Wednesday, June 10, 2009

Borak-borak al-Quran (2) : Bersama Syamil dan adik-adik Darul Quran Gen9

Salam al-Kelantani, 16 Jamadits sani 1430 H, 10 Jun 2009

Satu kisah dari bingkisan diari ku. Bermula di pagi hari Ahad pada 26 April 2009 bersamaan 1 Jamadil awwal 1430H ....

10.30am : "eh, nta duk prepare slide nak kkecek bab Quran ni nta ngulang ke Quran?? nta baca ker Quran??". Agak tinggi dan keras suara Syamil mencuba nada suaranya untuk kegunaan didalam kem-kem peningkatan diri.

"eh, aku ngulanglah, tak pun sekurang-kurangnya dengan buat slide 'bicara Quran' untuk adik-adik mai melawat dari DQ ni boleh trigger aku untuk ngulang gak". Mendatar sahaja jawapanku beri.

"eleh, nta kkecek sajo.. kencek sajo.. kencek sajo.. kecek panda lah.." Balas Syamil.

AKu terkedu..(ALLAH..semoga dengan apa yang ku buat ini ada ganjaran dan kesan kebaikan buat orang-orang disekelilingku dan jua buat adik-adikku)

12.00 noon : (Mana adik-adik aku ni..?, kata pukul 11.00, tak sabar nak jumpa generasi ke-9 dari program persijilan ni)

1.00pm : "Din, nta kena buat kejap je slot Quran pahni. Semua orang dah makan masa lebih dari yang ditetapkan, ana takut program lari dan ganggu program adik-adik" (ganggu??, setahu aku diorang nak pergi shopping je kejap lagi..ish, pegi tempat lain banyak lagi manfaat..) Aku mengumam dalam hati. "Ok ran, InsyaALLAH 5-10minit jer lah slot ana kalu macam tu."

Hati aku tak tenang dan masih lagi kuat berdebar dengan ancaman dan sindiran Syamil tadi. Aku hilang kekuatan untuk menyampaikan apa yang sangat-sangat aku ingin kongsikan selama ini dengan adik-adik. (Ish, takleh jadi ni, aku kena kuar dari dewan ni)

1.05pm : (dimasjid Kampus UIA kuantan), Ya ALLAH aku Hamba penuh dosa.. Ya ALLAH aku diri penuh noda.. Ya ALLAH tiada kekuatan melainkan hanya milikMU.. ya ALLAH permudahkanlah urusanku.. berilah ketenangan kepada hati yang gundah ini...Ya ALLAH.. memang diri ini hanya tahu berkata-kata, tapi ya ALLAH, berilah kekuatan buatku melaksanakan segala apa yang ku kata..hanyalah Engkau sumber segala kekuatan dan sumber segala Kebaikan, janganlah dengan kejahatan dan dosa noda hati ku ini menghalang dari tersampainya kebenaranMU buat semua insan-insan yang ku sayang... perkenankanlah ya ALLAH.. perkenankanlah ya ALLAH..perkenankanlah ya ALLAH..

1.45pm: "dijemput kepada sahabat saya syekh nuruddin untuk slot 'bicara Quran' sahabatku sharif ahmad yang menjadi pengerusi majlis menjemput. (sharif sentiasa tenang didepan umum)

"Assalamualaikum, terima kasih sahabat saya sharif Ahmad. Awwalan, lastu syekh.. ana muda lagi :). Syekh ni untuk orang-orang tua. Tak gitu ustaz? mungkin tadi sahabat-sahabat saya sudah banyak menyentuh tentang Quran dan kisah kehidupan kuliah masing-masing, jadi saya rasa tak banyak yang boleh sentuh lagi. Apapun, semuanya berkisar dan bermain dengan 10 slide ringkas yang sempat saya sediakan tadi sahaja insyaALLAH." - (mata terpandang seorang sahabat tiba-tiba keluar dari dewan bilamana diri ku memegang mikrofon, Ya ALLAH, jagalah hati ku. Dalam masa yang sama teringat sindiran sahabatku Syamil pagi tadi.. ).

"Pertama sekali kita lihat gambar ini..

Disini kita bermula..dengan istilah banin dan banat. :) Dah lama tak guna istilah banin banat ni. Kat kuantan ni guna muslimin muslimat, brother sister je.. tak ada dah banin banat ni adik-adik. Rindu dengan panggilan tu. Ok, berbalik kepada tujuan kita hari ni. Ana bukanlah ustaz Jalal untuk berkata-kata tentang Quran. Ana bukanlah Dato' Fadhilah Kamsah untuk memberi motivasi kepada adik-adik semua. Sekadar perkongsian, semoga apa-apa yang tak elok telah kami abang-abang dan kakak-kakak telah lalui ini adik-adik takkan mengulanginya lagi.

