Skip to main content

Kesihatan; Nikmat yang Mengajar!

AL-KELANTANI, 6 Safar 1430H.
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Ucapan selawat buat kekasihNYA yang amanah menyampaikan risalah nubuwwah buat seluruh alam.

MEDICAL CERTIFICATE :
I hereby certify that Mr. Mohd Nuruddin bin Mohamed is
under URHt Fever + Gastric and of the opinion that he :
(a) Is not fit for work for two days from 28/1/2009 until 29/1/2009.


Alhamdulillah, hari ini tamat sudah terseksanya diriku untuk menghabiskan berjenis-jenis ubat yang disarankan oleh Dr. Fa'iza Abdullah, doktor di Health Centre of IIUM Kuantan . Senarai ubat yang sempat ku tulis semula : 1) Ranitidine (vesyca), ubat gastric. 2) Clarithromycin (antibiotics) 3) Eviline Forte Suspension (macam air kapur untuk gastric). 4) Tab Stemetil (ubat pening). 5)Paracetamol 500mg (panadol. OTC) 6) Oral Rehydration Salts (ORS- 5 piket).

Mengimbas kembali detik-detik pahit yang berlaku di awal pagi 28/1/2009 kerana dua kali pengsan membuatkan aku terfikir, 'kenapa lemah sangat ni?'. Detik-detik pahit itu yang sebenarnya cukup terlalu amat manis buatku kerana saat itulah aku dan sesiapa sahaja boleh mengenali wajah sebenar orang-orang disekeliling kita disebalik refleksi terhadap sikap kita sebelum-sebelum ini. Penulis bersyukur kerana dapat merasai betapa manisnya ukhuwah disaat itu dengan menerima banyak lawatan, panggilan, dan khidmat pesanan ringkas (SMS) mendoakan semoga cepat sembuh.

Antara sms yang berkesan dihati ialah dari Fakhrurrazi ; "....kena ada org jaga doh nta ni...xpo2, ana 'izinkan'.....hoho" Sekali teringat mesej ini, hati tersenyum dengan pertanyaan khabar berselit gurauan sebegitu. Lama merenung, hati mula mengeluh... ini mesti ujian dan balasan buatku kerana melalaikan hak-hak ALLAH nih. Mesej fakhru tadi ada kebenarannya, ya memang tak dapat dinafikan memang aku memerlukan orang untuk menjagaku ketika sakit, menghibur tika duka, berkongsi senyum tika gembira, menyejukkan mataku, menawarkan hati yang rawan, menajamkan fikiranku..(ni teringat bait-bait lagu isteri solehah dendangan kumpulan The Zikr suatu masa dulu). Tapi, persoalannya sekarang, sudah cukupkah pengisian jiwaku untuk aku menganjak dari satu fasa hidupku kepada satu fasa alam kehidupan yang jauh sekali berbeza? Dari fardhu muslim kepada baitul muslim? dari membujang kepada hidup penuh bermasyarakat? (nikah kahwin bukan sekadar hidup suami isteri semata. Ia merangkumi mertua, adik-beradik ipar, saudara mara, jiran-jiran dan teman-teman disebelah pasangan kita juga)

Sekali lagi merenung dan kali ini aku tersenyum malu kedalam diri. Belum masanya buatku mengikut jejak sahabat-sahabatku seperti Khairul Fikri dan isteri (Kuantan), Imran dan Nurul Mutmainnah (Kuantan), Hafiz Khai dan Atiqah (Mesir), Aiman Rosli dan isteri (Jordan), adik Rashidi dan isteri (Mesir) dan beberapa lagi sahabatku yang bakal menyusul menyempurnakan urusan agama. Ya, memang layak dan selayaknya aku tersenyum malu kerana terlalu banyak amanat-amanat yang berupa 'benchmark' dari murabbi-murabbi ku untuk aku 'lepas' ke alam yang baru.

