Wednesday, April 29, 2009

2nd Day Clinical Posting : Be Patient



‘Bad habit die hard’. Late awake at morning already being solved. But the new problem today onwards is sleep after subuh. Consequitively three days I’m struggling to face it. Maybe because of evening shift, it makes me feel empty at the morning and that make all the things..sleep after subuh. Must fight this bad habit before it burn all my gold moment at the morning.

Today is not that interesting day in my ward. Almost 2 hours I sat outside the diagnostic room waiting for my patient to finish ultra-sound examination. Finish the ultra-sound test, I need to bring my patient to CT-scan test because doctor suspected the patient having the internal injury. At the beginning it quite bored for waiting and keep waiting without anything to be done. So I start to make some reflection on my day in ward.

Pity for my patient, from rib fractured, he then confirmed by specialist to have spleenic and kidney damage. It’s the sad moment to see his mum’s crying in front of me.


The moral lesson I got today is to be patient in whatever happen although I got slap on my examination result today. If I feel bad on my condition or my failure or what so ever, it is still not that bad to be lying in ward without any help from relative. In any condition, I have no right to complain. Just always keep saying alhamdulillah because ALLAH still keep Iman in my heart.

The matter is not what happened to us, buat how we perceive and manage the things? Although I got problem until disturbing my sleep, but when the new day comes I try to reflecting on myself by writing and reciting the Quran…hence release my tense. How about others?


Abu Talhah,
25200,
Indera Mahkota.

1st Day, Clinical Posting : Keep Exploring




Yesterday, 27/4/2009. Long time no see the patient, a lot of thing just like to diminished from my mind. Felt like a vacant cup. Nothing much I did prepare for clinical posting this time. Again at Kiambang 5B, Orthopaedic Male ward, at Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan Pahang. A lot of new things I will face from day to day at this ‘tough’ ward.


If before, I being scolded on wrongly answered the question asked by staff nurse on basic anatomy (actually, the answers is correct, but it being wrongly understood by staff nurse..huhu), today again our group got one dose advise on the way of work. Same sentence, again and again “ ..you’re degree nurses, how can’t you do this??... “ Again and again I reply with smile :) and ask for lesson. (Actually, I’m year one student, have not reach the competency as required to incharge on acute patient, especially with scar traction on head).


Although being scolded is bitter at the beginning, but it is the best medication for ignorance. A lot of Islamic scholar talk about the moral of being students. One, must be humble everytime and must be prepared mentally to be at the lowest position as we are know nothing. But, when we increase our knowledge, we will be honoured automatically. Our value is not evaluated on the size of our body, not on our face (smart or ugly), not our prosperities, but on our Iman and the way we use our mind. So, keep on exploring and escalating our faith to ALLAH and the potential of our brain. That’s make us EXPENSIVE in the eye of HIM.




Abu Talhah,
25200,
Indera Mahkota

Monday, April 27, 2009

Antara Dua Alam




Salam al-Kelantani, 2 Jamadilawal 1430H, 27 April 2009



ALAM perkahwinan diriuh rendahkan..
ALam Kubur disenyap sunyikan...

Alam perkahwinan suatu pilihan...
ALAM KUBUR suatu kepastian..

alam Perkahwinan semua nak sampuk..
ALAM kubur semua bagaikan tersampuk..

Malam pertama dialam perkahwinan semua tersenyum..
MALAM pertama DI ALAM KUBUR...semua tak mahu..

Bidadari dunia semua mengejar....
BidaDARI SyurGA buat-buat tak nampak...

Teman ketawa dicari selalu..
Teman menangis ketika perlu...

Teman HIDUP semua nak cepat...
TEman MATI nak usahakannya beratlah amat..

Quran dibaca pembuka majlis....
Jarang sekali pembuka hati...

Teman karib di jaga hatinya...
Teman KUBUR (Quran) hiasan hanya...

Ingatlah teman...perkahwinan itu penuh rahmat dan mawaddah...
Cukuplah rasanya setakat ini dulu... kerna hati ini terlalu rendah...

Buat yang dah lepas, tahniah di ucap..
Buat yang belum.. banyak-banyak mengucap..

Buat yang dah ada, cepat-cepatlah berlangsung. .
Buat yang belum, usahlah diracun..

Rezeki teman sampai awal..
Rezki kita ALLAH yang kawal..

