Sunday, May 24, 2009

22 Mei : Pulang Mengubat Fitrah


Salam al-Kelantani, 27 Jamadil awal 1430 H, 22 Mei 2009.

Buat kali pertama, dan kesempatan pertama. Abangku Fikry menyampaikan hajatnya melalui sms kepada saya di pagi Jumaat, 22 Mei.
"Din, sapa pukul berapo? Cuma nak tahu mu bereti mano jah. Gini, malam ni nak bawak bilah, ewa, umi, abah, iwe, k.ina, mu n aku gi makan. Nak rai bilah masuk UIA pj, nak rai ewa masuk UIA kuantan, (nak rai iwe masuk pondok, InsyaALLAH..ameen), nak rai hari guru ke umi ngan abah, nak rai hari ibu ke umi, nak rai semua2 lah. Agak2 sampai kelate pukul berapo?

Terdetik rasa terharu dan syahdu. Abangku masih sempat memikirkan ruang-ruang bersama untuk dimanfaatkan walaupun sekejap cuma. Praktikal saya selama dua bulan di HTAA menafikan masa untuk saya bersama-sama keluarga di rumah. Kesihatan kak ipar (k.ina) yang tak menentu menambah ujian buat abangku. Kesibukan adik-adikku dengan jadual mencerahkan masa depan masing-masing.

Sekadar 2,3 jam yang ada telah cukup-cukup diuruskan sebaik mungkin oleh abangku untuk menambah kasih sayang keluarga. Tahniah yie. Mengubat fitrah insaniku yang seperti orang ramai jua. Alhamdulillah ALLAH memberi nikmat ini.

Semoga pertemuan diatas taman diatas anak sungai ini dipanjangkan sehingga ke taman-taman indah yang dibawahnya mengalir anak sungai yang kekal abadi


Cerana Villa, satu tempat yang tak ku kenali, tapi penuh kejutan sesampainya ku Kelantan, 22 Mei 2009, 10.30pm.


Selamat Hari Lahir ke-55 dan Selamat Hari Guru buat Abah.. Maafkan daku dalam berkomunikasi. Hanya redha Ummi dan Abah yang ku pohon
Selamat Hari Ibu Ummi, Selamat Hari Guru jua.. Maafkan anak yang banyak menyusahkan ini.

No comments:

Masa Itu Nyawa