Kata-kata ustaz Ahmad b Yunus (ustaz tasmi' ku yang pertama); "din, jangan kahwin selagi Quran tak lekat didada macammana lekatnya surah fatihah kat dada kita. Sekurang-kurangnya dapatkan 20juzuk wajib didada".

Terjahan kata ustaz Abdul Bari (ustaz talaqqi ku, bila la aku boleh tasmi' ngan ustaz mantap nih...) pula " tulah, orang duk ngaji dia duk nak nnikoh, pah ngaji tok abih, habih pun stakat nak makan gaji jah, bukey untuk nak ilmu sapa boleh mengajar orang. pahtuh mulalah karut bagi ilmu salah (tak tepat) bila ngajar orang "


Nasihat Cikgu Aziz (guru matematik ku di Maahad dulu) pula, "Puak-puak awok nih, cuba rasa sikit derita susah payah mak ayah awak besarkan awak. saya tahu, orang-orang macam awak ni ada muka kahwin awal (sambil tengok kepadaku dan Zaki, teman di Gombak sekarang). Tapi cubalah fikir untuk masalah lebih besar, nak tolong adik-adik, nak balas jasa mak ayah awak.. ingat tu... saya pesan ni sebab ramai anak-anak murid saya yang kahwin awal masa tengah belajar lagi. Dahtuh, mak ayah jugak yang tanggung kita dan isteri, malulah sikit kita orang llaki nih"
Em, banyak lagi sebenarnya kata-kata meniti arus hidupku yang lampau yang banyak mengajak aku untuk berkongsi dengan teman pembaca untuk meletakkan neraca diri berdasarkan keadaan, kemampuan, dan situasi keluarga masing-masing.
Teringat satu doa yang diucapkan mereka-mereka yang istiqamah dengan mathurat; ALLAH..ALLAH..Kami memohon kecukupan, yang tidak sampai kami terpaksa meminta daripada orang lain. Berikanlah kami (Ya ALLAH) iman yang sebenar sehingga kami tidak lagi takut atau mengharapkan kepada orang lain selain Engkau atau menyembah selain daripada Engkau. Jangan (Ya ALLAH) Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri; walaupun sekadar sekelip mata atau sekadar masa yang lebih pendek daripada itu...perkenankanlah ya ALLAH.
Satu mau'idzhoh (peringatan) ayahanda Tuan Guru Nik Abdul Aziz dalam menghuraikan maksud satu hadith "laisa minna man lam yataghanna bil Quran" , taghanna disini bermaksud merasa kaya/cukup atau secara satu ayatnya difahami " bukanlah daripada kami orang-orang yang tidak merasa kaya dengan pemberian nikmat al-Quran kepadanya. Subhanallah..halus memukul lubuk nuraniku. Mungkin ini punca utama aku ditimpa ujian kesakitan kerana pernah ku teringat ada ulama' mengatakan bahawa para penghafal al-Quran akan dibalas tunai didunia ini lagi jika ada kesalahan atau maksiat dengan ALLAH yang dilakukannya. Allahuakbar! memang layak dibayar tunai kerana kami ini dianggap sebagai pemegang panji-panji Islam, tapi masih segan meninggalkan maksiat.

Inilah jua masalah manusia akhir zaman ini. Bersungguh menjaga kesihatan badan dan minda, tapi membiarkan jiwa kelaparan makanan Islam, dahagakan minuman Iman, mengganti hidangan ALLAH (al-Quran) dengan hidangan-hidangan yang jelas haram dan syubhat (samar status halalnya). Bertepatan dengan pesanan Imam Hassan al-Banna kepada kita semua dalam menekankan kewajipan untuk menjadi muslim sejati ;

"Hendaklah kamu mengubati penyakit-penyakit yang ada pada kamu, hendaklah kamu mengambil berat tentang faktor-faktor yang menjaga kesihatan tubuh. Disamping itu, hendaklah dijauhkan faktor-faktor yang melemahkan kesihatan"

Kita bukanlah raja atau pemilik sebenar kepada tubuh badan, roh jiwa kita ini, tetapi ianya adalah milik ALLAH. Oleh itu, wajiblah kita menjaganya supaya kita dapat menggunakannya untuk kebaikan.