Bidadari dunia kurniaan pertama..
BIDADARI AKHIRAT kejaran UTAMA...

INGATLAH teman.... kita kan pergi..
banyakkan senyum dalam bersedih...
Usah bersedih pada dunia...
Supaya AKHIRAT tiada berpedih

Kerana cinta HANYA MILIK NYA...
10.22 pm 27/4/2009
25200 Indera Mahkota

Monday, April 13, 2009

Harapan Demi Masa Depan


Salam al-Kelantani, 16 Rabiul akhir 1430H, 12 April 2009


Patah tumbuh hilang berganti, Pemimpin datang dan pergi. Tanggal 3 April 2009 merupakan hari baru yang penuh dengan harapan gemilang buat seluruh warga Malaysia. Belum terlambat rasanya saya mewakili suara mahasiswa, suara anak muda menghulurkan sekalung tahniah buat Dato’ Seri Najib Tun Razak di atas pelantikan Dato’ sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6, menggantikan Perdana Menteri ke-5 Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi.


Sebelum mengorak langkah mengatur bicara dengan lebih jauh, suka saya memetik kembali kata-kata Dato’ Seri didalam ucapan sejurus selepas mengangkat Sumpah sebagai Perdana Menteri ke-6 yang lalu.


Rakyat diutamakan akan merentasi seluruh lapisan masyarakat dan kumpulan etnik di setiap pelosok tanah air. Tidak ada sesiapa yang patut merasakan diri mereka tercicir atau terpinggir daripada wacana nasional. Kita akan rapatkan hubungan Rakyat dan Kerajaan dari dikelirukan dan diperdaya oleh permainan muslihat politik.”


Melihat kepada realiti dan sejarah hari ini, mana-mana pemimpin yang baru naik ke pentas kepimpinan, pasti mempunyai perancangan tersendiri untuk memberi impak perubahan dan meninggalkan kesan hasil kepimpinannya. Jika Tun Abdullah dengan slogan : “ bekerja bersama saya, bukan untuk saya” mempamerkan kesopanan dan ketinggian budi dalam membangunkan negara dan bangsa Malaysia. Sekarang, Dato’ Seri pula membawa semangat: “Satu Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan.” Semangat yang positif mencerminkan penuturnya yang positif dengan masa depan kebajikan rakyat yang dipimpin.


Orang yang tidak belajar dari sejarah bakal mengulangi kesilapan lampau. Satu kenyataan yang pasti disedari dan dititik beratkan oleh Dato’ Seri. Jika dilihat kekurangan serta kelompongan barisan kepimpinan yang lalu, sudah pasti ianya menjadi salah satu kayu ukur pembaikan yang amat penting untuk diberi perhatian. Jika mahu mengambil contoh kepimpinan yang baik, allahyarham ayahanda Dato’ Seri adalah contoh terdekat. Namun, dalam memberikan yang terbaik kepada yang dipimpin, contoh utama dan pertama sepanjang zaman sudah pasti Baginda Rasulullah yang tiada bandingan menjadi rujukan. Jarang sekali pemimpin masa kini mahu mengambil contoh terbaik ini sebagai teladan. Lebih ramai yang menidakkan kepimpinan terbaik ini demi kepentingan tertentu.


Walaupun begitu, sebagai mahasiswa yang dididik dengan budaya keilmuan, mencari kebenaran dan menyebarkannya adalah suatu tanggungjawab. Pengetahuan tentang Muhammad bin Abdullah sebagai manusia yang paling berpengaruh mengatasi segala tokoh-tokoh keluaran timur mahupun barat sepanjang zaman boleh dirujuk kepada karya Michael H. Heart didalam bukunya “The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History”. Sebagai Perdana Menteri, pemimpin utama sebuah negara, bukanlah selayaknya Dato’ Seri Najib Tun Razak ditunjuk ajar oleh seorang dua budak yang baru belajar. Namun, teladan karismatik terhebat sepanjang zaman membuktikan, sanggup belajar dengan siapa sahaja adalah asasnya. Jika tidak, takkan lahir sistem-sistem jabatan yang kita warisi hari ini dari Khalifah Umar al-Khattab, hasil didikan manusia agung, Muhammad al-Amin.