Suka saya bertanya beberapa soalan sebelum kita pergi lebih jauh.

Siapa yang dalam kesibukan dengan 'jaulah'@lawatan ini hari ni dah baca Quran 1 juzuk ? - tiada yang angkat tangan - (ana tak tanya ngulang pun lagi..)

OK, siapa yang dah khatam 30 juzuk? - semua bang..!! - (alhamdulillah..)

Ok, siapa yang dengan dia sekarang ada bersamanya al-Quran?? - semua menyebut kepada satu nama , (tapi aku lupa akan nama itu) -

ok, siapa yang dalam tiga hari lawatan ni dia tak pernah baca @ ulang pun al-Quran?? -semua menunduk- (aku yakin ada yang membaca dan mengulang, tapi pengalaman aku sendiri membuktikan hanya 2,3 orang sahaja yang biasanya istiqamah membaca al-Quran walau dalam apa jua keadaan dan kesibukan sekalipun, yang lain?? Dengan kamera, handset, game, buku-buku kurang berfaedah dan bermacam arus perasaan lagi yang huffaz-huffaz ini disibukkan dari al-Quran)



ok, slide kedua.. dari gambar ini bolehlah kita tengok gambaran kita sekarang (di Darul Quran kan..) Tapi macammana imej kita selepas ini? Hehe.. hmm berkaitan imej ana taknak ulas panjang, ana pun dah tak berkopiah sangat pun sekarang ni. Tapi pelajarilah fiqh awlawiyat, adik-adik pasti memahami bila berhadapan dengan situasinya, insyaALLAH.






Ok, rasa-rasanya dua slide ini tak perlu saya perjelaskan. Cukuplah gambar ini berbicara tentang realiti kehidupan seorang penghafal al-Quran yang tak pernah sunyi dari ujian dan dugaan. Dengan masalah hati yang tak berkesudahan, mesyuarat, tanggungjawab, gerakkerja dakwah, usrah, assignment, homework, dateline, deadline dan sebagai-bagainya.



Haa, ini gambar abang-abang generasi terdahulu program persijilan bersama Prof Dr Syeikh Taufiq Ramadhan al-Bouti. Anak kepada syekh Ramadhan al-Bouti. Yang dalam gambar ni, adanya sahabat-sahabat ana dari gen6 persijilan dan abang azreen dan abang rizwan dari gen3 persijilan.

Pernah satu dalam diskusi tentang halatuju golongan penghafal al-Quran di multaqa Tahfiz Kebangsaan ini, akhi Rizwan bertanya kepada sidang diskusi yang dipengerusikan oleh Dr Danial Zainal Abidin (seorang hafal al-Quran, pakar perubatan dan pakar motivasi).

Persoalan yang ditimbulkan adalah, bagaimanakah sepatutnya kami menjaga al-Quran ditengah kesibukan jadual kelas yang padat, assignment yang banyak, tanggungjawab kepada dakwah dan bermacam kesibukan kajian kerja kuliah yang perlu diselesaikan. Bagaimanakah dan apakah cara terbaik untuk mengatasi masalah ini? Dan akh Rizwan juga mencadangkan supaya dikaji semula program persijilan tahfiz kerana belum terdapat tanda-tanda penanda ukur kejayaan program ini dari generasi-generasi yang telah lalu.

Lalu banyaklah cendekiawan dan bijakpandai memberi pandangan kononnya sebagai penyelesaian kepada persoalan yang timbul. Persoalan terus tergantung sehinggalah datang Syekh Taufiq al-Bouti di lewat majlis, lalu persoalan ini ditimbulkan kembali.

Dengan mudah sahaja syekh menjawab. Dengan mengangkat tangan, lalu meletakkan didadanya seraya menjawab " al-asas, huna.. al-MAHABBAH! " Asasnya disini (dihati kita)..CINTA! Jika cinta kita kepada al-Quran telah dalam, persoalan ini takkan timbul. - Diam.. satu jawapan memati hujah -

Adik-adikku sayang, persoalannya hanyalah satu disini. Sejauh manakah cinta kita pada al-Quran?? Jika kita cinta pada wanita, tak lepas dari sms dan calling-calling setiap hari.. tapi sejauh mana cinta kita untuk menatap membaca memahami al-Quran?? kesibukan bukan penghalang, bahkan itulah tanda cinta sebenar kita kepada al-Quran masih sempat kita luangkan untuk melepas rindu bersamanya. Renung-renungkan adik-adikku, sejauh manakah CINTA kita kepada al-Quran dibandingkan dengan CINTA kita kepada perkara-perkara lain...muhasabah bersama dik..



