Thursday, April 2, 2009

Anjing Gila



Salam al-Kelantani, 6 Rabiul akhir 1430H, 2 April 2009




"Hari ni aku mesti sampai jugak kat rumah Iqbal". (Tapi, aku kat mana sekarang ni ye?) Ya ALLAH peningnya, tempat ini aku selalu datang tapi kenapa tak dapat ingat nama tempat ini. Alhamdulillah Iqbal dah datang, harap-harap dia nampak aku. Tapi ya ALLAH malunya..

Dulu aku pernah pandang serong pada sahabat aku yang seorang ni kerana kejahilan diriku sendiri. Aku yang hidup menolak tuah, hidup ingin menyendiri, merasa diri mampu memilih jalan sendiri tanpa bantuan sahabat-sahabat menuju cita yang satu.

Tapi sekarang Iqbal dah ada kat depan mata, dah macam nak berhenti tolong aku ni. Rugi peluang ni aku lepaskan. Ah, ego aku masih tinggi kat depan kedai runcit ni. (Hmm, aku jalan dulu, harap-harap dia lalu ikut jalan yang sama dengan jalan aku ni jugak). Alhamdulillah dia ikut jalan yang sama kat belakang aku dengan basikalnya. Tak boleh tunggu dah ni..lagipun boleh aku kenal rumah dia ni. " Bal, bal tunggu kejap. Nak tumpang boleh? ". " Ye, boleh-boleh, naiklah din. " Sebelum naik, sempat ku kerling dengan ekor mataku akan kewujudan dua ekor anjing di tengah jalan yang sedang mendekati kami.

Iqbal yang berhenti dengan basikalnya terus memberikan isyarat dengan matanya supaya aku cepat-cepat menaiki basikalnya dibahagian belakang. Iqbal semacam tahu resah yang tersimpan di hati ini terus berkata : "nak gi umah ana ni memang banyak anjing, dah biasa dah kena kejar dengan anjing ni". Belum sempat aku menjawab terus dua ekor anjing tadi mengejar aku dan Iqbal tanpa sebab. Iqbal mula mengayuh dan terus mempercepatkan kayuhannya sambil aku berpaling kebelakang dan cuba menghalau anjing-anjing itu dengan suara kerasku. Ah, tapi makin lama makin dekat pulak anjing ni. Ya ALLAH selamatkanlah aku dan sahabatku ini. Keadaan makin terdesak, aku terus melemparkan apa sahaja yang ada ditanganku untuk menghalang anjing-anjing itu dari mendekati. Akhirnya sebuah patung ditanganku pun ku lemparkan (eh, bila pula aku ada patung kat tangan ni? Patung anjing pulak tu. Sebab ni ke anjing tu kejar aku?). Keadaan semakin gawat, patung yang diharap menjadi senjata rupanya bertukar rupa menjadi seekor anjing lain yang turut sama mengejar aku dan Iqbal. Dalam saat penuh debaran itu aku menutup mata. Kemudian ku pandang lagi kebelakang, anjing-anjing tersebut sudah tiada, yang ada hanyalah figura-figura 3 ekor anjing yang bercantum menjadi satu tapi masih terus mengejar aku dan Iqbal. Dalam kekalutan ini, tiba-tiba sahaja terlintas dalam benakku akan program dakwah yang masih dalam perancangan aku dan teman-teman.

Aku terfikir, ujian apakah ini? Teringat satu pesanan temanku, istighfar itu mampu menyingkap sesuatu rahsia, mampu memberi ketenangan, mampu melapangkan yang sempit. Terus aku beristighfar sebanyak mungkin tanpa ku sedari lagi yang aku masih dibawa Iqbal menuju ketempat tujuan kami bersama. Alhamdulillah, hatiku terus tenang dengan betul-betul memohon keampunan atas segala kekhilafan ku daripadaNYA... Dan aku pun terus terjaga.. Anjing yang ku lihat tadi hanyalah bayangan ruang-ruang didalam kamar tidurku. Terus ku catat mimpi yang pelik ini dalam keadaan catat, tertidur, catat, tertidur, catat dan tertidur. Dengan catatan terakhir, - 15/2/2008, 4.20a.m

Tersedar sahaja keesokan harinya, saya terus melihat catatan apakah yang kutulis dan cuba untuk mengingat kembali mimpi yang berlaku semalam. Dari satu mimpi ke satu mimpi pelik saya lalui pasti ada petunjuk dan sesuatu yang penting perlu diberi perhatian jika mimpi itu berulang. Tapi alhamdulillah untuk mimpi yang satu ini, walaupun tidak berulang, tapi banyak memberi indikator akan jalan hidup yang saya lalui sekarang ini. Pertama sekali, sebelum tidur pastikan kita berwudu'. Sebelum kita mati buat sementara waktu, mintalah ampun sebanyak mungkin dari ALLAH, mana tahu mati sementara (tidur) bagi kita ini akan menjadi saat ajal kita ditarik? Berdoalah dan berzikirlah sebanyak mungkin supaya kita tidak disamakan dengan makhluk ALLAH yang lain yang tidak diberikan nikmat akal untuk memikirkan betapa banyaknya nikmat percuma yang Dia berikan kepada kita.