Di awal-awal tampuk pemerintahan, semuanya tampak manis. Umpama pengantin didalam tempoh berbulan madu, segala-galanya penuh dengan janji indah. Pembebasan tahanan ISA, penarikan balik larangan penerbitan sementara bagi DUA surat khabar, dan proses kajian semula terhadap undang-undang ISA adalah antara hantaran penuh makna Dato’ Seri Najib hulurkan.Jika sebuah perkahwinan, cabaran sebenar bermula selepas tamatnya fasa berbulan madu dengan kedatangan orang-orang baru dalam keluarga, saat itulah wajah sebenar si suami bakal terserlah. Dari itu, dalam fasa kepimpinan, wajah sebenar seorang pemimpin dapat dilihat ketika mana diuji dengan mehnah dan tribulasi dari berbagai arah dan aspek. Dari kaca mata bakal pelapis pewaris kepimpinan negara, mahasiswa memberikan harapan yang optimis semoga Dato’ Seri Najib tegar dengan watak seorang suami yang kekal dengan kemanisan dan ketulusannya dalam menunaikan janji.


Sebelum merehatkan pena ditaman pembentukan budi dan ilmu ini, penulis mewakili suara mahasiswa suka sekali memetik manisnya buah kata Dato’ Seri Najib akan aspirasinya untuk membangunkan potensi mahasiswa.


potensi golongan anak muda akan kita bangunkan setinggi-tingginya. Kita percaya merekalah generasi pewaris bakal pendidik, doktor, peguam, akauntan, saintis, jurutera, tokoh perniagaan, cerdik pandai dan saf pemimpin masa depan.Maka dengan itu, pada hari yang bersejarah ini saya berikrar untuk bekerja tanpa mengenal erti jemu atau penat lelah, berkhidmat dan membela untung nasib rakyat.”


Semoga dengan janji yang satu ini, Dato’ Seri Najib bakal mewarnai pentas pencak pemerintahan yang sebenar-benarnya yang diharapkan oleh seluruh rakyat jelata segenap lapisan. Mewarnainya dengan warna-warna kebajikan yang terjamin, keadilan yang tertegak, ketulusan tak bertopeng, keberhasilan yang menyeluruh, kebaikan untuk semua, kepimpinan yang diharap.


Suara mahasiswa mewakili suara anak muda, sentiasa teguh dibelakang pemimpin yang adil.Pemimpin adil, pemimpin disanjung. Pemimpin zalim, pemimpin ditanggung. Ditanggung rakyat derita kezalimannya. Akhirnya, mewakili suara seluruh mahasiswa, melahirkan rasa optimis ke arah sebuah pemerintahan yang berjiwa rakyat, merasai jerit perih derita rakyat, merasai lapar dahaga rakyat marhaen, dibawah kepimpinan Perdana Menteri ke-6, Dato’ Seri Najib Tun Razak. Mulakanlah dengan mengkaji semula keberkesanan AUKU. Moga potensi generasi pelapis terus menyinar dan gemilang demi masa depan.


Semoga ALLAH permudahkan urusan dengan rahmat dan petunjuk taufiq hidayah-Nya.


0539a.m 11/4/2009

25200 Indera Mahkota

Thursday, April 2, 2009

Anjing Gila



Salam al-Kelantani, 6 Rabiul akhir 1430H, 2 April 2009




"Hari ni aku mesti sampai jugak kat rumah Iqbal". (Tapi, aku kat mana sekarang ni ye?) Ya ALLAH peningnya, tempat ini aku selalu datang tapi kenapa tak dapat ingat nama tempat ini. Alhamdulillah Iqbal dah datang, harap-harap dia nampak aku. Tapi ya ALLAH malunya..

Dulu aku pernah pandang serong pada sahabat aku yang seorang ni kerana kejahilan diriku sendiri. Aku yang hidup menolak tuah, hidup ingin menyendiri, merasa diri mampu memilih jalan sendiri tanpa bantuan sahabat-sahabat menuju cita yang satu.

Tapi sekarang Iqbal dah ada kat depan mata, dah macam nak berhenti tolong aku ni. Rugi peluang ni aku lepaskan. Ah, ego aku masih tinggi kat depan kedai runcit ni. (Hmm, aku jalan dulu, harap-harap dia lalu ikut jalan yang sama dengan jalan aku ni jugak). Alhamdulillah dia ikut jalan yang sama kat belakang aku dengan basikalnya. Tak boleh tunggu dah ni..lagipun boleh aku kenal rumah dia ni. " Bal, bal tunggu kejap. Nak tumpang boleh? ". " Ye, boleh-boleh, naiklah din. " Sebelum naik, sempat ku kerling dengan ekor mataku akan kewujudan dua ekor anjing di tengah jalan yang sedang mendekati kami.