Untuk mengekalkan hafalan, inilah dia dua asas yang wajib kita semai dan tanam dalam hati dan jiwa kita semua.

Dulu, masa ana di Darul Quran, ada satu program nama dia 'INTERFAM'. Sekarang ada lagi tak? -ada, ada bang-. Oh, sekadar nak berkongsi, daripada program tuh sampai sekarang ana mendapat banyak manfaat yang takkan ana lupakan. Terutama sekali buah-buah minda mutiara hikmah daripada seorang ustaz yang juga bernama taufiq. Ustaz Taufiq bin Husin. (Mantan YDP MAQAZ Shoubra).

Tiga pesanan penting yang amat penting bagi ana untuk dikongsi bersama sahabat-sahabat dan adik-adik.
1. Hafal Quran sampai mati
2. Jangan lupa daratan
3. Amalkan al-Quran yang dihafal.


-Syeikh Yusof al-Qardawi

Lagi kata Ustaz, kita akan tergolong kedalam salah satu tiga golongan yang berkaitan dengan hafal Quran dan nak jadi waris kitab ALLAH ni.
1. Bersungguh-sungguh = Istiqamah
2. Tak istiqamah = baca tak baca
3. Menzalimi diri sendiri = langsung tak baca Quran

Selain itu, dalam menjaga al-Quran , akan ada pengganggu-pengganggunya iaitu :
1. Syaitan
2. Nafsu
3. Kafir harbi
4. Suasana yang mengancam
5. Manusia yang dengki

Oleh itu, selidiki diri, kita tergolong didalam golongan mana berkaitan dengan al-Quran? ataukah kita tergolong dalam golongan yang mengganggu orang menjaga kalamullah ini? (nauzubillah..mintak jauh)


Lagi satu adik-adik persijilan yang bijak pandai, ana nak tanya. SPM ambil berapa subjek? -20, lebih dari 10, 12, -. Ok,

Katakanlah 12 subjek, setiap satu subjek berapa buku teks? - 1 bang -
Berapa buku rujukan dan buku latihan? - 2,3 bang -

Jika kita sanggup untuk bermati-matian mendapatkan 10A1, 12A1 dan sebagainya dengan menghadam buku-buku teks dan buku rujukan.. kenapakah kita susah sangat nak menghadam satu buku teks untuk panduan hidup kita dunia akhirat?




Al-Quran lah buku teks, panduan hidup dan mati yang selalu kita tinggal dan abaikan..




Akhir sekali adik-adik, dalam permusafiran kita didunia ini. Ingatlah kita adalah safirullah (duta ALLAH) yang membawa panji-panji Islam dan membawa imej Islam kepada orang ramai dan awam. Semoga kita betul-betul hadam dan amal buku kitab panduan kita yang satu ini. al-QURAN.

Dalam mengingat al-Quran, kita perlu ada sistem untuk mengulang, perlu ada masa prioriti untuk Quran dalam setiap hari dan kita perlu menguasai kedua-dua ilmu. Ilmu al-Quran dan ilmu keduniaan dalam bidang yang kita ceburi, barulah titik pertemuan antara dua benda ini dapat dicapai.

Akhir kalam, suka ana berkongsi satu rahsia; al-Quran akan jinak dengan hati yang lembut dan mudah menangis kerana takutkan ALLAH.. Maaf pengerusi ambil masa lama dan lebih sangat. Apa yang baik itu datangnya dari ALLAH dan yang buruk dan lemah itu kelemahan dari lidah yang tidak berhikmah dan hati yang tidak suci ini. Wabillahittaufiq, walhidayah wassalamu'alaikum.




Terima kasih Syamil atas taaruf yang berkesan. Semoga ada manfaat buat yang membaca. Akhiri dengan kita sama-sama mengucap alhamdulillah dan selawat ke atas baginda sebanyak-banyaknya. Moga diterima.

3 comments:

Zenki said...

semoga diri yang menulis mengamalkan apa yang tertulis. Ameen.

NURUL ASYIKIN ABDUL RAZAK said...

syukran di atas entry yang hebat...sbg pengajaran n muhasabah buat ana.

Zenki said...

tiada yang hebat melainkan DIA

Berat menulis benda yang berat untuk di amalkan ni. Sekurang-kurangnya jadi muhasabah buat saya sendiri setiap kali membaca kembali tulisan sendiri

Masa Itu Nyawa