Skip to main content

Khutbah Jumaat : 'Ibrah Jamadil awwal berhampiran Kota Karak

Salam al-Kelantani, 27 Jamadil awal 1430 H, 22 Mei 2009.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada ALLAH dengan melakukan segala suruhanNYA dan menjauhi segala laranganNYA. Janganlah kita hanya tahu mendengar sahaja perkataan taqwa serta menyebutnya sedangkan ia tidak menyerap ke dalam sanubari kita. Hitunglah diri kita setiap masa sama ada semakin hampir kepada ALLAH atau sebaliknya. Adakah amalan soleh kita semakin meningkat atau pun menurun..

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Firman ALLAH dalam ayat 111 surah at-Taubah yang bermaksud
" Sesungguhnya ALLAH membeli jiwa dan harta orang-orang yang beriman bahwa untuk mereka ganjaran Syurga. Mereka berperang di jalan ALLAH lalu mereka membunuh atau terbunuh sebagai janji yang benar bagi ALLAH (yang termaktub) dalam taurat, Injil, dan Quran. Siapakah yang lebih menepati janjinya daripada ALLAH. Oleh itu, bergembiralah kamu dengan penjualan yang kamu jual itu. "

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Sekarang kita berada di bulan Jamadil Awwal, yang mana seperti bulan-bulan Islam yang lain, Jamadil Awwal pernah memahatkan peristiwa bersejarah dimana pada bulan ini telah berlakunya peperangan Mu'tah yang terletak berhampiran dengan Kota Karak, Jordan. Ia berlaku pada tahun 8H akibat daripada pembunuhan Harith bin Umair al-Azdi apabila beliau direbus hidup-hidup di dalam kawah air panas ketika dihantar oleh Rasulullah S.A.W kepada Raja Busra sebagai seorang utusan.


Penulis bersama Fathi di atas tinggalan Kota Busra, kota sejarah dibumi Syam


Di dalam runtuhan Kota Rom di Busra.

Peperangan Mu'tah merupakan antara siri awal peperangan tentera Islam di luar semenanjung Tanah Arab dalam menghadapi tentera bukan Arab. Sebagaimana maklum bahawa selepas pembukaan Kota Mekah pada bulan Ramadhan tahun yang sama maka tidak berlaku lagi peperangan besar dengan kafir Quraisy sebaliknya tumpuan dakwah Islam mula dikembangkan ke luar tanah arab melalui penghantaran utusan yang membawa surat daripada Rasulullah S.A.W yang biasanya turut ditulis beberapa ayat al-Quran kepada ketua qabilah, raja-raja, pemimpin negara berhampiran. Kita boleh faham daripada tindakan Rasulullah S.A.W ini bahawa tidak salah orang bukan Islam diberi peluang untuk membaca ayat al-Quran bukan untuk tujuan menghina tetapi untuk mengkaji keindahan al-Quran dan penyebaran dakwah Islam.

Jawapan yang diterima daripada pemimpin qabilah dan negara terhadap seruan dakwah melalui surat yang dihantar ini bermacam-macam dimana ada yang menerima Islam, tidak kurang yang menolak secara lembut dan ada juga yang menolak secara kasar termasuk dalam kes utusan Raja Busra yang dibunuh secara kejam ini. Pada hari jarang berlaku pemimpin negara umat Islam yang menghantar surat dakwah kepada pemimpin bukan Islam sebaliknya ramai yang mengutus surat untuk terus taat setia kepada kuasa kuffar dan sistem ciptaan manusia. Apa yang lebih malang apabila pemimpin negara umat Islam bukan sahaja merasa malu dan takut untuk menyebarkan Islam malah menampilkan imej yang buruk akibat pecah amanah, rasuah, dan skandal moral yang lain.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Tentera muslimin seramai tiga ribu orang (3000 orang) telah dikumpul dalam masa yang singkat untuk keluar berperang di Mu'tah di mana Rasulullah S.A.W tidak turut serta dalam peperangan ini. Daripada tindakan ini dapatlah kita mengambil iktibar yang mana Islam bukanlah agama yang tertegak hanya melalui mata pedang kerana peperangan adalah langkah terakhir selepas utusan yang diutuskan untuk menjalankan kerja-kerja dakwah tidak diterima malah dikhianati maka barulah tindakan yang lebih kasar iaitu peperangan dapat dilakukan.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Ketika tentera Islam bertolak menuju ke Mu'tah yang terletak beribu kilometer dari Kota Madinah. Sebaik sahaja mereka tiba di Ma'an iaitu sebuah pekan yang terletak lebih kurang 100 kilometer dari Mu'tah, tentera musuh telah mendengar kemaraan dimana dengan segera panglima tentera musuh, Hercules mungumpul bala tentera lebih seratus ribu orang disamping Syurahbil pula mengumpul seramai seratus ribu bala tentera yang lain hasil gabungan qabilah Lakham, Juzam, Balqin, dan Bahara'. Apabila mendengar berita mengenai jumlah tentera musuh yang begitu ramai, maka tentera muslimin telah berbincang langkah mereka yang seterusnya di Ma'an selama dua malam. Ramai dikalangan mereka telah mencadangkan agar menghantar maklumat kepada Rasulullah S.A.W mengenai perkara ini. Tetapi Abdullah bin Rawahah dengan tegas bangun menyatakan: Demi ALLAH! Adakah kita benci kepada sebab keluarnya kita ke sini iaitu memburu syahid. Kita bukan datang berperang semata-mata kerana bilangan, bukan kerana kekuatan, dan bukan kerana kuantiti tetapi kerana agama Islam yang telah ALLAH memuliakan kita dengannya. Maka maralah kamu semua sesungguhnya salah satu dari dua kebaikan akan kamu perolehi samaada beroleh kemenangan atau pun gugur syahid bersama keredhaan ALLAH. Kata-kata semangat ini berjaya meniupkan kembali roh jihad dalam diri tentera Islam.