Iqbal yang berhenti dengan basikalnya terus memberikan isyarat dengan matanya supaya aku cepat-cepat menaiki basikalnya dibahagian belakang. Iqbal semacam tahu resah yang tersimpan di hati ini terus berkata : "nak gi umah ana ni memang banyak anjing, dah biasa dah kena kejar dengan anjing ni". Belum sempat aku menjawab terus dua ekor anjing tadi mengejar aku dan Iqbal tanpa sebab. Iqbal mula mengayuh dan terus mempercepatkan kayuhannya sambil aku berpaling kebelakang dan cuba menghalau anjing-anjing itu dengan suara kerasku. Ah, tapi makin lama makin dekat pulak anjing ni. Ya ALLAH selamatkanlah aku dan sahabatku ini. Keadaan makin terdesak, aku terus melemparkan apa sahaja yang ada ditanganku untuk menghalang anjing-anjing itu dari mendekati. Akhirnya sebuah patung ditanganku pun ku lemparkan (eh, bila pula aku ada patung kat tangan ni? Patung anjing pulak tu. Sebab ni ke anjing tu kejar aku?). Keadaan semakin gawat, patung yang diharap menjadi senjata rupanya bertukar rupa menjadi seekor anjing lain yang turut sama mengejar aku dan Iqbal. Dalam saat penuh debaran itu aku menutup mata. Kemudian ku pandang lagi kebelakang, anjing-anjing tersebut sudah tiada, yang ada hanyalah figura-figura 3 ekor anjing yang bercantum menjadi satu tapi masih terus mengejar aku dan Iqbal. Dalam kekalutan ini, tiba-tiba sahaja terlintas dalam benakku akan program dakwah yang masih dalam perancangan aku dan teman-teman.

Aku terfikir, ujian apakah ini? Teringat satu pesanan temanku, istighfar itu mampu menyingkap sesuatu rahsia, mampu memberi ketenangan, mampu melapangkan yang sempit. Terus aku beristighfar sebanyak mungkin tanpa ku sedari lagi yang aku masih dibawa Iqbal menuju ketempat tujuan kami bersama. Alhamdulillah, hatiku terus tenang dengan betul-betul memohon keampunan atas segala kekhilafan ku daripadaNYA... Dan aku pun terus terjaga.. Anjing yang ku lihat tadi hanyalah bayangan ruang-ruang didalam kamar tidurku. Terus ku catat mimpi yang pelik ini dalam keadaan catat, tertidur, catat, tertidur, catat dan tertidur. Dengan catatan terakhir, - 15/2/2008, 4.20a.m

Tersedar sahaja keesokan harinya, saya terus melihat catatan apakah yang kutulis dan cuba untuk mengingat kembali mimpi yang berlaku semalam. Dari satu mimpi ke satu mimpi pelik saya lalui pasti ada petunjuk dan sesuatu yang penting perlu diberi perhatian jika mimpi itu berulang. Tapi alhamdulillah untuk mimpi yang satu ini, walaupun tidak berulang, tapi banyak memberi indikator akan jalan hidup yang saya lalui sekarang ini. Pertama sekali, sebelum tidur pastikan kita berwudu'. Sebelum kita mati buat sementara waktu, mintalah ampun sebanyak mungkin dari ALLAH, mana tahu mati sementara (tidur) bagi kita ini akan menjadi saat ajal kita ditarik? Berdoalah dan berzikirlah sebanyak mungkin supaya kita tidak disamakan dengan makhluk ALLAH yang lain yang tidak diberikan nikmat akal untuk memikirkan betapa banyaknya nikmat percuma yang Dia berikan kepada kita.

Atau, sekurang-kurangnya, bacalah surah al-kaafirun . Surah yang ke 109 didalam al-Quran yang dikhabarkan oleh baginda Nabi akan kelebihannya dapat menyelamatkan kita daripada bahaya syirik jika kita amalkan membacanya setiap hari sekali sekurang-kurang sebelum tidur.

