Skip to main content

Borak-borak Quran (1)


Salam al-Kelantani, 19 Jamadilawal 1430H, 14 Mei 2009.



…seusai solat maghrib berjemaah….


NZ : Assalamualaikum.
Naim: Waalaikummussalam
NZ : Apa khabar?
Naim: Alhamdulillah, baik.
NZ : Maaf ganggu, nak tanya benda dan ambil masa sikit boleh?
Naim : Boleh insyaALLAH. :)
NZ : Masa tidur Naim berapa jam sehari?
Naim : Ana, 4-5 jam lah kot.
NZ : Dah masuk masa tidur tengahari?
Naim: Hehe, ana tak ada praktikal, takdak letih sangat kot nak tidur tengahari.
NZ : oklah, anggap 5 jam boleh?
Naim : Ok.
NZ : Masa kelas sehari-hari?
Naim: Sekarang ni 4 jam lebih kurang.
NZ : (Ok, dah 9 jam digunakan). Ok, Masa untuk pre-reading?
Naim : Selepas subuh biasanya.
NZ : Ok, kira satu jam lah ye. (Dah 10 jam digunakan), masa study @ ulangkaji pelajaran dalam sehari?
Naim: Ana ambil masa yang lama jugak, biasanya 3 jam.
NZ : OK, dah 13 jam digunakan. Ok, masa untuk berblog pula?
Naim : Ana kejap je. 2 jam.
NZ : Ok, dah 15 jam. Em, masa makan, mandi dan pengurusan diri pulak agak-agaknya?
Naim : Em, lebih kurang 1 jam 30 minit.
NZ : Ooo, dah 16 jam 30 minit. Lagi, masa untuk solat, bersih diri, dan zikir pulak?
Naim : Satu waktu lebih kurang 30 minit, jadi sehari 2 jam 30 minit.
NZ : Ok, dah jadi 19 jam digunakan dalam sehari. Ada lagi baki 5 jam. Nak buat apa ye? Hehe.
Naim : :)
NZ : Ok, kita tolak lagi 1 jam untuk hal-hal lain, kecemasan, berbual dengan kawan-kawan dan hal-hal yang tak dapat dielakkan.
Naim : Ok
NZ : Jadi, Naim ada lagi baki 4 jam. Ok, masuk kepada persoalan utama. Berapa lama biasanya Naim ambil masa untuk baca 1 juzuk al-Quran?
Naim : Normal 30 minit. Kadang-kadang 40 minit
NZ : Maknanya dengan baki 4 jam dalam sehari nta mampu baca 7-8 juzuk al-Quran, Subhanallah.
Naim : (em, yeke? Aii, bukan semua orang boleh buat ya akhi…)
NZ : Oklah, Naim teruskan baca Quran dulu, Lepas Isya’ nanti kita sambung ye. Nanti ana balik fikir cara yang terbaik dengan kadar kelajuan bacaan dan masa lapang yang nta ada..


….seusai solat Isya’ berjemaah..

NZ : Em..hehe, ok?
Naim: Ok. :)


# Tiba-tiba didatangi teman bertanya khabar. Perbualan terbantut buat seketika.
# Oh, datang lagi teman yang lain bertanya khabar dan bertegur sapa.
# Dan..lagi datang teman yang lain pulak…huhu