Dihadapan Jami' Abdullah bin Rawahah ditengah Kota Dismashq

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Peperangan meletus sebelum masuk kawasan Mu'tah lagi di antara tentera Islam berjumlah 3 ribu orang dengan tentera Rom seramai 200 ribu orang. Pada mulanya Zaid bin Harithah yang memegang bendera panji Islam, tetapi beliau telah gugur syahid di mana panji tersebut seterusnya dipegang oleh Ja'far bin Abi Thalib. Beliau turut gugur syahid di mana pada permulaannya tangan kanan beliau ditetak putus oleh musuh. Kemudiannya beliau terus mengawal bendera panji Islam agar tidak jatuh dan ketika itu pula tangan kirinya dipotong oleh musuh. Namun begitu beliau terus menggigit bendera panji dengan giginya tetapi kali ini kepalanya telah dipenggal yang menyebabkan beliau gugur syahid. Selain kedua tangannya yang putus ditetak oleh musuh, terdapat 50 kesan panahan pada badan beliau.


Maqam Abdullah bin Jaafar at-Tayyar (anak Jaafar bin Abi Thalib) di bumi Syam

Rasulullah S.A.W menyatakan bagaimana kedua tangannya itu menjadi sayap yang membolehkan beliau berterbang bebas di Syurga. Sebab itulah beliau digelar Ja'far at-Toyyar ya'ni Ja'far yang mempunyai dua sayap. Kemudian panji bendera Islam itu berpindah ke tangan Abdullah bin Rawahah tetapi beliau juga gugur syahid yang mana kepimpinan selepas itu diterajui oleh panglima perang yang agung iaitu Khalid bin al-Walid dengan persetujuan daripada tentera Islam yang lain. Peristiwa ini mengajar kita agar bermujahadah didalam menjaga maruah diri dan maruah Islam yang tercinta walaupun nyawa sebagai bayarannya. Dan juga mengajar kita taat kepada arahan yang dikeluarkan oleh pemimpin selagi mana ianya tidak bersalahan dengan syarak.


Maqam Khalid bin al-Walid di Kota Hama, Syria.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Akhirnya kita dapat menyaksikan bagaiman ALLAH tetap menolong dan memberi kemenangan kepada hambaNya yang istiqomah, thabat dan bermujahadah dalam perjuangan yang hak dan ianya memerlukan ujian, mehnah, dan dugaan bukannya boleh dihasilkan dengan cara mudah dan setakat goyang kaki sahaja. Seramai 12 orang tentera Islam yang gugur syahid termasuk tiga panglima yang dilantik. Manakal bilangan tentera Rom pula tiada jumlah secara tepat tetapi agak ramai yang mati. Kesan daripada peperangan ini masih ada sehingga sekarang yang mana kita boleh melawat maqam-maqam sahabat yang telah gugur syahid dalam peperangan ini di Mazar berdekatan dengan Mu'tah.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Beberapa tahun yang lepas, pihak kerajaan Jordan telah menggali dalam kawasan yang mana dikuburkan para syuhada' bagi membina masjid baru bagi menggantikan masjid yang lama. Ketika berjalannya kerja-kerja ini, berlakunya peristiwa yang mana salah sebuah jentolak yang digunakan telah terkena tubuh syuhada' dan darah segar masih mengalir dari tubuh mereka walaupun lebih seribu tahun mereka meninggal dunia. Perkara ini berlaku kepada kubur-kubur yang tidak jelas kewujudannya kerana tiada sebarang tanda yang digunakan. Peristiwa ini meyakinkan lagi kita bahwa mereka yang gugur syahid sebenarnya tidak mati di sisi ALLAH.
Benarlah maksud firman ALLAH dalam ayat 169 surah ali-Imran :
" Janganlah kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan ALLAH itu mati, sedangkan mereka itu tetap hidup di sisi Tuhan mereka dengan diberi rezeki. "

Semoga ruh peristiwa besar ini menjadi iktibar kepada kita dalam memenuhi tuntutan sebagai khalifah dimuka bumi ini... ISLAM akan menang walaupun ia ditentang dan kekufuran akan kecundang walaupun ia ditatang oleh sebab kejahilan.



