Monday, June 29, 2009

Formula Matematik T3rbalik - Suatu Perkongsian

disebabkan entri nie paling banyak komen, aku letak dia diatas :p

WARNING: Mungkin aku silap kira



Salam semua... mungkin entry nie agak panjang so tanpa membuang masa ayuh kita lihat dan sama-sama mengira satu formula matematik terbalik. Untuk mengiranya aku telah membuat satu carta yang aku gelarkan "Buku Sifir Bakal Ibu Mertua":-


(ini adalah rate standard yang aku tetapkan berdasarkan pengalaman dengan mengetepikan faktor-faktor kekayaan bapa anda, perkahwinan artis, ketamakan bakal ibu mertua anda dan sebagainya. Rate mungkin berbeza-beza dan kebarangkalian untuk menjadi lebih tinggi itu banyak dan lebih rendah juga tidak mustahil)



Aku mengemukakan satu formula dengan berpandukan buku sifir dia atas:-


SIFIR WANG HANTARAN + PELBAGAI KOS LAIN=
NO BERTUAH ANDA DALAM RINGGIT MALAYSIA


Nota: pelbagai kos lain merujuk kepada kad kahwin, nak renovate rumah, hantaran, baju, pelamin untuk bersanding (bagi yang nak follow cara agama lain), dan juga pelbagai persiapan yang boleh kita anggarkan maybe paling murah RM5,000. Murah sgt? OK kita katakan RM7,000. Setuju?

Bila diterjemahkan formula itu kepada nombor:

WANG HANTARAN RM7,000 (mengambil angka pertengahan bagi berlaku adil) +
PELBAGAI KOS LAIN RM 7,000= NO BERTUAH ANDA RM 14,000

untuk mengira dengan selamat aku tambahkan RM1K sebagai duit back-up kalau ade apa2 so TOTAL= RM15,000



So tu adalah harga standard kena ada kalau nak kahwin adalah RM15,000

Bagi yang kaya sila baca sampai sini sahaja kerana pengiraan selepas ini adalah untuk org2 yang miskin macam aku

Katakan kita start kerja umur 23, sebab maybe baru abis belajar or baru dapat kerja. Jom kita kira bilakah kita dapat menyediakan no bertuah itu dengan sendiri?

GAJI SEBULAN: RM1,000~RM1,500


bleh simpan berapa agak2 sebulan selepas tolak sewa rumah duit makan tambang bas @ minyak motor dan bla..bla..bla... ape??? duit gaji pun xcukup terpaksa pinjam member bila hujung bulan? oooo.... ok2 kita save rm300 sebulan nak? bole kot...

RM300(secara konsisten) x 50 bulan @4.16667 tahun= RM15,000

so 23+4=umur 27 @28 bleh la kita kahwin

kalau nak short cut: LOAN

Apa yang aku nak berkongsi disini adalah janganlah tekan2 sangat pasal duit kepada bdk2 yang baru je kerja.. kesian.. bila org masuk merisik first tanya kerja apa??? bagus la sebab xkan nak bagi anak dara makcik makan pasir kan? pastu tanya pakai kereta ape???? pastu letak hantaran tinggi2 sebab 1.terpengaruh ngan cerita puteri gunung ledang 2.sebab anak jiran dah tinggi hantaran masa kahwin dulu. Yeah makcik!!! lawan tetap lawan! 3. Mana bole anak oi.... akak dia kahwin dulu pun camtu harga dia... ye la akak dia kahwin ngan anak org kaya.... kita??? nak makan roti ngan kaya sebulan pun susah .



Teringat plak cerita dulu-dulu yang famous gak:-


Bakal Mak Mertua: Anak kerja ape?
Wakil: Kerja driver je...
Bakal Mak Mertua: ooo.. sorry la ye.. anak saya tu dah ada org yang nak.. supervisor kat kilang dia kerja
Wakil: Oh yeke...Ok bye

Bakal Mak Mertua:(hmmmm.... keja driver nak bagi makan apa nanti anak aku?) huhh!

Wakil: (anak aku kerja driver kapal terbang tapi nape org xnak...huhuhu)

Wahai ibu-ibu tersayang! Apa kata kita tanya budak tu sembahyang cukup tak? Bleh ke agak2 nak pimpin anak aku nie dunia akhirat? Bab makan tu xyah risau la makcik woiii Tuhan ada.. kalau rajin dan halal rezeki dicari sikit pun cukup. Kalau banyak pun xhalal nak buat ape? Lapar sgt ke anak makcik2 sekalian? Pernah ke dalam sehari anak makcik xmakan ape2 langsung??? Tgk entry gua dah jadi panjang sebab membebel.... Tgk balik la pernikahan zaman moden sekarang... begitu gah dimata kita tp sampai bila? Bahgiakah mereka? atau cuba memuaskan hati org lain? Betul jodoh pertemuan ditangan Tuhan... tp sementara Tuhan bagi peluang kenapa kita mengucar-kacirkan keadaan?


Aku tinggalkan anda semua dgn sesuatu:-

Rukun nikah mengandungi 5 perkara:

1. Pengantin Lelaki
2. Pengantin Perempuan
3. Wali
4. Dua Orang Saksi
5. Ijab dan Kabul





kotak hati: bila adat dianggap ibadat

* Artikel yang cukup menarik dari blog teman,

http://tanpanama2.blogspot.com/

3 comments:

Mohd Nuruddin Bin Mohamed said...

tuh tanpanama wat kira2 ngan yg dah habis belajar masa umur 23. Macamana dengan zenki yg sekarang dah 23 tahun? :) Tuh perkiraan kasar sahaja. Apa pun, rezeki,jodoh dan ajal, tetap ditanganNYA dan telah ditentukannya. Moga kita tak menentukan urusan kita dengan sendiri. Biarlah ALLAH yang menentukan kerana dialah pemilik kita yang sebenar. :) Kan lebih manis gitu kan man..? :)

siti suhaili said...

Mantap2. baru nk masuk 2nd yr dah ada hadam formula2 ni... mudah2an bila da tiba masa nak berumah tangga nanti, Allah permudahkan segalanya..Ameen =)..

Walaupun sekali pandang nampak macam pihak lelaki yg tpaksa spend banyak bila nk kawin, tp sebenarnya piahk pempuan pun x kurang tinggi belanjanya.. Tapi pape pun amat perlu utk nasihatkan para muslimat & keluarga spy x letak mahar yg terlalu tinggi..

Syahirah Jamel said...

tahniah!entri yg cukup2 menarik..

teringat suatu perkara yg berlaku pada abg ana..

bakal mak mertua tak jadi:
"hang keja apa nk bagi anak aku makan.."

abg ana:
"saya keja driver bas ja mak cik..."

bakal mak mertua tak jadi:
"laa driver ja??...hang toksah mimpi la nk kawin dgn anak aku!"

abg ana:
diam, dan pelik.. awat dia tak mau kt aku...padahal bas tu aku punya, ekspress mayangsari tu..kaunter bas tu pun aku punya...hmm..
" takpalah ayg, kita putus ja. Mak awk tak suka saya!"

skang ni, abg ana da selamat nikah dgn bekas kekasih dia sebelum ni yg sanggup tunggu dan bersusah payah wlupn bernikah dgn driver bas saja! alhamdulillah..mereka sgt bahagia..=)

Masa Itu Nyawa