Atau, sekurang-kurangnya, bacalah surah al-kaafirun . Surah yang ke 109 didalam al-Quran yang dikhabarkan oleh baginda Nabi akan kelebihannya dapat menyelamatkan kita daripada bahaya syirik jika kita amalkan membacanya setiap hari sekali sekurang-kurang sebelum tidur.

Siapakah yang yakin dapat menyelamatkan dirinya dari bahaya syirik(menyekutukan ALLAH)? Jika sekadar tidak menyembah kubur, tidak menyembah tuhan selain ALLAH secara nyata, semua orang Islam pun tahu akan hal syirik yang jelas lagi nyata ini. Tapi hari ini, kita bukan lagi hanya berdepan dengan bahaya syirik jelas lagi nyata ini kerana kita berada didalam satu masyarakat Islam yang pemimpinnya Islam, negaranya pun diisytiharkan Islam. Tidak cukup dengan Islam sahaja, ditambah lagi mahu menjadi Islam yang penuh dengan tamadunnya sehingga menjadi Islam Hadhari (Islam yang bertamadun). Bukan saatnya untuk berbicara kebenaran Islam Hadhari disini kerana saya bukanlah orang yang layak. Untuk rujukan kebenarannya, saya menyarankan pembaca merujuk buku kecil penerangan tentang Islam Hadhari karangan Syeikh Anwar Jundi, ulama Mesir yang dihormati oleh Dr. Syeikh Yusuff Qardawi sendiri akan ketajaman dan kebenaran pena ilmiah syeikh Anwar.

Persoalan disini ialah, sedarkah kita akan ancaman Syirik halus yang banyak memenuhi ruang-ruang hidup kita seluruh orang Islam di akhir zaman? Syirik berbentuk sistem-sistem. Sistem-sistem kefahaman seperti sekularisme, nasionalisme, materialisme, kapitalisme dan sebagainya lagi adalah alat-alat ciptaan yahudi antarabangsa yang bertopengkan gerakan-gerakan kebajikan seperti kelab rotary sebenarnya adalah jauh lebih berbahaya dan lebih menggila dari serangan anjing gila jika kita tahu dan menyedari implikasi kesan jangka panjang pergerakan ini yang bermatlamat mahu menghapuskan Islam dari muka bumi ini dengan sepenuhnya, tapi secara tersusun dan penuh helah yang kita umat Islam sendiri tiada menyedari hakikat ini.

Inilah jahiliyah moden, atau pakatan ahzab moden yang cuba memerangi umat secara total tetapi penuh halus dan bersistematik. Jika kita disuruh meninggalkan Islam, pasti kita tidak mahu dan berkeras mempertahankannya seperti mana orang yang berkeras mempertahankan melayu sehingga berani sanggup mengangkat keris di depan ramai. Tapi jika kita disuruh menjaga Islam dengan mewujudkan jabatan-jabatan agama untuk hal-ehwal agama, dan kita diberi jawatan didalam negara dan disuruh melaksanakan Islam hanya sekadar solat, puasa, zakat dan haji..maka kita tersenyum puas kerana kita yakin telah berjaya mempertahankan Islam dari diceroboh. Dengan diberinya kepada kita juga kemerdekaan maka kita tersenyum puas walaupun segala sistem yang terbaik yang kita punya dahulu telah digantikan dengan dasar jus soli. Sebenarnya kita telah menipu diri dan anak cucu akan perjuangan kita yang mengangkat keris kononnya untuk mempertahankan kedaulatan Islam dan bangsa adalah perjuangan yang suci, tapi dalam tak sedar kita menggadaikan AQIDAH kita kepada penjajah.

Lalu segalanya merujuk penjajah, mengagongkan penjajah, merasa kagum dengan penjajah tanah air sendiri yang membunuh nenek moyang kita dan meratah hasil bumi kita untuk membangunkan negara mereka . Habis al-Quran dan Sunnah ditinggalkan. Quran dan Hadith hanya untuk golongan-golongan ustaz. Kita cukuplah jaga Islam untuk solat, puasa, zakat, haji, nikah kahwin, dan benda-benda adat islami sahaja... Alangkah sempitnya sudut pandang kita terhadap suatu pegangan yang tak terjangkau luasnya, yakni ISLAM.

No comments:

Masa Itu Nyawa