Skip to main content

Isti'azah; Suatu Buah dari Kebun Hikmah

Kemuncak yang ingin kau tawan itulah jua yang ku impikan...
kau bawa ku pergi bersama menongkah arus..terbang ke langit menggapai awan..
Demi kejayaan ada harga yang perlu di bayar..ku menjadi perisai mu bila pandangan mu jadi hiba..
Biarkan aku terbang melayang bersendirian, tinggalkan aku.. mencari arah jalan tuk pulang... semua ini satu ketentuan..

[Soff One feat NUR..]

Salam...

A'uzubillahi mina ssyaitoni rrojim.. kalimah yang di ucap sebelum membaca kitab ALLAH. Kelmarin saya membuat analisa harian dari pagi sehingga saat-saat sebelum mata ini dilelapkan. Bangun terlepas detik-detik rindu bersama ALLAH, meneruskan tanggungjawab sebagai anak dan jiran (ku diminta pertolongan), lalu diterus dengan bebanan sebagai pelajar tuk perkasa ilmu dan hikmah, lama ku tertidur, bangun melawan dan tertidur lagi.

Terus dengan persiapan mampir tengahari sebagai anak yang cuba menjaga hati umi dan abah, petang sehingga malam, asyik dengan youtube, dan nota-nota peperiksaan. Malam, detik mendownload (ah, hobi baru yang patut dikurangi) dan merayau di laman-laman hikmah teman bloggers. Mungkin blog rinduku bakal merubah penampilan laras kata dan corak penanaman buah hikmah di taman budi yang masih kurang hikmahnya ini.

Natijah ku, air mata menemani tidur. 70% masa ku seharian dalam cuti ini tidak dipenuhi hikmah dan pemerkasaan hati. Ku mengiring ke kiri dan ke kanan, air bening terus mengalir dan mengalir. Tarian rinduku di papan kekunci masih keras dan kaku buat merawat hati sendiri, apatah lagi buat melembutkan hati yang melihat perawakan tabiatku sehari-harian..

Niat ku pasang seteguh pasak gunungan, buat menepati janji dan ajakan rinduku memenuhkan malam-malam dengan tahajud buat melepas rinduku yang satu ini. Nah, bermula dari kosong ku mahukan segalanya terbaik seperti detik-detik kerinduan ku di taman Quran Kuala Kubu Baru 3 tahun yang lalu. Alhamdulillah, ku mampu tewaskan sang setan di ambang fajar, saat badan meminta direbahkan, saat nafsu mengajak ku baring, kehebatan ALLAH terserlah. Keyakinan pada Mu ya ALLAH sumber kemenangan ku di pagi ini.

Merekah jiwa ku kering dari basahan iman, ku pandu motor abah mencari pelembut nurani di teratak tuan guru Nik Aziz di Pulau Melaka. Kuliah subuh hariannya begitu menggamit. Menyentak nafsu dan mengheret ku tuk pulang ke jalan asal. 10 minit peringatan yang cukup sebagai bekalan hari ini menempuh hari-hari sebagai seorang hamba insyaALLAH.

Melihat kehidupan dari kacamata feqah dan tasawuf, begitulah Tuan Guru selalu mengingatkan rakyatnya. Nabi pernah di beritahu oleh isteri Baginda bahwasanya ada orang datang meminta sedekah, lalu isteri Baginda memberikan seluruh daging kambing yang ada kepada sang peminta sedekah dengan menyimpan sebahagian kaki buat bekalan ahli rumah (rasulullah dan keluarga). Lalu di jawab oleh Baginda dengan satu pertanyaan, " kenapa disimpan kambing yang cacat? kenapa tidak disimpan bahagian kaki itu bersama? " -

Sudut pandang tasawuf yang dibersamakan dengan feqah. Mengajak berfikir maksud yang Nabi lontarkan. Nabi mengajar saya untuk menyimpan seluruh harta dan kepunyaan saya kepada kepunyaan yang hakiki dan mutlak dengan mendermakan milik kita di dunia ini sebagai satu simpanan bekalan di Akhirat yang kekal lagi hakiki.

