Skip to main content

Pecahkan Air Batu Itu

Salam al-Kelantani, 11 Jamadilawal 1430H, 6 Mei 2009



Pernah saya membangkitkan persoalan ‘rasa jauh’, ‘ukhuwah beku’, ‘hati beku’, ‘sejuk beku’. Didalam tubuh kita, jika darah beku didalam otak, apakah yang akan terjadi? Ianya bakal mengundang Stroke. Jika beku didalam mesyuarat, ia bakal membantut kreatif solusi lantas membazirkan masa berjam-jam lamanya bermesyuarat.

Cuba teliti, cuba telusuri kenapa saya membangkitkan 'beku' ini. Semestinya saya ingin memecahkan 'iceberg' didalam diri saya dan juga teman-teman dalam melihat sesuatu. Kengkadang kita melihat bongkah batu didalam air. Lalu, kita cuba dan cuba untuk memecahkannya, alhamdulillah berjaya. Tapi sedarkah kita yang air batu yang kita pecahkan hanyalah 5% sahaja? Sedangkan lagi 95% yang tenggelam didalam air jarang sekali kita menyedarinya. .

Teman, kengkadang diri ini keras, kengkadang lembut. Tapi bukanlah berniat untuk menyakiti atau menghulurkan senyuman tawar tanpa erti cuma. Persoalan 'beku' yang dibangkitkan sebelum ini lebih kepada satu muhasabah pada diri sendiri yang penuh dengan sejarah hitam dan daki-daki jahiliyah. Mungkin ada juga teman yang senasib dengan diri ini. Mungkin ramai menyedari, tapi berapa ramai yang peduli?

Kembali kepada persoalan pokok, perkaitan 'beku' yang ditimbulkan sebelum ini. Jika 'air batu' yang lagi 95% didalam air tadi tidak dipecahkan, akan lahir lebih ramai orang-orang yang tidak peduli dan tidak menjaga hati sahabat seperti yang telah saya lakukan sebelum ini.

Saya bergelut dengan kemelut diri sendiri lebih dari bergelut dengan kekeruhan ukhuwah. Kerana, ukhuwah yang keruh takkan mampu dijernihkan oleh diri yang berselut penuh. Kerna itu, kengkadang terlepas kata, kengkadang tersilap bicara, kengkadang hilang punca. Maafkanlah daku. Semalam membaca separuh dari karya Syeikh Abbas As-sissi.."Thariq ilal Quluub" = "Bagaimana menyentuh hati". Baru saya sedari hati ini masih agak keras, masih terlalu jauh dari petunjuk dan panduan berkomunikasi generasi pertama terdahulu.

Jika hati penjual tidak berminat dan yakin dengan barang jualannya, mana mungkin mampu menarik pembeli untuk membelinya. Jika hati sang perawat tidak ikhlas melayan pesakit, mana mungkin hadirnya ubat dalam senyuman. Jika hati sang Dai’e tidak tersentuh dengan kebenaran dan akhirat, mana mungkin dia mampu menyentuh hati Mad’u - mad’unya. Jika pena tidak berpandu pada Quran dan Sunnah, takkan mungkin ianya pena kebenaran!


11.53 am / 6 Mei 2009
Abu Talhah,
25200,
Indera Mahkota.

Comments

hajarzainal said…
teringat cerita penguin dan ais batu yang nta cerita masa liqa saff yg pertama di kuantan, tajuk gapo doh buku tu?
Our Iceberg Is Melting: Changing and Succeeding Under Any Conditions


John Kotter with Holger Rathgeber
with a Foreword by Spenser Johnson. M.D

Description and Reviews
From The Publisher:

Most of the denizens of the Antarctic penguin colony sneer at Fred, the quiet but observant scout who detects worrying signs that their home, an iceberg, is melting. Fred must cleverly convince and enlist key players, such as Louis, the head penguin; Alice, the number two bird; the intractable NoNo the weather expert; and a passle of school-age penguins if he is to save the colony.

Their delightfully told journey illuminates in an unforgettable way how to manage the necessary change that surrounds us all. Simple explanatory material following the fable enhances the lasting value of these lessons.

Our Iceberg Is Melting is at once charming, accessible and profound; a treat for virtually any reader.
Adik din..
Jom kita tukar tema memberii...
"memberi tanpa syarat"..
Mana mungkin hati yang mati mampu menghidupkan hati yang mati lain kan?

