Monday, February 9, 2009

Penjelasan Dari Perak

AL-KELANTANI, 14 Safar 1430H.

Ditengah keributan isu dan kekalutan media perdana memainkan peranan mencorak minda rakyat Malaysia. Satu penjelasan dari tuan punya isu. Dipetik mumarridh dari satu yahoogroup yang disertai mumarridh, untuk tatapan teman-teman ziarah, bukalah minda, luaskan paradigma pembacaan dan kefahaman...

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Perutusan MB Perak, YAB Dato' Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin


BismilahirRahmanirR ahim.

Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT atas kesihatan tubuh badan dan
kesabaran yang dianugerahkanNya kepada saya dan seluruh rakyat negeri
Perak Darul Ridzuan.

Saya mengambil kesempatan ini untuk menerangkan beberapa perkara
berkaitan perkembangan krisis di negeri Perak terutamanya selepas
upacara angkat sumpah Menteri Besar baru negeri ini yang berlangsung
di Istana Iskandariah petang tadi.

Dengan penuh rasa tanggungjawab, sukacita saya menyatakan bahawa
perlantikan Menteri Besar baru itu sesungguhnya adalah tidak mengikut
Undang-Undang Perlembagaan Negeri sebagaimana sepatutnya.

Apabila saya tidak meletak jawatan seperti yang dititahkan oleh DYMM
Paduka Seri Sultan Perak, sebenarnya saya telah pun meneliti semua
undang-undang dan peraturan yang berkaitan serta telah mendapatkan
pandangan dan nasihat daripada ahli dan pakar undang-undang.

Permohonan saya kepada DYMM Sultan untuk mendapatkan perkenan
membubarkan Dewan Undangan Negeri adalah menepati dan mengikut
peruntukan Undang-Undang Perlembagaan Negeri

secara jelas dan pasti. Perlembagaan memperuntukkan dengan jelas
bahawa pembubaran DUN sepatutnya telah pun berlaku setelah permohonan
perkenan saya kemukakan kepada DYMM Tuanku Sultan.

Saya juga yakin bahawa pembubaran DUN adalah langkah terbaik bagi
menyelesaikan kemelut politik negeri Perak. Biarlah rakyat membuat
keputusan. Saya percaya bahawa rakyat berhak membuat keputusan
berkenaan parti manakah yang rakyat mahu berikan mandat sebagai
kerajaan. Keputusan menyerahkan penentuan itu kepada rakyat adalah
bertepatan dengan prinsip demokrasi dan sistem Raja berperlembagaan
yang dijunjung bersama.

UMNO telah mencemarkan Institusi Raja melalui konspirasi yang sangat
kotor semata-mata kerana dendam kesumat dan nafsu melampau untuk
memerintah. Mereka sanggup mengheret Institusi Raja kepada kecelaruan
yang boleh menjejaskan penghormatan dan sanjungan rakyat terhadap
istana.

Tiga Kaedah 'Lucut Jawatan' Menteri Besar

Berhubung kecelaruan isu 'letak jawatan' atau 'lucut jawatan' saya
sebagai Menteri Besar, suka saya jelaskan kepada seluruh rakyat negeri
Perak bahawa Perkara 16(6) Undang-Undang Perlembagaan Negeri dengan
terang menyatakan bahawa 'lucut jawatan' saya hanya boleh berlaku
melalui 3 kaedah iaitu :

Pertama – pembubaran Dewan Undangan Negeri.

Kedua – undi tidak percaya dalam sidang khas Dewan Undangan Negeri.

Ketiga – saya meletak jawatan secara sukarela.

Tetapi apa yang terjadi sekarang, tiada mana-mana satu pun di antara 3
kaedah itu berlaku. Saya tidak meletak jawatan. Pembubaran DUN tidak
berlaku. Belum lagi berlangsung sidang khas atau apa-apa sidang
membincangkan usul undi tidak percaya terhadap saya. Maka bagaimana
boleh dikatakan saya bukan lagi Menteri Besar Perak?

Apabila saya masih lagi Menteri Besar Perak yang sah mengikut
undang-undang, maka adalah ganjil apabila dilantik seorang Menteri
Besar yang baru. Bukan saja ganjil, tapi salah. Perlantikan Menteri
Besar hanya boleh atau perlu dibuat apabila berlaku kekosongan jawatan
itu. Sehingga saat ini saya masih MB mengikut perlembagaan. Belum
berlaku kekosongan. Saya MB yang sah manakala Dato' Dr. Zambry adalah
MB tidak sah atau MB haram.

