Skip to main content

Perkenalan dengan si HITAM

Salam Ketakutan.

Pada hari kiamat, dia mengaum.. Habis segenap manusia merangkak disebabkan ngaumannya, kerana takutkannya. Allah menceritakan kepada kita dalam surah al-Jathiyah ayat 28.
" Engkau akan melihat setiap umat berlutut mendatangi Tuhan mereka ".. Itulah dia yang bernama Jahannam. Adakah sekadar begini Neraka ciptaan ALLAH?
Dapatkah aku melintas jika ini ujiannya kelak?

Benarkah begini dahsyatnya Neraka? Ya ALLAH hatiku masih penuh dengan nifaq..Ampuni aku ya ALLAH..

Dikhabarkan bahawa Jibril a.s pernah mendatangi Nabi s.a.w lalu Baginda bertanya kepadanya: Wahai Jibril! Beritahuku tentang neraka dan kepanasannya! Jibril menjawab: Sesungguhnya ALLAH 'Azzawajalla menciptakan api dan menyalakannya selama seribu tahun sehingga merah warnanya, kemudian dinyalakannya seribu tahun lagi sehingga putih warnanya, dan dinyalakannya lagi seribu tahun lagi sehingga hitam warnanya, dan ia SEKARANG INI adalah HITAM LEGAM.

Demi Tuhan yang membangkitkanmu sebagai seorang Nabi yang benar, seandainya sehelai pakaian dari pakaian-pakaian ahli neraka dicampakkan kepada penduduk bumi, nescaya mereka akan mati kesemuanya. Dan seandainya satu baldi minuman ahli neraka dituang kedalam air bumi kesemuanya, nescaya akan terbunuh sesiapa yang meminumnya. Seandainya sedepa dari rantai-rantai neraka yang pernah disebutkan oleh ALLAH didalam al-Quran yang bererti; "...kemudian ikat dia dengan satu rantai yang panjangnya 70 depa..." (al-Haqqah: 32)

Setiap satu depa panjangnya antara masyriq dan maghrib (timur dan barat), seandainya rantai itu dipukulkan keatas sebuah bukit, nescaya akan menjadi cair bukit itu. Seandainya seorang lelaki dimasukkan kedalam neraka kemudian dikeluarkan darinya, nescaya penghuni dunia akan mati semuanya dari sebab sangat busuk baunya. -(Petikan dari kitab Mukasyafatul Qulub ila 'Allamul Ghuyub, Imam Ghazali)

Aku merenung kedalam diri. Aku mencari titik pertemuan. Rupanya banyak tiket telah ku tempah secara sengaja dan tidak sengaja untuk bertamu ke rumah si HITAM. Guruku kata kita perlu berdisiplin, aku pergi kelas lewat. Ibuku kata belajar rajin-rajin, tapi masih ada daki malas dalam diriku. Adikku kata, " din, tolong deh ", aku sekadar mencebik muka. Abahku sudah tua, tapi hatiku kurang ikhlas berbakti. Abangku minta tolong doakan, ku sentiasa menangguh. Teman-teman mengharapkan aku membawa perubahan, aku sekadar berperang melawan nafsu sendiri. Nabi menyuruhku kebaikan dan melarang kemungkaran, aku sekadar melihat dengan Iman yang lemah. Amanahku bertimbun, tapi alpa dan lekaku merimbun.. ALLAH.. ALLAH.. Masihkah ada ruang taubat buat hambaMU yang penuh noda dan dosa ini..

Ku harapkan SyurgaMU..Namun ku tak layak ke sana..
Ku takutkan NerakaMU.. tak sanggup aku ke sana..

ALLAH.. ku ingin kepada MU..
ALLAH.. hatiku keras..
ALLAH.. hatiku gelap..
ALLAH.. hanya Nur MU yang amat ku harap..
ALLAH.. ku rindu menatap kata-kata mu dalam al-Quran..
ALLAH.. aku terlalu dengan dunia..
ALLAH.. hatiku penuh syak dan waham..
ALLAH.. berilah hati yang baru buatku..
ALLAH....ALLAH....ALLAH.... Hati cinta hanya padaMU yang ku pinta...

Ku ingin tenggelam dalam rindu.. ingin sekali sibuk hanya untuk MU.. ingin sekali.. ingin sesangat...


Abu Talhah,
25200,
Bumi musafir.