Pena al-Fateh
3.15a.m
2 Februari 2009

Comments

HiLMaN said…
assalamualaikum,

singgahan ini adalah pertemuan yang sekejap.

tahniah kerana tuan hamba diuji oleh ALLAH. Dia masih sayang kepada hamba-hambaNya.

begitulah Dia menguji hamba-hambaNya.
bagaimanakah tahap iman kita?
allah telah menguji kita di dunia persinggahan sementara ini.
Allah telah mencipta berbagai-bagai situasi dalam kehidupan kita ini seperti baik-buruknya orang itu, alim-jahilnya orang itu, mulia atau hina, kaya atau miskin. begitulah juga dengan situasi sihat dan sakit ini.
Untuk apa ALLAH ciptakan perkara-perkara ini?
Ciptaan ALLAH tidak ada yang sia-sia, jika ada yg sia-sia maka Allah menjadi tidak Maha Kuasa.

fikir-fikirkan lah,
Hanya ALLAH sahaja yang tahu hikmah di sebalik apa yang Dia kurniakan kepada hamba-hambaNya.

diri ini juga tidak terkecuali.
masih mencari keredhaanNya.
masih mencari keampunanNya.
masih mencari solusi terhadap hati yang lemah ini yang bercita-cita menjadi pejuangNya.
bagaimanakah pejuang yang sejati?
semakin banyak mencari keredhaanNya,
semakin banyak halangan yang ditempuhi.

Harap tuan hamba mengingatkan diri ini agar jangan berputus asa dalam misi mencari keredhaan ALLAH SWT.

insyaALLAH.
-saling ingat mengingati-

salam ukhwah.
ana sokong ape yg fakhru cakap tu..n ana sokong sape yg nak kahwin awal...cuma ana tidaklah sepesimis ustaz2 yang nta qoute tu..bg ana, berkahwin bukan penghalang utk terus berbakti kepada ibu bapa, iadah quran n naiktarafkan tahap pendidikan. ia hanya bergantung kepada bagaimana kita menguruskannya...nak bina masjid, jgn lupa oyak kat ana...
oit2, ana kan dah simpulkan kat bawah tuh ;

untuk berkongsi dengan teman pembaca untuk meletakkan neraca diri berdasarkan keadaan, kemampuan, dan situasi keluarga masing-masing.


Jangan kata org2 berilmu itu pesimis, mereka bercakap berdasarkan ilmu alQuran dan untuk kebaikan anak muridnya berdasarkan pengalaman mereka yang lebih dulu makan garam. Kita terima semua pendapat untuk pembaikkan Ummah.

Erm, kak, memang mindset kita menentukan cara hidup kita, tapi realiti tak selalunya seindah fantasi. alQuran itu berat, gunung pun akan hancur jika alQuran itu turun kepadanya. Jadi, memang patutlah kita menerima banyak terjahan keras n lembut yg tegas untuk melembutkan hati yang sentiasa berbolak-balik ini.

Apapun, syukran sayyidah sumayyah, from diversity we preach...
As said…
sakit memang menguji kita, kafarah dosa (inshaAllah), ni basic semua tahu.

Tapi antara pengajaran best time sakit ialah, terharu dengan perhatian sahabat2..mengajar kita lebih dalam erti ukhwah tu sendiri sebab dapat prove best secara realiti.

Kadang rasa cam terhutang budi sangat even jas a SMS.

syifaan la yughadiru ba'dahu saqaman..ameen

Popular posts from this blog

Indahnya Bahasa India

Sekadar berkongsi beberapa patah perkataan bahasa India yang ku pelajari secara tak langsung dengan pesakit dan pekerja. Jika ada kekurangan dan kesilapan sila betulkan.