Abu Talhah, (Khutbah mengesan hati oleh Fellow Mahallah, Ustaz Felza Zulhebri)
25200,
Indera Mahkota,
Masjid UIA Kuantan.
Jumaat, 22 Mei 2009.

Comments

Popular posts from this blog

Indahnya Bahasa India

Sekadar berkongsi beberapa patah perkataan bahasa India yang ku pelajari secara tak langsung dengan pesakit dan pekerja. Jika ada kekurangan dan kesilapan sila betulkan.


1- Siapa nama awak? = ope riina?
2- Nama saya.... = yenper....
3- Pergilah (untuk lelaki) = poodah
4- Pergilah (untuk perempuan) = poodii
5- Dah makan ke? = sapdiya...?
6- Dah makan dah = sipdaen
7- Jom makan = Bahsapdala
8- Jom minum = wa tanni kudigkelam
9- Awak tinggal di mana? = ni yengger kae ?
10- Baju = settae
11- Seluar = silwar
12- Mata = kanney
13- Telinga = kadhae
14- Kaki = kaali
15- Wajah = kaalai
16- Apa khabar? = na lam irking gele?
17- Apa khabar? (secara sopan) = sauriyema ?
18- Nenek = padti
19- Datuk = tata
20- Abang = anne
21- Kakak = akka
22- Pakcik = mama
23- Makcik = mami
24- Ayah = appa
25- Mak = amma
26- Dah minum ke belum ? = tanni kurchitia?
27- Belum lagi lah = inno illek
28- Tak ada = illek
29- Saya pergi dulu ya = poidtu ware’
30- Dah makan ke ? (sopan gitu) = sapdinlah...?
31- Dari mana ? = yinggere dhe?
32- Awak n…

Luahan hati seorang ibu...

Oh ibu..tidak terkata untuk menyatakan jasa ibu, 9 bulan ibu mengandung dengan berbagai dugaan dan cubaan. Ibu menempuh perit dan derita semasa melahirkan..! Semasa dalam pantang, ibu mengalami berbagai situasi yang tak terduga. Mengawasi diri sendiri, mendidik anak yang belum mengerti dan menjaga hati suami yang bukan semua boleh dikongsi. Hati seorang ibu yang cekal sukar dicari, sukar diganti.


Setiap ibu sanggup berkorban untuk anak-anak sedangkan anak belum tentu lagi. Kalau susah, biar ibu yang susah, anak jangan. Kalau ibu lapar, biar anak tidak lapar. Kalau ibu sakit anak jangan sakit. Kalau pakaian, biar anak cukup pakai, ibu tak apa. Kalau ibu sedih, hampir tercabut nyawa pun seboleh-bolehnya tidak diberitahu kepada anak-anak. Itu hanya secebis pengorbanan ibu.


Percayalah bila ibu sudah tiada, barulah anak terasa ketiadaan ibu dan hidup terasa kosong. Tiada tempat untuk mengadu. Kalau ibu ada, ibu buat itu, ibu buat ini, ibu cari itu, ibu cari ini. Ibu banyak boleh buat untuk a…

Rabbana Hablana Min Azwajina Wa Zurriyyatina Qurrota A'yun

Ha tu dio duduk. Jadi menunjukkan bbini ni perkara nikmat daripada Allah subhanahu wataala. Kita bekawin dengey ore ppuwe baik, ore ppuwe becaghi tok laki baik ini merupokey nikmat daripada Allah subhanahu wa taala. Ho bolehla we kalu nok gayo gayo ore ttino hok toksey ko demo gak kato; “ ai nikmat ni wey, nikmat Tuhey ni wey” dan oghe ttino tu pong kalu napok payoh payoh nga oghe jatey gak aa; nikmat ni aa.


Wa ma laha awliya’ahu bisuaali zalika fiddu’a’. Takdi dio ghoyak ceghito ceghito nabi. Nabi-nabi ni selain daripada Aku lantik jadi nabi, Aku buwi jugok anok-anok cucu, so. Selain pado nabi tuh pulok, hok peringkat woli-woli. Peringkat oghe hok bawoh sikit pado nabi, kito panggil woli-woli ni pong, Allah taala puji oghe-oghe hok jjadi woli Dio ni waktu woli Dio bedoa.


Dia tunjuk, doa gapo dio ? wallazina, wallazina yaquluna rabbana hablana min azwajina wa zurriyyatina qurrata a’yun. Ini doa hok Tuhey sediri apo ni rekod daley Quran. Kito lloni bulih guna doa ni. Di antaro tando o…