Tuesday, May 19, 2009

Jami' Umawi; Seimbas Kenangan Kembara Ilmu

Salam al-Kelantani, 24 Jamadil awal 1430 H, 20 Mei 2009

saat ini, detik ini setahun yang lalu, aku berada disini.......


Indahnya saat senja itu.. bila kan ku datang lagi ke sini? InsyaALLAH bersama umi dan abah menunaikan kewajipan. InsyaALLAH

Pandangan kota Dimashq dari Jabal Qasiyun di malam hari. Penuh bercahaya. Semua lampu yang berwarna hijau itu adalah jami'-jami' (masjid-masjid) di dalam kota Dimashq.

Terdapat 40000 jami' di dalam kota Dimashq. Bayangkan betapa banyaknya. Bukan sekadar banyak, bahkan majlis-majlis ilmu secara halaqah atau bertalaqi secara beramai-ramai dengan syeikh-syeikh pun turut hidup tanpa sekatan.

Solat berjemaah pun masih ramai berbanding di tanah air ku yang dah lah masjidnya sedikit, jemaah pun tak ramai. Kalau mahu buat masjid yang banyak sekalipun seperti yang berlaku di Terengganu, pastikanlah Iman di hati rakyat di bina terlebih dahulu (dan berterusan tanpa mengawal masjid dari fungsinya yang sebenar ) supaya masjid yang dibina itu dapat dimakmurkan. Bukan sekadar binaan untuk kenangan.
Di tengah kesibukan Jami Umawi dengan pengunjung dan pelancong, masih banyak ruang-ruang ketenangan di dalam rumah ALLAH yang berusia lebih 3000 tahun ini.

Papan tanda nama Jami' Umawi (posisi kurang menarik)

Menara putih di dalam Jami' Umawi di malam hari. Tempat yang dikatakan akan turunnya nabi Isa ke bumi ini di akhir zaman ini tak lama lagi. Disebabkan itu juga kerajaan Syria mengetatkan syarat kemasukan dan penempatan warga asing di dalam Bumi Syam ini sebagai satu usaha mencegah pejuang Islam dari berkumpul dan membuat gerakan dibumi Syam. Adakah begitu kebenarannya? Jika benar pun, Islam tetap akan naik juga ke puncaknya walau macam mana halangan sekali pun, kerana itu janjiNYA. Cuma persoalannya lagi, adakah kita bersama Islam, atau sekadar memerhati atau termasuk dalam golongan penentangnya? Renungkan posisi sekarang, sebelum maut menjelang.

Sejuk mata memandang ratusan merpati di perkarangan Jami' Umawi di petang hari

Ruang solat terbuka di musim panas

Pandangan sisi dari ruang solat terbuka. Masjid yang dahulunya adalah gereja bagi Kristian, tapi ditukarkan kepada Masjid selepas Islam memasuki Dimashq mengalahkan Rome

Tempat mengambil wudhu' di ruang luar Jami' Umawi.


Maqam Nabi Yahya yang terletak di dalam tengah-tengah Jami' Umawi (Masjid Umayyah) maqam ini turut sama diziarahi oleh ramai penganut kristian kerana Nabi Yahya dalam agama kristian di gelar sebagai John the Baptist.

-berjalan bermusafirlah melihat keagongan ALLAH-
Abu Fateh,
25200,
Kampus Jalan Hospital,
Kuantan.

No comments:

Masa Itu Nyawa