NZ : Hehe, Nampak tak kenapa dari baki 5 jam ana tolak lagi sejam untuk hal-hal lain macam tadi?
Naim : Em, :)
NZ : Ok, Naim ada lagi baki 4 jam. Mampu buat 7-8 juzuk setiap hari. Tapi takpelah kita diskaun lagi jadi 5 juzuk saja setiap hari, takut-takut ada lagi hal-hal lain yang lebih banyak macam tadi.
Naim : Ok.
NZ : Ok, bila dah dari 5 jam, jadi 4 jam, dari 7-8 juzuk jadi 5 juzuk sahaja, masa untuk 5 juzuk ni memang kita kena fokus betul-betul dan tak boleh kacau sikit pun ye.
Naim : Ok.
NZ : Caranya mudah. Naim ambil 2 juzuk untuk fokus dalam sebulan. Dan baki lagi 3 juzuk untuk kita baca secara lalu supaya kita tak lupa dan sentuh semua al-Quran, bukan ambil pilih-pilih yang kita ingat sahaja untuk di ulang dan tinggal yang tak ingat.
Naim : Oh..
NZ : Sebagai contoh, bulan ini Naim fokus juzuk 10 dan 11 dulu. Jadi tiap-tiap hari Naim kena baca juzuk 10 dan 11 ni. Baca kena baca tengok mushaf. Ingat tak ingat itu nombor dua. Yang penting setiap hari baca 2 juzuk fokus.
NZ : Dan, baki 3 juzuk lagi, Naim boleh mula dari awal juzuk. Hari ini juz 1, 2, 3, jadi esoknya 4, 5, 6, dan esoknya 7, 8, 9 dan esoknya 10, 11, 12 dan seterusnya sehinggalah juzuk 28, 29 dan 30.
NZ : Maknanya, dalam setiap sepuluh hari Naim akan khatam sekali dan sekurang-kurangnya dalam sebulan Naim akan khatam bacaan sebanyak 3 kali. Nampak tak setakat ni?
Naim : Oh…Nampak-nampak.
NZ : Ok, seterusnya bila macam tu, dalam masa yang sama Naim dah baca juga untuk juzuk fokus sebanyak 3 kali dalam bilangan bacaan khatam setiap sepuluh hari tu. Tambah dengan bacaan fokus yang dibaca tiap-tiap hari, maknanya Naim baca juzuk fokus sebanyak 33 kali sebulan. Takkanlah tak ingat lagi kot.. hehe
Naim : Em…
NZ : Ok, ana faham. Nak ingat mungkin dapat, tapi nak baca lancar tanpa tengok Quran mungkin susah jugak kan?
NZ : Macam ni lah. Setiap hujung minggu, Naim kena cari teman@ kawan yang boleh untuk semak bacaan (tasmi’) Naim. Naim kena cari jugak macamana pun. Ana insyaALLAH boleh menawarkan diri bila-bila masa saja kalau hujung minggu yang kosong.
Naim: ……..diam seribu bahasa……
NZ : Jadi, tiap-tiap hujung minggu, Naim kena perdengarkan bacaan Naim sebanyak satu juzuk sehari. Sebagai contoh, jika juzuk fokus Naim adalah juzuk 7 dan 8, maka hari sabtu Naim kena perdengarkan bacaan (tanpa tengok Mushaf) kepada kawan untuk disemak kelancaran dan kesahihannya. Bila macam tu, maka hari ahad kena lah tasmi’ juzuk 8 pulak ye. J. Ok?
Naim : ….senyum dalam diam…
NZ : Apa pun, tiap-tiap hujung minggu ni kena buat ni. Kalau tadi kita dah banyak diskaun masa untuk Quran, apa salahnya tiap-tiap hujung minggu kita bayar balik masa yang kita dah bagi untuk buat benda-benda lain setiap hari kembali kepada masa untuk Quran. Itu pun masih dalam lingkungan 4-5 jam sahaja fokus untuk Quran bagi setiap hujung minggu.
NZ : Dalam nak perdengar bacaan, Naim kena lancarkan dulu, baru yakin nak baca tanpa tengok mushaf.
NZ : Jadi, tiap-tiap hari sabtu, Naim tambah lagi 2 juzuk dari kebiasaan 5 juzuk menjadi 7 juzuk.
Naim: Untuk apa ye 2 juzuk lagi tu?
NZ : Ok, 1 juzuk untuk Naim perdengarkan kepada teman@kawan. Dan lagi 1 juzuk, sebelum Naim perdengarkan kepada teman@kawan, seeloknya Naim lancarkan dengan menguji bacaan Naim sendiri.
NZ : Sebagai contoh, hari ini hari sabtu dan Naim kena perdengarkan bacaan juzuk 7 tanpa tengok mushaf. Bacaan harian 5 juzuk yang diterangkan tadi kena diteruskan macam biasa juga. Tapi tambah lagi 2 kali baca juzuk 7. Tambahan pertama untuk Naim semak sendiri dan tambah keyakinan, bacaan kedua disemak oleh ana sendiri atau teman-teman yang lain yang sanggup memberi masanya sekejap demi al-Quran. InsyaALLAH.
Naim : Allahuakbar..terima kasih banyak-banyak.
NZ : Takpe Naim, ana bagitau untuk peringatan dan satu solusi buat diri ana juga. Tadi ana analisa masa ana dalam sehari pun, paling kurang akan ada 3 jam masa lapang dan kosong. Apa-apa pun Naim, Quran ni memang tak ada cara lain dah nak mendapatkannya melainkan kena bermujahadah. Itu satu-satunya Jalan yang ada.