Siapakah yang yakin dapat menyelamatkan dirinya dari bahaya syirik(menyekutukan ALLAH)? Jika sekadar tidak menyembah kubur, tidak menyembah tuhan selain ALLAH secara nyata, semua orang Islam pun tahu akan hal syirik yang jelas lagi nyata ini. Tapi hari ini, kita bukan lagi hanya berdepan dengan bahaya syirik jelas lagi nyata ini kerana kita berada didalam satu masyarakat Islam yang pemimpinnya Islam, negaranya pun diisytiharkan Islam. Tidak cukup dengan Islam sahaja, ditambah lagi mahu menjadi Islam yang penuh dengan tamadunnya sehingga menjadi Islam Hadhari (Islam yang bertamadun). Bukan saatnya untuk berbicara kebenaran Islam Hadhari disini kerana saya bukanlah orang yang layak. Untuk rujukan kebenarannya, saya menyarankan pembaca merujuk buku kecil penerangan tentang Islam Hadhari karangan Syeikh Anwar Jundi, ulama Mesir yang dihormati oleh Dr. Syeikh Yusuff Qardawi sendiri akan ketajaman dan kebenaran pena ilmiah syeikh Anwar.

Persoalan disini ialah, sedarkah kita akan ancaman Syirik halus yang banyak memenuhi ruang-ruang hidup kita seluruh orang Islam di akhir zaman? Syirik berbentuk sistem-sistem. Sistem-sistem kefahaman seperti sekularisme, nasionalisme, materialisme, kapitalisme dan sebagainya lagi adalah alat-alat ciptaan yahudi antarabangsa yang bertopengkan gerakan-gerakan kebajikan seperti kelab rotary sebenarnya adalah jauh lebih berbahaya dan lebih menggila dari serangan anjing gila jika kita tahu dan menyedari implikasi kesan jangka panjang pergerakan ini yang bermatlamat mahu menghapuskan Islam dari muka bumi ini dengan sepenuhnya, tapi secara tersusun dan penuh helah yang kita umat Islam sendiri tiada menyedari hakikat ini.

Inilah jahiliyah moden, atau pakatan ahzab moden yang cuba memerangi umat secara total tetapi penuh halus dan bersistematik. Jika kita disuruh meninggalkan Islam, pasti kita tidak mahu dan berkeras mempertahankannya seperti mana orang yang berkeras mempertahankan melayu sehingga berani sanggup mengangkat keris di depan ramai. Tapi jika kita disuruh menjaga Islam dengan mewujudkan jabatan-jabatan agama untuk hal-ehwal agama, dan kita diberi jawatan didalam negara dan disuruh melaksanakan Islam hanya sekadar solat, puasa, zakat dan haji..maka kita tersenyum puas kerana kita yakin telah berjaya mempertahankan Islam dari diceroboh. Dengan diberinya kepada kita juga kemerdekaan maka kita tersenyum puas walaupun segala sistem yang terbaik yang kita punya dahulu telah digantikan dengan dasar jus soli. Sebenarnya kita telah menipu diri dan anak cucu akan perjuangan kita yang mengangkat keris kononnya untuk mempertahankan kedaulatan Islam dan bangsa adalah perjuangan yang suci, tapi dalam tak sedar kita menggadaikan AQIDAH kita kepada penjajah.

Lalu segalanya merujuk penjajah, mengagongkan penjajah, merasa kagum dengan penjajah tanah air sendiri yang membunuh nenek moyang kita dan meratah hasil bumi kita untuk membangunkan negara mereka . Habis al-Quran dan Sunnah ditinggalkan. Quran dan Hadith hanya untuk golongan-golongan ustaz. Kita cukuplah jaga Islam untuk solat, puasa, zakat, haji, nikah kahwin, dan benda-benda adat islami sahaja... Alangkah sempitnya sudut pandang kita terhadap suatu pegangan yang tak terjangkau luasnya, yakni ISLAM.

Wednesday, April 1, 2009

Mengapa Awak Menulis?


Assalamualaikum.
Salam al-Kelantani, 15 Rabiul akhir 1430H, 11 April 2009

"Ustaz; ana nak tanya pendapat ustaz tentang laman-laman blog ni ustaz. apa pendapat ustaz?". Sementara menunggu bermulanya slot ceramah Enhancing Spiritual Understanding on Health Care Worker (Islamic Paradigm on Health Care Worker, IIUM Kuantan) pada 8 Mac yang lalu. "Ana, zaman ana mula-mula menulis dulu takde blog-blog macam sekarang ni. Sekarang ni dah macam-macam blog ada. Dua tiga minggu lagi pun ana ada jemputan bengkel blog, kat KUIS."


