Skip to main content

re-post ' Lambakan Seram Yang Memandulkan.'




Salam al-Kelantani, 22 Jamadil awal 1430 H, 18 Mei 2009

Sekadar analisa ringkas buat teman pembaca terus membaca dan membaca berkaitan Filem seram. Kenapa seram itu memandulkan? Fakta sains takkan mampu membuktikan kaitan seram dengan kemandulan. Tapi di sini bukanlah kemandulan peranakan yang saya ingin utarakan. Selamat membaca dan cubalah membuat telahan sendiri sebelum saya menjawab di akhir keluaran kali ini.

Laman tengah Metro berkaitan fakta filem seram di Malaysia... http://www.intro2u.net/new/2009/05/filem-seram-terkini/

Soalan kepada Ustaz Haron Din al-Hafiz berkaitan filem seram..... http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=20499&Itemid=91

Ulasan Ustaz Asri Zainal Abidin berkaitan filem seram...
http://suhaimy.org/isu-panas/kesan-buruk-filem-seram-dan-hantu/

Mufti Perlis bidas filem Melayu hilang identiti
http://pinkturtle2.wordpress.com/2008/06/04/mufti-perlis-bidas-filem-melayu-hilang-identiti/

Bila pendapat Ugamawan dibandingkan dengan pendapat yang bukan ahlinya...
http://www.malaysiakini.com/news/95293

Filem Seram Merosakkan? Antara Aqidah dan Hiburan
http://www.imeem.com/dryassin/blogs/2008/05/22/AM75MrxF/filem-seram-merosakkan-antara-aqidah-dan-hiburan

Bila JAKIM kata Haram...ada kerajaan dengar?
http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf/5bf3fb7251836f9a482567f20004d104/67fc093ee2f22c8b0025729f000728c5?OpenDocument

Ada juga cadangan yang menarik dan membina
http://tamanulama.blogspot.com/2007/12/filem-ulama-dan-tokoh-islam.html

Kenapa mandul? Apa yang mandul? Maaf bicara, dalam percakapan atau penggunaan perkataan mandul terhadap seseorang boleh mengundang amarah yang tak terkawal. Namun, jika seseorang itu mandul (tak kira suami atau isteri), pasti banyak pihak yang turut merana.

Mandul yang dalam istilah perubatan disebut sebagai 'infertility' masih boleh di ubati dengan bermacam ikhtiar dan usaha untuk mendapatkan zuriat sebagai ganti dan penerus diri ibu dan bapa.

Namun, jika mandul iman dan aqidah dek kerna terjahan dan didikan dari media massa yang terlalu berleluasa tanpa di ubati dengan seserius mungkin oleh pihak berwajib (mungkin ke pihak berwajib sekarang mahu memberi penawar Iman dan taqwa setelah puas menjamu rakyat sendiri dengan hidangan nafsu dan tahyul?).

Banyak alasan digunakan, antaranya mahu memberi pengajaran supaya tidak berlaku syirik didalam masyarakat (namun, adakah penjelasan yang sewajarnya diterapkan disetiap akhir filem?). Mahu mengubah selera penonton (selera penonton atau selera penerbit yang mahu semata-mata bersaing mengaut keuntungan? ). Mahu mengembalikan kegemilangan filem seram seperti dahulu (dahulu itu bila? rujuk nota dari web metro. Dahulu itu pasca sebelum dan selepas kemerdekaan Tanah Melayu.)

Jadi, banyak filem kita terpengaruh oleh pemikiran penjajah yang mahu melemahkan Iman orang Islam.
Salah satu cara melemahkan Iman ialah melalui mengalih ketakutan manusia semata-mata kepada ALLAH kepada takutkan Iblis dan syaitan secara membuta tanpa ilmu dan kebenaran yang nyata. Lalu ramai anak Melayu tertipu sehingga melahirkan ramai umat Islam 'baka' Melayu yang lebih takutkan Iblis dan syaitan daripada takutkan ALLAH.

Hingga akhirnya lahir ramai penulis dan pengkarya-pengkarya yang lebih mengenali keburukan makhluk yang di laknat (Iblis) daripada mengenali dan mengajak manusia kepada mengenali dan mencintai Keindahan , Keagongan, Kehebatan, Keperkasaan, Kemurahan, serta Kesempurnaan ALLAH pencipta kita semua.

Nah, inilah akibatnya. Bila lambakan filem seram ditayangkan, tiada satu menteri pun berbicara. Tapi, sekali tayangan azab kubur untuk memotivasikan anak-anak supaya takut untuk membuat kejahatan dan memperbanyakkan berbuat kebaikan kepada ibu bapa dan semua manusia, berbunyilah sang menteri. " Tayangan azab kubur tak boleh ditayangkan, boleh mengganggu ketenteraman anak-anak kecil ". Ini pun kerana adanya ibu bapa yang kurang mengenali alam kubur dan akhirat yang pasti dan pasti kita semua tempuhi.

Lihatlah betapa bahaya dan mengancamnya syirik kepada ALLAH dalam bentuk sistem-sistem ciptaan manusia (sekularisme, nasionalisme, pluralisme, liberalisme, kapitalisme, materialisme, etc.) yang bermahkota diperlembagaan seluruh negara di pelusuk dunia hari ini. Hasilnya, lahirlah sang penguasa dan ibu bapa yang takut anak-anak mereka mengenali dan mencintai hidup akhirat yang lebih utama dan pasti.