Popular posts from this blog

Indahnya Bahasa India

Sekadar berkongsi beberapa patah perkataan bahasa India yang ku pelajari secara tak langsung dengan pesakit dan pekerja. Jika ada kekurangan dan kesilapan sila betulkan.


1- Siapa nama awak? = ope riina?
2- Nama saya.... = yenper....
3- Pergilah (untuk lelaki) = poodah
4- Pergilah (untuk perempuan) = poodii
5- Dah makan ke? = sapdiya...?
6- Dah makan dah = sipdaen
7- Jom makan = Bahsapdala
8- Jom minum = wa tanni kudigkelam
9- Awak tinggal di mana? = ni yengger kae ?
10- Baju = settae
11- Seluar = silwar
12- Mata = kanney
13- Telinga = kadhae
14- Kaki = kaali
15- Wajah = kaalai
16- Apa khabar? = na lam irking gele?
17- Apa khabar? (secara sopan) = sauriyema ?
18- Nenek = padti
19- Datuk = tata
20- Abang = anne
21- Kakak = akka
22- Pakcik = mama
23- Makcik = mami
24- Ayah = appa
25- Mak = amma
26- Dah minum ke belum ? = tanni kurchitia?
27- Belum lagi lah = inno illek
28- Tak ada = illek
29- Saya pergi dulu ya = poidtu ware’
30- Dah makan ke ? (sopan gitu) = sapdinlah...?
31- Dari mana ? = yinggere dhe?
32- Awak n…

Luahan hati seorang ibu...

Oh ibu..tidak terkata untuk menyatakan jasa ibu, 9 bulan ibu mengandung dengan berbagai dugaan dan cubaan. Ibu menempuh perit dan derita semasa melahirkan..! Semasa dalam pantang, ibu mengalami berbagai situasi yang tak terduga. Mengawasi diri sendiri, mendidik anak yang belum mengerti dan menjaga hati suami yang bukan semua boleh dikongsi. Hati seorang ibu yang cekal sukar dicari, sukar diganti.


Setiap ibu sanggup berkorban untuk anak-anak sedangkan anak belum tentu lagi. Kalau susah, biar ibu yang susah, anak jangan. Kalau ibu lapar, biar anak tidak lapar. Kalau ibu sakit anak jangan sakit. Kalau pakaian, biar anak cukup pakai, ibu tak apa. Kalau ibu sedih, hampir tercabut nyawa pun seboleh-bolehnya tidak diberitahu kepada anak-anak. Itu hanya secebis pengorbanan ibu.


Percayalah bila ibu sudah tiada, barulah anak terasa ketiadaan ibu dan hidup terasa kosong. Tiada tempat untuk mengadu. Kalau ibu ada, ibu buat itu, ibu buat ini, ibu cari itu, ibu cari ini. Ibu banyak boleh buat untuk a…

Rabbana Hablana Min Azwajina Wa Zurriyyatina Qurrota A'yun

Ha tu dio duduk. Jadi menunjukkan bbini ni perkara nikmat daripada Allah subhanahu wataala. Kita bekawin dengey ore ppuwe baik, ore ppuwe becaghi tok laki baik ini merupokey nikmat daripada Allah subhanahu wa taala. Ho bolehla we kalu nok gayo gayo ore ttino hok toksey ko demo gak kato; “ ai nikmat ni wey, nikmat Tuhey ni wey” dan oghe ttino tu pong kalu napok payoh payoh nga oghe jatey gak aa; nikmat ni aa.


Wa ma laha awliya’ahu bisuaali zalika fiddu’a’. Takdi dio ghoyak ceghito ceghito nabi. Nabi-nabi ni selain daripada Aku lantik jadi nabi, Aku buwi jugok anok-anok cucu, so. Selain pado nabi tuh pulok, hok peringkat woli-woli. Peringkat oghe hok bawoh sikit pado nabi, kito panggil woli-woli ni pong, Allah taala puji oghe-oghe hok jjadi woli Dio ni waktu woli Dio bedoa.


Dia tunjuk, doa gapo dio ? wallazina, wallazina yaquluna rabbana hablana min azwajina wa zurriyyatina qurrata a’yun. Ini doa hok Tuhey sediri apo ni rekod daley Quran. Kito lloni bulih guna doa ni. Di antaro tando o…