1- Siapa nama awak? = ope riina?
2- Nama saya.... = yenper....
3- Pergilah (untuk lelaki) = poodah
4- Pergilah (untuk perempuan) = poodii
5- Dah makan ke? = sapdiya...?
6- Dah makan dah = sipdaen
7- Jom makan = Bahsapdala
8- Jom minum = wa tanni kudigkelam
9- Awak tinggal di mana? = ni yengger kae ?
10- Baju = settae
11- Seluar = silwar
12- Mata = kanney
13- Telinga = kadhae
14- Kaki = kaali
15- Wajah = kaalai
16- Apa khabar? = na lam irking gele?
17- Apa khabar? (secara sopan) = sauriyema ?
18- Nenek = padti
19- Datuk = tata
20- Abang = anne
21- Kakak = akka
22- Pakcik = mama
23- Makcik = mami
24- Ayah = appa
25- Mak = amma
26- Dah minum ke belum ? = tanni kurchitia?
27- Belum lagi lah = inno illek
28- Tak ada = illek
29- Saya pergi dulu ya = poidtu ware’
30- Dah makan ke ? (sopan gitu) = sapdinlah...?
31- Dari mana ? = yinggere dhe?
32- Awak n…

Luahan hati seorang ibu...

Oh ibu..tidak terkata untuk menyatakan jasa ibu, 9 bulan ibu mengandung dengan berbagai dugaan dan cubaan. Ibu menempuh perit dan derita semasa melahirkan..! Semasa dalam pantang, ibu mengalami berbagai situasi yang tak terduga. Mengawasi diri sendiri, mendidik anak yang belum mengerti dan menjaga hati suami yang bukan semua boleh dikongsi. Hati seorang ibu yang cekal sukar dicari, sukar diganti.


Setiap ibu sanggup berkorban untuk anak-anak sedangkan anak belum tentu lagi. Kalau susah, biar ibu yang susah, anak jangan. Kalau ibu lapar, biar anak tidak lapar. Kalau ibu sakit anak jangan sakit. Kalau pakaian, biar anak cukup pakai, ibu tak apa. Kalau ibu sedih, hampir tercabut nyawa pun seboleh-bolehnya tidak diberitahu kepada anak-anak. Itu hanya secebis pengorbanan ibu.


Percayalah bila ibu sudah tiada, barulah anak terasa ketiadaan ibu dan hidup terasa kosong. Tiada tempat untuk mengadu. Kalau ibu ada, ibu buat itu, ibu buat ini, ibu cari itu, ibu cari ini. Ibu banyak boleh buat untuk a…

Rabbana Hablana Min Azwajina Wa Zurriyyatina Qurrota A'yun

Ha tu dio duduk. Jadi menunjukkan bbini ni perkara nikmat daripada Allah subhanahu wataala. Kita bekawin dengey ore ppuwe baik, ore ppuwe becaghi tok laki baik ini merupokey nikmat daripada Allah subhanahu wa taala. Ho bolehla we kalu nok gayo gayo ore ttino hok toksey ko demo gak kato; “ ai nikmat ni wey, nikmat Tuhey ni wey” dan oghe ttino tu pong kalu napok payoh payoh nga oghe jatey gak aa; nikmat ni aa.


Wa ma laha awliya’ahu bisuaali zalika fiddu’a’. Takdi dio ghoyak ceghito ceghito nabi. Nabi-nabi ni selain daripada Aku lantik jadi nabi, Aku buwi jugok anok-anok cucu, so. Selain pado nabi tuh pulok, hok peringkat woli-woli. Peringkat oghe hok bawoh sikit pado nabi, kito panggil woli-woli ni pong, Allah taala puji oghe-oghe hok jjadi woli Dio ni waktu woli Dio bedoa.


Dia tunjuk, doa gapo dio ? wallazina, wallazina yaquluna rabbana hablana min azwajina wa zurriyyatina qurrata a’yun. Ini doa hok Tuhey sediri apo ni rekod daley Quran. Kito lloni bulih guna doa ni. Di antaro tando o…