi surau, masjid, nanti dah kahwin Ummi tak tahu lah.. Kalau dah kahwin tapi tak lekat hati dengan surau dan masjid lagi, Ummi tak tahu lah bila dah dapat anak nanti..” Perlahan suara Ummi memukul kerasnya hati ku. Perlahan-lahan lemak-lemak keras yang menutup pintu hatiku pergi berlalu, lalu membuka ruang-ruang nafas yang selesa buat Imanku tuk bertapak...

Ya ALLAH..makin sayang dan cintanya aku pada Ummi..

Ya ALLAH..jika kau panjangkan umurku dan engkau memberikan aku peluang untuk berkahwin sekalipun, kurniakanlah aku Isteri yang mampu merobek ego hatiku, yang mampu mengingatkanku akan kebesaran ALLAH dan menyedarkanku dari lalai dengan penuh hikmah..sepertinya Ummi ku yang menjaga membesarkan aku..bukan sekadar fizikal yang yang dijaga, bahkan hati dan Iman ku sentiasa dipupuk supaya tak leka dari cinta dan rindu pada NYA..

Aku SAYANG UMMI..

al-Kelantani,
16150 Kubang Kerian,
1.41 am
25 June 2009

3 comments:

Mohd Nuruddin Bin Mohamed said...

Syukran buat abdul rahman fauzi. Teruskan kritikan membina. :)

iman sayyidah said...

masyaAllah..seronoknya dpt dengar kuliah ust Fuad..teringt masa duk ngaji kt pondok pasir tumbuh hari tu..sangat terkesan dengn kuliah ust Fuad setiap kali kelas yang beliau ajar..

iTU AKHiL said...

panjang entry ini..
tp menarik dan bermanfaat utk diikuti..

Masa Itu Nyawa