Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2009

Formula Matematik T3rbalik - Suatu Perkongsian

disebabkan entri nie paling banyak komen, aku letak dia diatas :p

WARNING: Mungkin aku silap kira



Salam semua... mungkin entry nie agak panjang so tanpa membuang masa ayuh kita lihat dan sama-sama mengira satu formula matematik terbalik. Untuk mengiranya aku telah membuat satu carta yang aku gelarkan "Buku Sifir Bakal Ibu Mertua":-


(ini adalah rate standard yang aku tetapkan berdasarkan pengalaman dengan mengetepikan faktor-faktor kekayaan bapa anda, perkahwinan artis, ketamakan bakal ibu mertua anda dan sebagainya. Rate mungkin berbeza-beza dan kebarangkalian untuk menjadi lebih tinggi itu banyak dan lebih rendah juga tidak mustahil)



Aku mengemukakan satu formula dengan berpandukan buku sifir dia atas:-


SIFIR WANG HANTARAN + PELBAGAI KOS LAIN=
NO BERTUAH ANDA DALAM RINGGIT MALAYSIA


Nota: pelbagai kos lain merujuk kepada kad kahwin, nak renovate rumah, hantaran, baju, pelamin untuk bersanding (bagi yang nak follow cara agama lain), dan juga pelbagai persiapan yang boleh kita anggar…

Buat Yang Dah dan Yang Akan Kahwin..

Khas buat Ummi dan Abah, Abe Sham dan Kak Long, Abe Yie dan Kak Ina, Abe Azreen dan Kak Asiyah, Fikri dan Husna, Izani dan Nadiah, Imran dan Nurul, Hafiz Khairuddin dan Atikah Azam, Kak Tasnim dan Suami, Zubair dan Isteri, Syahid dan Amalina..dan semua yang telah dan akan kahwin (Wardah dan Faizal, Husna Abd Manaf dan bakal suami, Izzat Kamal dan bakal isteri.. Maksu aisyah dan bakal suami dan juga Cik Mah dan bakal suami). tak lupa buat diri ku..

Cerita ini mungkin ada yang telah membacanya, tapi mungkin ada jua yang belum membacanya. Saya mendapatnya dari emak saudara saya dari emelnya. Selamat membaca...

Seorang lelaki telah berumahtangga dengan seorang wanita solehah. Hasil
dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang
anak lelaki dan perempuan. Kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan
sejahtera.

Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan
bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, dia juga adalah isteri yang
setia dan t…

Mahkota Pengantin dari Ummi..

Mahkota Pengantin…..(1)

**Amaran: Cerita ini mungkin terlalu panjang dan tidak menarik jika anda tidak mengikhlaskan hati dan mengosongkan minda untuk membacanya.**

“Din.. meh ikut ummi gi sembahyang masjid. Bulih kita dengar orang mengajar (bagi kuliah maghrib) sekali.” Ajak ummi kepada saya. Mungkin ummi menyedari perubahan diri saya yang agak semakin culas (liar dan liat) dalam menuntut ilmu dan mendekatkan hati dengan rumah ALLAH.

Saya berfikir alasan untuk diberikan kepada ummi untuk tidak pergi mendengar kuliyah maghrib kerana kebiasaannya saya seorang yang mudah mengantuk jika kuliyah yang disampaikan dengan monotone dan kurang menarik. “ish..rasa macam nak gi ngan motor je lah..lagi pun novel Dari Beirut ke Jerusalem nih cam menarik..ingat nak gi solat jemaah n balik terus je untuk khatamkan novel ni je cuti aku yang 4,5 hari je ni.” Gumam aku dalam hati.

“Din, meh gi. Abah siap dah tuh.” Ummi sekali lagi mengajak. “adus..malasnya hati aku..” mengumam lagi dalam hati. “ok-ok umm…

Selamat Pengantin Baru Teman..

(sekadar gambar hiasan, Abe Azreen & Kak Asiyah)

Assalamualaikum buat Muslim dan selamat sejahtera buat Non-Muslim.

Bulan jun ini banyak sangat orang yang kahwin. Rakan-rakan, abang-abang, kakak-kakak. Ada yang sempat saya hadiri majlis mereka dan ada yang tidak sempat.

Buat yang dah lepas, suka saya memetik beberapa kenangan bersama mereka buat tatapan semua yang mengenali mereka.

Bermula dengan Kak Nadiah dan Akh Izani (Tahun lepas..) Paling banyak kenangan dengan dua orang yang saya amat saya segani ini, sampai tak tau nak petik mana yang paling menarik, sebab semuanya paling menarik :). Tapi paling mengecewakan diri ini ialah, tak dapat bersama meraikan pengantin dalam majlis yang penuh meriah di Kelantan. Maafkan saya ye Nadiah & Izani, semoga ALLAH mengekalkan cinta kalian hingga ke Syurga..Ameen.

Kedua, Kak Tasnim dan suami. Pernah dulu saya pergi ke gerai Diet semasa program I-Quest dan kak Tasnim yang ada disitu turut memberi nasihat dalam pemakanan. "nta nih, kecik …

Hikmah di Tengah Keributan: Usah Menari Mengikut Paluan Gendang Musuh

Puas merayau dari blog ke blog, berbagai isu di mainkan. Tapi isu terbesar timbul semalam bila Tuk Guru Nik Aziz menyarankan Ust Nasha keluar dari PAS. Saya bukanlah ahli politik, bukan jua karyawan politik, apatah lagi untuk menganalisis isu sebesar ini. Saya menyerahkan kepada mereka yang faham dan arif untuk berbicara soal ini, buat menjelaskan kepada saya dan teman-teman secara ilmu dan hikmahnya persoalan ini.