Pagi tadi, Tuk Guru berbicara soal 'isti'azah', (A'uzubillahi mina ssyaitoni rrojim). Buah hikmah yang saya kutip pagi tadi adalah untuk berlawan nafsu dan syaitan.Kerana al-Quran bukan sekadar buat dibaca, tapi juga buat dilaksana. Hakikatnya, tiada satu ayat Quran pun yang tidak bertentangan dengan syaitan dan nafsu. Kerana itulah setan dan nafsu ini ngak putus asa mengganggu saya dari membaca dan mengingati ayat-ayat suci ALLAH. Apatah lagi buat mengamal dan melaksanakan ayat-ayat ALLAH dalam hidup seharian, lagi besar pangkat setan kan mendamping, mungkin Brigeder General, mungkin Menteri setan atau mungkin jua bapak Iblis.



Jika sang petani menanam padi, pasti diletakkannya orang-orang ditengah bendang buat menghalau burung, jika sang pekebun menanam buah dan sayuran, pasti dibuatnya batas dan pagar buat halangan bagi si kambing dari menuai awal hasil tanahnya. Begitu jua manusia, dalam membaca dan mengamalkan Quran sebagai satu cara hidup pasti ada pengganggu dan perosak di tengah jalannya. Syaitan itulah sang perompak hati dari menuju ke kebun hikmah dan pelaksanaan ilmu di dada. Dibantu pula dengan sang nafsu yang penuh syahwat. Lalu gugurlah satu demi satu buah-buah hikmah yang belum masak di kebun dunia ini. Memang kita tiada upaya melawan nafsu dan syaitan ini melainkan dengan izin dan kekuatan dari ALLAH.

10 minit terakhir dihabiskan dengan kisah datuk kita, Nabi Adam yang tertipu dengan hasutan dan tipu daya Iblis sehingga mengakibatkan Tuk Adam kita dihalau keluar dari Syurga. Iblis yang menghasut Tuk Nabi Adam kita, iblis itu jualah yang menghasut dan mengganggu jalan-jalan kebenaran kita sekarang.

Usai peringatan, terasa lega hati yang merekah kekeringan ini. Terasa kenyang dengan buah hikmah yang satu ini. Ternampak pula Dato' Zaid Ibrahim (orang yang dulunya melawan Tuk Guru membawa Islam) berada di soff pertama di belakang Tuk Guru, alhamdulillah.. sejuk hati melihat buat hikmah Tuk Guru yang di tanam di kebun Jahiliyah (Baca : Parti Sekular@ UMNO) akhirnya kembali jua ke jalan para Nabi buat menabur benih bakti sebelum menuai hasilnya di taman-taman akhirat.

Begitulah kebun hikmah berkembang. Pacat, serangga perosak, pencuri hasil tanaman, penguasa pemeras hasil, (baca: Syaitan, Iblis, Nafsu, pemerintah yang menolak Islam) akan sentiasa mengganggu proses tumbesaran sesuatu buah hikmah yang pelbagai corak dan rasanya dalam merasai manisnya iman dalam penyerahan secara total dan tulus.

Hanya Iman dipupuk kesabaran dan rindukan akhirat teman terbaik membuahkan hikmah yang manis tak terungkap dek kata-kata lagi dirindui semua yang mencari petunjuk.. Moga tenang di taman-taman hikmah deh..



al-Kelantani, 23 Jamadits sani 1430H,
16150 Kubang Kerian,
Desa Paduka.

Comments

Zenki said…
ya Nur : moga sejuk perut ibu mu
moga tenang diri dengan musibah
moga manisan hikmah kan kau rasa..
zati_nadia said…
Assalamualaikum..

bila baca entri ni..rindu pd sessi "Jumaat with Tok Guru"..~_~.

Kata-katanya SARAT HIKMAH ^_^

Popular posts from this blog

Indahnya Bahasa India

Sekadar berkongsi beberapa patah perkataan bahasa India yang ku pelajari secara tak langsung dengan pesakit dan pekerja. Jika ada kekurangan dan kesilapan sila betulkan.


