Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2009

Uzlah Nafsiah Bukan Jasadiah

Salam, al-Kelantani, 3 Rabiul Akhir 1430H - 31 Mac 2009


"Bencana paling besar, adalah putusnya cita-cita, Hidup tanpa cita-cita, Umpama rumah yang tak berjendela menyebabkan penghuninya mati kelemasan"


Sudah sebulan tiada pemberian, bererti sudah sebulan saya tidak mengasah minda sendiri. Sebulan ketinggalan pelajaran adalah kondisi yang berat untuk dikejar kembali ilmu-ilmu yang telah diajar sang guru. Banyak hikmah yang dikutip sepanjang sebulan berlalu jika tidak dikoreksi dan dibuat post-mortem segera pasti boleh berkubur begitu sahaja. Ibarat angin lalu tanpa erti. Umpama mayat yang meninggal, jika tiada bedah siasat segera dilakukan, pasti banyak titik-titik penting penyiasatan akan terjejas.

Banyak hikmah yang dikutip sepanjang sebulan menyepi. Buat peringatan saya sendiri, dilakarkan di sini detik-detik sukar untuk saya menulis dalam tempoh sebulan yang lalu.

Bermula kewajipan penting dari post terakhir 28/2/2009...


27/2/2009 - Inter Faith Dialogue 28/2/2009 - Marriage Cour…