· Sekadar perkongsian buat semua teman pembaca berkaitan dengan masa kosong yang kita miliki setiap hari. Lain orang lain kesibukan, lain tanggungjawab, dan lain kesesuaiannya untuk kita mencari yang terbaik buat diri kita. Namun, setiap kita tetap mempunyai 24 jam yang sama dan 1 nyawa setiap orang.
· Oleh itu teman, semoga perkongsian perbualan ringkas di atas mampu membuka minda dan keghairahan kita dalam mengejar kembali Permata mahkota buat ayah bonda kita yang lebih gemilang cahayanya dari kemilauan sinar mentari di akhirat kelak.
· Semoga kita kan punya teman yang tampan (Quran) dan pembela (Quran) didalam kubur . Moga kita terjauh dari ancaman mengadap Rabbul Jalil kelak dalam keadaan cacat dan tidak sempurna anggota badan dek kerana lalai dan lekanya kita dalam menyempurnakan hak kita dalam menjaga al-Quran. (Lupa dalam berusaha untuk mengingat masih dalam kemaafan, tapi lupa tanpa berusaha…buruk kesudahannya)

# Galakan dan peringatan bersama buat semua yang telah dan yang akan menjadi pemegang panji-panji Islam (Hamalatul-Quran).
# NZ = Nuruddinzenki.

2.27 am, 14 Mei 2009,
Abu Talhah,
25200,
Indera mahkota 2

Comments

sufygirl said…
slm akh,

subhanallah, perkongsian yg sangat bermanfaat..
keep it up.
slm juang.
epal hijau said…
salam'alaik..
ana ru nak post, din dah wat dulu..
ai, malunya rasa din tulis dalam blog ni..
ni kira org dah tahu la kehidupan seharian ana..
huhu..guana ni...

insyaALLAH, ana lemah bab quran, din bantu..
ana lemah bab lain, din bantu jugak..nanti ana lemah bab lain, din tlg jugak ye..?
habis, bila ana nak tolong din..?
ana tolong amal apa yg din nasihat tu kira tolong din la jugak..

bila pulak nak posting sal perancangan masa depan ni?
maksud ana perancangan untuk perjuangan...
Zenki said…
Assalamualaikum naim.

Saya tulis apa yang perlu sahaja, yang tak perlu, dan mungkin penting bagi naim, naim boleh lakarkan di laman sendiri. Lain orang lain caranya, lain orang lain coraknya. Jangan gunakan alasan sibuk untuk tidak bergerak. Kadang-kadang saya rasa malu, kawan-kawan kat UKM, UM, dan Mesir n Rusia pun ambil medic gak, tapi entah kenapa di UIA terasa lain sangat suasananya. Diorang tetap penggerak utama, tapi entahlah kat UIA macam kita semua kena virus ----, saya taknak cakaplah.

Perancangan perjuangan? Ada kaitan dengan isu yang saya bangkitkan di atas,nantilah insyaALLAH akan ada postingnya bila mantap dihati ini.

Em, orang tak tahu pun kehidupan akhi, saya tanya persoalan aktiviti asas yang semua orang buat jer. Lagipun, kan jadual kita semua tak pernah tetap? :) Ketegasan dalam flesibilit itu yang penting. :)
Zenki said…
Ketegasan dalam fleksibiliti itu yang penting. :)
waa...menarik..nanti bleh aplikasi gak nih
TintaLuhur said…
salam abe nudin, aduhai sahabatku, terima kasih atas perkongsian tu, em, kene renung balik ni..ana sejak ade internet ni makin menjadi plak, aduhai banyak masa terbuang..pantang da masa free internet jadi teman..jadual harian dah lama x jalan..em, nampak gaya dah hilang diri lagi sekali..abe din tankiu
Zul Ikhwan said…
salam...sangat bagus..
Banyak manfaat yang dapat daripadanya. Mungkin yang ini juga boleh dikongsi bersama tetapi tidaklah sehebat penulisan akh Nuruddin. Lihat pada link ini
http://zulikhwanzahari.blogspot.com/2009/04/mengurus-waktu-mengulang-al-quran.html

Popular posts from this blog

Indahnya Bahasa India

Sekadar berkongsi beberapa patah perkataan bahasa India yang ku pelajari secara tak langsung dengan pesakit dan pekerja. Jika ada kekurangan dan kesilapan sila betulkan.