1- Siapa nama awak? = ope riina?
2- Nama saya.... = yenper....
3- Pergilah (untuk lelaki) = poodah
4- Pergilah (untuk perempuan) = poodii
5- Dah makan ke? = sapdiya...?
6- Dah makan dah = sipdaen
7- Jom makan = Bahsapdala
8- Jom minum = wa tanni kudigkelam
9- Awak tinggal di mana? = ni yengger kae ?
10- Baju = settae
11- Seluar = silwar
12- Mata = kanney
13- Telinga = kadhae
14- Kaki = kaali
15- Wajah = kaalai
16- Apa khabar? = na lam irking gele?
17- Apa khabar? (secara sopan) = sauriyema ?
18- Nenek = padti
19- Datuk = tata
20- Abang = anne
21- Kakak = akka
22- Pakcik = mama
23- Makcik = mami
24- Ayah = appa
25- Mak = amma
26- Dah minum ke belum ? = tanni kurchitia?
27- Belum lagi lah = inno illek
28- Tak ada = illek
29- Saya pergi dulu ya = poidtu ware’
30- Dah makan ke ? (sopan gitu) = sapdinlah...?
31- Dari mana ? = yinggere dhe?
32- Awak n…

Luahan hati seorang ibu...

Oh ibu..tidak terkata untuk menyatakan jasa ibu, 9 bulan ibu mengandung dengan berbagai dugaan dan cubaan. Ibu menempuh perit dan derita semasa melahirkan..! Semasa dalam pantang, ibu mengalami berbagai situasi yang tak terduga. Mengawasi diri sendiri, mendidik anak yang belum mengerti dan menjaga hati suami yang bukan semua boleh dikongsi. Hati seorang ibu yang cekal sukar dicari, sukar diganti.


Setiap ibu sanggup berkorban untuk anak-anak sedangkan anak belum tentu lagi. Kalau susah, biar ibu yang susah, anak jangan. Kalau ibu lapar, biar anak tidak lapar. Kalau ibu sakit anak jangan sakit. Kalau pakaian, biar anak cukup pakai, ibu tak apa. Kalau ibu sedih, hampir tercabut nyawa pun seboleh-bolehnya tidak diberitahu kepada anak-anak. Itu hanya secebis pengorbanan ibu.


Percayalah bila ibu sudah tiada, barulah anak terasa ketiadaan ibu dan hidup terasa kosong. Tiada tempat untuk mengadu. Kalau ibu ada, ibu buat itu, ibu buat ini, ibu cari itu, ibu cari ini. Ibu banyak boleh buat untuk a…

Rabbana Hablana Min Azwajina Wa Zurriyyatina Qurrota A'yun

Ha tu dio duduk. Jadi menunjukkan bbini ni perkara nikmat daripada Allah subhanahu wataala. Kita bekawin dengey ore ppuwe baik, ore ppuwe becaghi tok laki baik ini merupokey nikmat daripada Allah subhanahu wa taala. Ho bolehla we kalu nok gayo gayo ore ttino hok toksey ko demo gak kato; “ ai nikmat ni wey, nikmat Tuhey ni wey” dan oghe ttino tu pong kalu napok payoh payoh nga oghe jatey gak aa; nikmat ni aa.


Wa ma laha awliya’ahu bisuaali zalika fiddu’a’. Takdi dio ghoyak ceghito ceghito nabi. Nabi-nabi ni selain daripada Aku lantik jadi nabi, Aku buwi jugok anok-anok cucu, so. Selain pado nabi tuh pulok, hok peringkat woli-woli. Peringkat oghe hok bawoh sikit pado nabi, kito panggil woli-woli ni pong, Allah taala puji oghe-oghe hok jjadi woli Dio ni waktu woli Dio bedoa.


Dia tunjuk, doa gapo dio ? wallazina, wallazina yaquluna rabbana hablana min azwajina wa zurriyyatina qurrata a’yun. Ini doa hok Tuhey sediri apo ni rekod daley Quran. Kito lloni bulih guna doa ni. Di antaro tando o…