Fitnah Media Kawalan UMNO – Saya Nak Saman Sultan, Saya Arahkan Rakyat
Memberontak dan Saya Menjerit Di Pejabat

Hari ini timbul isu bahawa saya akan saman DYMM Tuanku Sultan. TV1 dan
TV2 serta semua saluran TV milik Media Prima menyiarkan berita itu.
Ini adalah satu fitnah yang sangat dahsyat. Tohmahan jahat ini dicipta
oleh UMNO untuk menimbulkan kebencian orang ramai khususnya rakyat
negeri Perak terhadap saya dan Pakatan Rakyat. Mereka mengulas isu ini
secara terarah untuk menjauhkan kita dari istana. Mereka mencipta
tuduhan ini untuk membangkitkan kemarahan orang Melayu terhadap saya
dan Pakatan Rakyat dengan tujuan menenggelamkan perbincangan tentang
pencabulan undang-undang yang mereka lakukan demi merampas kuasa.

Saya juga dituduh menggerak dan mengarahkan rakyat supaya bangkit
menentang istana. Media yang dikuasai UMNO menggambarkan saya
bertanggungjawab ke atas perhimpunan rakyat yang berlaku di merata
tempat dalam masa beberapa hari ini termasuk himpunan di Kuala Kangsar
yang tercetus kekecohan.

Sehubungan dengan itu, saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya
segala tuduhan dan fitnah yang dilemparkan terhadap saya. Saya tidak
mengeluarkan apa-apa arahan kepada rakyat untuk maksud berhimpun
menyatakan bantahan kepada istana. Semua ini adalah propaganda UMNO.

Media elektronik yang dipengaruhi UMNO juga memutarbelit laporan
mengenai insiden di pejabat saya iaitu pejabat Menteri Besar pagi
tadi. Mereka melaporkan bahawa saya 'menjerit' ketika kekecohan semasa
kehadiran puluhan wartawan.

Sebenarnya yang menjerit itu bukan saya. Yang menjerit ialah Dato'
Setiausaha Kerajaan Negeri iaitu Dato' Dr. Abdul Rahman Hashim yang
menghalau wartawan supaya keluar dari bilik itu. Wartawan dalam dan
luar negeri menjadi saksi tindakan primitif Setiausaha Kerajaan Negeri
yang menghalau petugas media di hadapan saya.

Saya tegaskan sekali lagi bahawa bukan saya yang menjerit seperti
dilaporkan oleh media elektronik pengampu UMNO. Saya nafikan
sekeras-kerasnya tuduhan itu. Anda boleh saksikan sendiri video yang
sempat dirakamkan oleh salah seorang wartawan ketika insiden itu.
Dato' Dr. Abdul Rahman Hashim yang menjerit.

Sukacita saya menyatakan sekali lagi bahawa saya menyanjung tinggi
Institusi Istana sepanjang sepuluh bulan lebih saya memikul amanah ini
dan saya telah memberikan kepatuhan saya kepada DYMM Tuanku Sultan
dengan sepenuh jiwa dan raga. Dalam perkara yang sedang berlaku ini,
saya sebenarnya bermaksud membela dan mempertahankan Institusi Diraja
bahkan Institusi Kesultanan Melayu seluruhnya supaya tidak dipandang
memihak kepada mana-mana kumpulan dalam isu ini. Saya tidak rela
rakyat menganggap Istana menyebelahi mana-mana pihak. Saya ingin
menyelamatkan istana daripada tohmahan rakyat. Saya ingin memelihara
kepercayaan rakyat kepada institusi ini iaitu institusi yang luhur dan
adil.

Pesanan Kepada Seluruh Rakyat Negeri Perak

Saya merayu kepada seluruh rakyat negeri Perak supaya janganlah
bertindak diluar batasan. Apa yang kita lakukan adalah usaha menuntut
keadilan serta menuntut diberikan hak kepada rakyat untuk membuat
pilihan sepertimana yang dijamin oleh perlembagaan.

Terimakasih kepada semua rakyat negeri Perak atas sokongan, pandangan
dan ucap selamat yang diberikan kepada saya. Saya sudahi dengan
wabillahi taufiq wal hidayah wassalamu alaikum warahmatullah.

IR MOHAMAD NIZAR JAMALUDDIN

Menteri Besar Perak

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Di tanah airku, ada media sentiasa memainkan api perkauman dan menutup kebenaran.

Benarlah protokol yahudi untuk menjatuhkan umat Islam adalah melalui media yang menyebarkan berita-berita palsu dengan tujuan untuk menyenangkan hati pemerintah yang tidak mahu menjalankan perintah ALLAH.

Bertujuan mengisi perut dengan gaji dari hasil kerja menyekat kebangkitan Islam, mengenyangkan perut dengan duit dari hasil kerja mencegah kebenaran tersebar,
membela anak isteri dengan gaji hasil kerja takutkan Pemerintah lebih dari takutkan ALLAH.

Setiap gerak geri amal perbuatan kerja buat kita pasti dipersoalkan kelak. Fikir-fikirkanlah.

Pena al-Fateh,
2130pm,
Indera Mahkota.

No comments:

Masa Itu Nyawa