Sebelum itu, ada beberapa ujian yang menimpa Tuk Guru Nik Aziz secara berterusan, antaranya (baca artikel di laman-laman dibawah)....


ARKIB : 16/06/2009
Nik Aziz memutlakkan nasihatnya bercanggah hukum-hakam
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0616&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_08.htm


Alhamdulillah, orang yang istiqamah bersama al-Quran dan hikmah ini (Tuk Guru) tak pernah gentar melawan boneka yahudi berwajah melayu.


Putar belit kenyataan: Nik Aziz cadang saman Utusan Malaysia
http://harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=v…

Isti'azah; Suatu Buah dari Kebun Hikmah

Kemuncak yang ingin kau tawan itulah jua yang ku impikan...
kau bawa ku pergi bersama menongkah arus..terbang ke langit menggapai awan..
Demi kejayaan ada harga yang perlu di bayar..ku menjadi perisai mu bila pandangan mu jadi hiba..
Biarkan aku terbang melayang bersendirian, tinggalkan aku.. mencari arah jalan tuk pulang... semua ini satu ketentuan..

[Soff One feat NUR..]

Salam...

A'uzubillahi mina ssyaitoni rrojim.. kalimah yang di ucap sebelum membaca kitab ALLAH. Kelmarin saya membuat analisa harian dari pagi sehingga saat-saat sebelum mata ini dilelapkan. Bangun terlepas detik-detik rindu bersama ALLAH, meneruskan tanggungjawab sebagai anak dan jiran (ku diminta pertolongan), lalu diterus dengan bebanan sebagai pelajar tuk perkasa ilmu dan hikmah, lama ku tertidur, bangun melawan dan tertidur lagi.

Terus dengan persiapan mampir tengahari sebagai anak yang cuba menjaga hati umi dan abah, petang sehingga malam, asyik dengan youtube, dan nota-nota peperiks…

Sanah Helwah ya Huluww, ya 'Asal, ya Sukkar..:)

Salam al-Kelantani, 20 Jamadits sani 1430 H, 14 Jun 2009

Ucapan dari atuk, nenek, umi wawa, umi lah, ayoh we, ayoh ngoh, umi na, n ayoh din, selamat Hari lahir yang pertama. Semoga jadi anak yang solehah buat ibu ayah tercinta neh.. :)


ye ye, dah 1 Tahun umur saya.. nak terbang.. :)


tembamnya..


eh, anak sapa ni??


with ibu tersayang..


with ayah..:)


sayang adik 'Iffah, jangan nangis yer.. :)


inilah adik 'Iffah, kawan baru saya.. hehe


hehehe


di Restoran Apple dengan ibu dan ayah..


anak ayah ni..


ye ye , anugerah naib johan superbaby :)


rehlah ke Ro'subar, Aisyah tido, ayahnya posing..


dengan haiqal, teman sepermainan yang dah balik Malaysia..


ala-ala anak korea gitu..hehe


Sejuk tangan itu..al-Fatihah buat adik Ammar bin Zulkifli..

Salam al-Kelantani, 18 Jamadits sani 1430 H, 12 Jun 2009

Sejuk tangan itu..al-Fatihah buat adik Ammar bin Zulkifli..



“Boleh tolong tak?” pelajar Kolej Winfield meminta saya mengambil alih tugasnya mencatat rekod denyutan jantung, rekod nadi, dan rekod pernafasan seorang pak cik tua yang sedang koma. Kelihatan kawan saya, Saufi sedang melakukan bagging untuk membantu pernafasan pak cik tersebut. “ok, tapi macam mana ye? “ aku bertanya kerana aku belum punya pengalaman berhadapan dengan situasi begini (rekodnya tak dapat dicatat kerana semuanya telah menunjukkan tanda-tanda pemergiannya..)


“Macam ni, kalau tak dapat rekod apa-apa awak cuma tulis unrecordable kat chart table ni”. Aku mengangguk tanda faham, lantas memakai glove (sarung tangan) dan memulakan tugas mencatat data pesakit ini. Setengah jam melakukan prosedur tersebut, doktor datang melihat rekod di mesin lalu mengesahkan pak cik itu telah meninggal dunia.


Saudara mara pesakit semakin ramai. Mungkin anak-anak pesakit berada di…

Borak-borak al-Quran (2) : Bersama Syamil dan adik-adik Darul Quran Gen9

Salam al-Kelantani, 16 Jamadits sani 1430 H, 10 Jun 2009

Satu kisah dari bingkisan diari ku. Bermula di pagi hari Ahad pada 26 April 2009 bersamaan 1 Jamadil awwal 1430H ....

10.30am : "eh, nta duk prepare slide nak kkecek bab Quran ni nta ngulang ke Quran?? nta baca ker Quran??". Agak tinggi dan keras suara Syamil mencuba nada suaranya untuk kegunaan didalam kem-kem peningkatan diri.

"eh, aku ngulanglah, tak pun sekurang-kurangnya dengan buat slide 'bicara Quran' untuk adik-adik mai melawat dari DQ ni boleh trigger aku untuk ngulang gak". Mendatar sahaja jawapanku beri.

"eleh, nta kkecek sajo.. kencek sajo.. kencek sajo.. kecek panda lah.." Balas Syamil.

AKu terkedu..(ALLAH..semoga dengan apa yang ku buat ini ada ganjaran dan kesan kebaikan buat orang-orang disekelilingku dan jua buat adik-adikku)

12.00 noon : (Mana adik-adik aku ni..?, kata pukul 11.00, tak sabar nak jumpa generasi ke-9 dari program persijilan ni)

1.00pm : "Din, nta kena buat k…