1- Siapa nama awak? = ope riina?
2- Nama saya.... = yenper....
3- Pergilah (untuk lelaki) = poodah
4- Pergilah (untuk perempuan) = poodii
5- Dah makan ke? = sapdiya...?
6- Dah makan dah = sipdaen
7- Jom makan = Bahsapdala
8- Jom minum = wa tanni kudigkelam
9- Awak tinggal di mana? = ni yengger kae ?
10- Baju = settae
11- Seluar = silwar
12- Mata = kanney
13- Telinga = kadhae
14- Kaki = kaali
15- Wajah = kaalai
16- Apa khabar? = na lam irking gele?
17- Apa khabar? (secara sopan) = sauriyema ?
18- Nenek = padti
19- Datuk = tata
20- Abang = anne
21- Kakak = akka
22- Pakcik = mama
23- Makcik = mami
24- Ayah = appa
25- Mak = amma
26- Dah minum ke belum ? = tanni kurchitia?
27- Belum lagi lah = inno illek
28- Tak ada = illek
29- Saya pergi dulu ya = poidtu ware’
30- Dah makan ke ? (sopan gitu) = sapdinlah...?
31- Dari mana ? = yinggere dhe?
32- Awak n…

Luahan hati seorang ibu...

Oh ibu..tidak terkata untuk menyatakan jasa ibu, 9 bulan ibu mengandung dengan berbagai dugaan dan cubaan. Ibu menempuh perit dan derita semasa melahirkan..! Semasa dalam pantang, ibu mengalami berbagai situasi yang tak terduga. Mengawasi diri sendiri, mendidik anak yang belum mengerti dan menjaga hati suami yang bukan semua boleh dikongsi. Hati seorang ibu yang cekal sukar dicari, sukar diganti.


Setiap ibu sanggup berkorban untuk anak-anak sedangkan anak belum tentu lagi. Kalau susah, biar ibu yang susah, anak jangan. Kalau ibu lapar, biar anak tidak lapar. Kalau ibu sakit anak jangan sakit. Kalau pakaian, biar anak cukup pakai, ibu tak apa. Kalau ibu sedih, hampir tercabut nyawa pun seboleh-bolehnya tidak diberitahu kepada anak-anak. Itu hanya secebis pengorbanan ibu.


Percayalah bila ibu sudah tiada, barulah anak terasa ketiadaan ibu dan hidup terasa kosong. Tiada tempat untuk mengadu. Kalau ibu ada, ibu buat itu, ibu buat ini, ibu cari itu, ibu cari ini. Ibu banyak boleh buat untuk a…

Rabbana Hablana Min Azwajina Wa Zurriyyatina Qurrota A'yun

Ha tu dio duduk. Jadi menunjukkan bbini ni perkara nikmat daripada Allah subhanahu wataala. Kita bekawin dengey ore ppuwe baik, ore ppuwe becaghi tok laki baik ini merupokey nikmat daripada Allah subhanahu wa taala. Ho bolehla we kalu nok gayo gayo ore ttino hok toksey ko demo gak kato; “ ai nikmat ni wey, nikmat Tuhey ni wey” dan oghe ttino tu pong kalu napok payoh payoh nga oghe jatey gak aa; nikmat ni aa.


Wa ma laha awliya’ahu bisuaali zalika fiddu’a’. Takdi dio ghoyak ceghito ceghito nabi. Nabi-nabi ni selain daripada Aku lantik jadi nabi, Aku buwi jugok anok-anok cucu, so. Selain pado nabi tuh pulok, hok peringkat woli-woli. Peringkat oghe hok bawoh sikit pado nabi, kito panggil woli-woli ni pong, Allah taala puji oghe-oghe hok jjadi woli Dio ni waktu woli Dio bedoa.


Dia tunjuk, doa gapo dio ? wallazina, wallazina yaquluna rabbana hablana min azwajina wa zurriyyatina qurrata a’yun. Ini doa hok Tuhey sediri apo ni rekod daley Quran. Kito lloni bulih guna doa ni. Di antaro tando o…