Comments

Popular posts from this blog

Indahnya Bahasa India

Sekadar berkongsi beberapa patah perkataan bahasa India yang ku pelajari secara tak langsung dengan pesakit dan pekerja. Jika ada kekurangan dan kesilapan sila betulkan.


1- Siapa nama awak? = ope riina?
2- Nama saya.... = yenper....
3- Pergilah (untuk lelaki) = poodah
4- Pergilah (untuk perempuan) = poodii
5- Dah makan ke? = sapdiya...?
6- Dah makan dah = sipdaen
7- Jom makan = Bahsapdala
8- Jom minum = wa tanni kudigkelam
9- Awak tinggal di mana? = ni yengger kae ?
10- Baju = settae
11- Seluar = silwar
12- Mata = kanney
13- Telinga = kadhae
14- Kaki = kaali
15- Wajah = kaalai
16- Apa khabar? = na lam irking gele?
17- Apa khabar? (secara sopan) = sauriyema ?
18- Nenek = padti
19- Datuk = tata
20- Abang = anne
21- Kakak = akka
22- Pakcik = mama
23- Makcik = mami
24- Ayah = appa
25- Mak = amma
26- Dah minum ke belum ? = tanni kurchitia?
27- Belum lagi lah = inno illek
28- Tak ada = illek
29- Saya pergi dulu ya = poidtu ware’
30- Dah makan ke ? (sopan gitu) = sapdinlah...?
31- Dari mana ? = yinggere dhe?
32- Awak n…

Luahan hati seorang ibu...

Oh ibu..tidak terkata untuk menyatakan jasa ibu, 9 bulan ibu mengandung dengan berbagai dugaan dan cubaan. Ibu menempuh perit dan derita semasa melahirkan..! Semasa dalam pantang, ibu mengalami berbagai situasi yang tak terduga. Mengawasi diri sendiri, mendidik anak yang belum mengerti dan menjaga hati suami yang bukan semua boleh dikongsi. Hati seorang ibu yang cekal sukar dicari, sukar diganti.


Setiap ibu sanggup berkorban untuk anak-anak sedangkan anak belum tentu lagi. Kalau susah, biar ibu yang susah, anak jangan. Kalau ibu lapar, biar anak tidak lapar. Kalau ibu sakit anak jangan sakit. Kalau pakaian, biar anak cukup pakai, ibu tak apa. Kalau ibu sedih, hampir tercabut nyawa pun seboleh-bolehnya tidak diberitahu kepada anak-anak. Itu hanya secebis pengorbanan ibu.


Percayalah bila ibu sudah tiada, barulah anak terasa ketiadaan ibu dan hidup terasa kosong. Tiada tempat untuk mengadu. Kalau ibu ada, ibu buat itu, ibu buat ini, ibu cari itu, ibu cari ini. Ibu banyak boleh buat untuk a…

Rabbana Hablana Min Azwajina Wa Zurriyyatina Qurrota A'yun

Ha tu dio duduk. Jadi menunjukkan bbini ni perkara nikmat daripada Allah subhanahu wataala. Kita bekawin dengey ore ppuwe baik, ore ppuwe becaghi tok laki baik ini merupokey nikmat daripada Allah subhanahu wa taala. Ho bolehla we kalu nok gayo gayo ore ttino hok toksey ko demo gak kato; “ ai nikmat ni wey, nikmat Tuhey ni wey” dan oghe ttino tu pong kalu napok payoh payoh nga oghe jatey gak aa; nikmat ni aa.


Wa ma laha awliya’ahu bisuaali zalika fiddu’a’. Takdi dio ghoyak ceghito ceghito nabi. Nabi-nabi ni selain daripada Aku lantik jadi nabi, Aku buwi jugok anok-anok cucu, so. Selain pado nabi tuh pulok, hok peringkat woli-woli. Peringkat oghe hok bawoh sikit pado nabi, kito panggil woli-woli ni pong, Allah taala puji oghe-oghe hok jjadi woli Dio ni waktu woli Dio bedoa.


Dia tunjuk, doa gapo dio ? wallazina, wallazina yaquluna rabbana hablana min azwajina wa zurriyyatina qurrata a’yun. Ini doa hok Tuhey sediri apo ni rekod daley Quran. Kito lloni bulih guna doa ni. Di antaro tando o…