Tuesday, May 12, 2009

Dimashq : Jejak Mutiara Hikmah (2)

Bersama pimpinan pelajar Malaysia di Syria (PPMS) dan senior-senior Darul Quran

Malam bersama rombongan pejabat SUK dan kerajaan Negeri Kelantan (Turut hadir, Dr Johari Mat, Pegawai Eksekutif KIAS)



Sebelum bertolak, (di KLIA). Dihantar oleh abang dan emak saudara




Setibanya Lapangan Terbang Damascus, Syria.



Di depan Masjid dalam pembinaan (terbengkalai mungkin?) kerana konspirasi peringkat tinggi dalam kes terbunuhnya anak sulong bekas Presiden Hafiz al-Asad, Basyar. (Dikatakan Basyar rapat dan baik dengan ulama'-ulama' bumi Syam. Ini amat ditakuti oleh Amerika dan pendukung sekular dan sosialis arab dan barat)


Didalam Masjid Arba'in (di lereng mendekati puncak jabal Qasiyun). Tempat simpanan barang-barang pejuang Islam. Pedang dipegang penulis dikatakan pedang yang pernah digunakan Saidina Ali karramallahuwajhah.


Diluar bilik Syekh Fathi (Penjaga Jabal Qasiyun). Menyandar pada beranda yang membenarkan mata melihat keseluruh kota Dimashq dari puncak Jabal Qasiyun.



Bersama Syekh Fathi dan Faris Ghazali


Didepan ruang masuk ketempat (gua) yang dikatakan tempat berlakunya pembunuhan pertama dimuka bumi (Habil dibunuh oleh Qabil). Gua kecil didalam Masjid Arba'in juga dikatakan tempat Nabi Ismail dan Nabi Khidir pernah bermunajat.



Didalam ruang solat terbuka di dalam Jami' Umawi (Masjid Umayyah). Masjid yang aktif dan penuh kuliah-kuliah talaqi yang disampaikan oleh ulama-ulama muktabar seperti Syeikh Ramadan al-Bouti, Syeikh Wahbah az-Zuhaili, Syeikh Muhammad az-Zuhaili dan banyak lagi ulama-ulama muktabar yang tidak kita kenali. Masjid ini juga merupakan tempat terdapatnya maktabah Imam Ghazali. Tempat Imam Ghazali menulis kitab, tempat Imam Nawawi menyampaikan Ilmu. Didalam masjid ini juga terdapatnya Makam Nabi Yahya dan tempat Ra'su Husain (Kepala Saidina Husain) pernah diletakkan selepas dibunuh di Karbala'.



Di depan Maqam Pahlawan Islam, Salahuddin al-Ayyubi. Maqam ini terletak di perkarangan Jami' Umawi. Sentiasa ramai pengunjung yang datang melawat maqam ini tak kira Muslim mahupun Kristian. Pernah Jeneral tentera Perancis, Goro menendang maqam pahlawan ini selepas Perancis menjajah Syria di tahun 1940-1950an seraya berkata dengan bangganya " Bangunlah hei Salahuddin, kami ada disini sekarang! ".

Ramai umat Islam sedih dan merasa terhina dengan perbuatan Goro. Tapi pahlawan Islam yang dilupakan "Syeikh Izzuddin al-Qassam" mengambil kata-kata Goro itu sebagai satu panggilan Jihad untuk membebaskan bumi Syam dari penjajahan Perancis. Lalu Syeikh Izzuddin merangka gerakan dan mengepalai penentangan menentang Perancis sehingga beliau dibuang negeri ke Palestin. Di Palestin, beliau tidak berdiam diri, bahkan meneruskan usaha pengkaderan dan kesedaran tentang jihad dikalangan rakyat Palestin dalam menentang penjajahan British. Perjuangan Syeikh Izzuddin bermula selepas kematian beliau sebagai syudaha'. Darahnya memberikan nafas jihad dan kesedaran Islami kepada seluruh penduduk bumi Palestin secara menyeluruh. Kesannya dapat dilihat hari ini sehingga HAMAS meneruskan perjuangannya dan Unit tentera di dalam HAMAS dinamakan dengan Briged al-Qassam...

Bumi Syam yang ku rindui..

Abu Talhah,

25100,

Jalan Hospital Campus.

3 comments:

PENGEMBARA.. said...

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Zenki said...

Subhanaallah, muhasabah cinta ku..

cahaya bisikan rahsia said...

bestnya...bilakah peluangku untuk menjejaki bumi barokah itu?Insya Allah..ada rezeki nanti..hehe Din awat sebelum nie tok pernah napok pong gamba2 ni?

Masa Itu Nyawa