"oh..macam tu, sebenarnya ana pun baru belajar-belajar buat blog. Niat nak belajar menulis. Jadi, nak mintalah tips-tips atau nasihat berguna buat saya yang baru nak mula ni"..saya membalas.
"Ok, kalau macam tu kenapa mahu menulis? Adalah beberapa benda penting yang kita perlu perhatikan didalam menulis dan menguruskan blog.

Pertama sekali, kena ada pattern sendiri. Macam orang hafal Quran juga, dia ada masa-masa dia yang tersendiri yang dia sesuai dan selesa untuk menulis. Ada orang boleh menghafal selepas maghrib, ada orang tak boleh, ada orang boleh menghafal sebelum subuh, ada orang tak boleh. Kalau ana sebelum tidur ana mesti menulis, kalau tak, tak lena tidur ana. (Sambil tersenyum Ustaz Hasrizal menjawab). Senangnya, ikut kesesuaian tersendiri dan masing-masing.

Ok, Kedua, tak boleh tiru orang. (terpengaruh takpe, tapi jangan tiru. Jangan paksa tiru). Kalau macam siapa-siapa yang perhatikan blog ana pasti dapat tangkap pattern macammana yang ana guna untuk menulis. Ana biasa mulakan dengan cerita. Macam tu jugak dalam ceramah-ceramah ana. Faktor penceritaan ni mampu menarik orang.

Ketiga, buat permulaan ni, tulis sahaja. Dan apa yang kita nak tulis? Kita mesti tahu apa yang ada pada diri kita, tapi tiada pada orang lain. Itulah pengalaman kita sendiri. Dan kita mesti ada pandangan, sudut pandang atau world view kita yang tersendiri.

Tiga benda penting ini perlu ada jika mahu menulis.

"Apapun akhi, nasihat terakhir ana, ISTIQAMAH lah dalam menulis. Dan sentiasalah check diri kita kenapa mahu menulis?
Kalau ana, ana menulis untuk restructure my own understanding. Macam belajar dalam kelas pun, ana tak boleh baca nota orang lain. Macam-macammana pun ana kena buat nota sendiri juga. Sebab, bila ana menulis, penulisan ni akan menjelas pemikiran kita sendiri. InsyaALLAH.. :)
Sekadar blog moment bersama ustaz Hasrizal selama 10-15 minit sebelum ceramah bermula. Panduan ringkas yang suka saya kongsikan bersama teman pembaca.

Dibawah dilampirkan bersama bersama blog-blog menarik untuk renungan dan sebagai bacaan tambahan teman pembaca sekalian dalam memurnikan niat dan gerak tangan untuk terus menari di atas papan kekunci menyebarkan suara-suara mengajak kebaikan dan memaknakan dengan hakikat kehidupan yang sebenar kelak.


Bermula dengan blog terbaru dari Kalam murabbi, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai muhasabah kita bersama. Renung-renungkan.

1. Ucapan YAB Tuan Guru Dato Menteri Besar Kelantan Sempena Pelancaran Wi-Fi Aptus Net Dan Blog Tok Guru
http://www.blogtokguru.com/pages/posting/6/ucapan-yab-tuan-guru-dato-menteri-besar-kelantan-sempena-pelancaran-wi-fi-aptus-net-dan-blog-tok-guru

2. Blog Isteri & Suatu Peringatan Buat
Pemilik Blog dan Forum Maya
http://www.zaharuddin.net/content/view/816/72/

4. Aku menulis bukan kerna nama http://abdurrahman-al-azmi.blogspot.com/2009/03/aku-menulis-bukan-kerna-nama.html

Akhirnya, mengambil kata-kata Sasterawan Negara A. Samad Said bila ditanya oleh penulis prolifik (Faisal Tehrani) di awal-awal ketika menceburkan diri ke dalam bidang penulisan. "Apakah nasihat untuk saya yang baru menulis ini? "
Jawab Datuk A. Samad Said,
" membacalah, membacalah, membacalah, membacalah, membacalah...dan menulislah."


25200, Indera Mahkota

Masa Itu Nyawa