Thursday, May 28, 2009

Marilah Adik


Marilah adik mari semua,
Kita bersama pergi belajar,
Menuntut ilmu agama ALLAH,
Agar menjadi insan mulia

Engkau semua ciptaan Tuhan,
Insan kerdil yang sungguh berharga,
Hidupmu penuh keriangan,
Engkaulah harapan agama,

Engkaulah anugerah berharga,
Jiwa mu bersih dan putih,
Harapan dua ibu bapa,
Bagaikan intan permata,

Nabi mulia telah bersabda,
Kau laksana kain yang putih,
Kini kedua ibu dan bapa ,
Mencorakkan islam di jiwa mu,

Sedarlah adik-adik semua,
Jadikan Islam ikutan kita,
Teguhkan iman didalam dada,
Moga Berjaya menempuh dugaan,

Tinggalkanlah amalan dunia,
Yang menyesatkan umat manusia,
Maju ke depan dengan al-Quran,
Hadith jadikan sebagai pedoman,

Engkaulah anugerah berharga,
Jiwa mu bersih dan putih,
Harapan dua ibu bapa,
Bagaikan intan permata,

Sedarlah adik-adik semua,
Jadikan Islam ikutan kita,
Teguhkan iman didalam dada,
Moga berjaya menempuh dugaan,

Marilah adik mari semua,
Kita bersama pergi belajar,
Menuntut ilmu agama ALLAH,
Agar menjadi insan mulia

Sedarlah adik-adik semua,
Jadikan Islam ikutan kita,
Teguhkan iman didalam dada,
Moga berjaya menempuh dugaan,

Engkau semua ciptaan Tuhan,
Insan kerdil yang sungguh berharga,
Hidupmu penuh keriangan,
Engkaulah harapan agama…

-Nada Murni-

2 comments:

Abah Yie & Ummi Na said...

salam...wah, lagu yang k.ina suka ni :) kalau pasang lagu ni, baby dlm perut ni bergerak-gerak (dia nak ckp dia sukalah tu)...

Anonymous said...

Mana nak download lagu ni.

Masa Itu Nyawa