Lahirlah menteri pendidikan yang tidak mendapat kefahaman Islam yang sepenuhnya sedari merdeka lalu membuat akta dan sukatan pendidikan yang tidak berpandukan Islam tapi berkiblatkan 'pemberi' kemerdekaan yang jelas-jelas adalah musuh Islam dan pembunuh para Ulama'.

Lantaran itu, lahirlah di situ melayu Islam yang kebanyakannya hanya Islam di dalam kad pengenalan dan adat resamnya sahaja. Bukan mengambil Islam secara menyeluruh, sebagai cara hidup.

Solusinya? Jadilah agen perubah suasana. Contohilah resam ikan dilaut. Walau sekelilingnya air yang masin, tapi isi ikan itu tetap tawar tidak terpengaruh. Islam, pasti dan pasti kan kembali gemilang. Sama ada kita bersama kebangkitannya atau kita sekadar menjadi pemerhati yang tiada erti atau kita menentang kebangkitannya. Fikirkanlah demi masa nazakmu hai penulis dan sekelian pembaca!



Abu Talhah,
25200,
Indera Mahkota 2,
Jalan Hospital Campus.

Comments

Popular posts from this blog

Indahnya Bahasa India

Sekadar berkongsi beberapa patah perkataan bahasa India yang ku pelajari secara tak langsung dengan pesakit dan pekerja. Jika ada kekurangan dan kesilapan sila betulkan.


1- Siapa nama awak? = ope riina?
2- Nama saya.... = yenper....
3- Pergilah (untuk lelaki) = poodah
4- Pergilah (untuk perempuan) = poodii
5- Dah makan ke? = sapdiya...?
6- Dah makan dah = sipdaen
7- Jom makan = Bahsapdala
8- Jom minum = wa tanni kudigkelam
9- Awak tinggal di mana? = ni yengger kae ?
10- Baju = settae
11- Seluar = silwar
12- Mata = kanney
13- Telinga = kadhae
14- Kaki = kaali
15- Wajah = kaalai
16- Apa khabar? = na lam irking gele?
17- Apa khabar? (secara sopan) = sauriyema ?
18- Nenek = padti
19- Datuk = tata
20- Abang = anne
21- Kakak = akka
22- Pakcik = mama
23- Makcik = mami
24- Ayah = appa
25- Mak = amma
26- Dah minum ke belum ? = tanni kurchitia?
27- Belum lagi lah = inno illek
28- Tak ada = illek
29- Saya pergi dulu ya = poidtu ware’
30- Dah makan ke ? (sopan gitu) = sapdinlah...?
31- Dari mana ? = yinggere dhe?
32- Awak n…

Luahan hati seorang ibu...

Oh ibu..tidak terkata untuk menyatakan jasa ibu, 9 bulan ibu mengandung dengan berbagai dugaan dan cubaan. Ibu menempuh perit dan derita semasa melahirkan..! Semasa dalam pantang, ibu mengalami berbagai situasi yang tak terduga. Mengawasi diri sendiri, mendidik anak yang belum mengerti dan menjaga hati suami yang bukan semua boleh dikongsi. Hati seorang ibu yang cekal sukar dicari, sukar diganti.


Setiap ibu sanggup berkorban untuk anak-anak sedangkan anak belum tentu lagi. Kalau susah, biar ibu yang susah, anak jangan. Kalau ibu lapar, biar anak tidak lapar. Kalau ibu sakit anak jangan sakit. Kalau pakaian, biar anak cukup pakai, ibu tak apa. Kalau ibu sedih, hampir tercabut nyawa pun seboleh-bolehnya tidak diberitahu kepada anak-anak. Itu hanya secebis pengorbanan ibu.


Percayalah bila ibu sudah tiada, barulah anak terasa ketiadaan ibu dan hidup terasa kosong. Tiada tempat untuk mengadu. Kalau ibu ada, ibu buat itu, ibu buat ini, ibu cari itu, ibu cari ini. Ibu banyak boleh buat untuk a…

Rabbana Hablana Min Azwajina Wa Zurriyyatina Qurrota A'yun

Ha tu dio duduk. Jadi menunjukkan bbini ni perkara nikmat daripada Allah subhanahu wataala. Kita bekawin dengey ore ppuwe baik, ore ppuwe becaghi tok laki baik ini merupokey nikmat daripada Allah subhanahu wa taala. Ho bolehla we kalu nok gayo gayo ore ttino hok toksey ko demo gak kato; “ ai nikmat ni wey, nikmat Tuhey ni wey” dan oghe ttino tu pong kalu napok payoh payoh nga oghe jatey gak aa; nikmat ni aa.


Wa ma laha awliya’ahu bisuaali zalika fiddu’a’. Takdi dio ghoyak ceghito ceghito nabi. Nabi-nabi ni selain daripada Aku lantik jadi nabi, Aku buwi jugok anok-anok cucu, so. Selain pado nabi tuh pulok, hok peringkat woli-woli. Peringkat oghe hok bawoh sikit pado nabi, kito panggil woli-woli ni pong, Allah taala puji oghe-oghe hok jjadi woli Dio ni waktu woli Dio bedoa.


Dia tunjuk, doa gapo dio ? wallazina, wallazina yaquluna rabbana hablana min azwajina wa zurriyyatina qurrata a’yun. Ini doa hok Tuhey sediri apo ni rekod daley Quran. Kito lloni bulih guna doa ni. Di antaro tando o…