Skip to main content

SALAM SEPANJANG TAHUN




Salam Tahun Baru 1430H walaupun mungkin terlewat lontaran selamat dari ku kali ini. Diari mumarridh menyingkap hari-hari yang sibuk walaupun sebenarnya tak terlalu sibuk untuk mumarridh meluangkan sedikit masa untuk menulis mempertajam minda. Tapi, kuteringat akan entry-entry ku yang terdahulu mencengkam jiwaku supaya duduk mengatur langkah dengan teliti lagi teratur. Juga supaya aku tidak termasuk didalam golongan yang hanya sekadar tahu bercakap tanpa tahu untuk mengimplementasikan butir-butir idea ini kedalam bentuk jasad yang pasti akan kembali kepada diriku sendiri. Bermula entry pertama 'al-Quran penanda aras terbaik kehidupan hati', apakah sekadar ajakan kebaikan tanpa diriku sendiri yang kuat sekali mentadabbur dan mengamalkan suruh laranganNYA?. Entry kedua yang mengisarkan tentang terapi komunikasi 'Therapeutic Communication', sudahkah lembut lidahku halus tuturku ikhlas hatiku dalam mengajak kebaikan?. Entry ketiga ‘Diari Mumarridh : Memberi Syarat Menerima’ , adakah aku akan terus memberi tanpa syarat seperti sekarang bilamana aku diuji dengan sedikit cuma ujian kemewahan hidup? Entry terakhir yang sempat ku masukkan luahan hati ku terhadap orang bergema suaranya didada-dada akhbar menentang kekejaman Israel terhadap ummat di Palestin tapi dalam masa yang sama menyusahkan pelaksanaan Hukum-Hukum ALLAH dibumi sendiri, ‘ Selayang Komentar di Laman KJ ’. Semoga semua kalam permulaanku sebulan dan setahun yang lalu bukan sekadar ikutan nafsu ammarah. Semoga pena tulisku dibayangi hidayahNYA ditunjangi kebenaranNYA yang tiada ragu lagi nan pasti dipersoalkan semuanya akan tiap-tiap butir kalimah baris ayat di hadapan Yang Maha Mengadili kelak!

Tributku kali ini mengongsikan sebuah rasa hati seorang ibu terhadap anaknya mumarridh di bumi kuantan ini. Tribut khas buat abang long ku Mohd Nurul Hisyam yang kini berada di tahun 3 Kuliyyah al-Quran Universiti al-Azhar, Tanta. Khas buatmu sempena hari lahirmu yang ke-26 ini.

“Semalam ummiku sms aku bertanyakan khabar kerana cuti perkahwinan abangku Fikry yang lepas aku agak moody.

1st sms -----apa khabar sekarang? Ummi dan abah dan adik beradik yang lain alhamdulillah sihat. Apakah sudah tercapai yang dicita-citakan? Adakah bila tercapai hati kan tenang?-----2304p.m

Aku tersentak..ALLAH..benarkah akan tenang hatiku jika impianku tercapai? Apakah sebenarnya yang ku kejar?

2nd sms-------bangunlah berthajud, hyatilah dengan penuh khusyuk.ummi miskin sgala2.sbb tu hiba, hnya ALLAH yg MAHA SEGALA2 nya-----0542a.m

Allah..Allah.. sudah lama rasanya manisan tahajud tidak ku rasa. Allah.. Allah.. Ampunkanlah dosa ummi abahku, dosa adik beradikku, dosa saudara maraku dosa saudara sahabat handaiku, dosa orang-orang tersayang disekelilingku..DOSA seluruh kaum muslimin ya ALLAH..Semoga dengan pengampunan MU akan memudahkan lagi jalan kemenangan perjuangan untuk meninggikan agama MU diseluruh bumi Islam lebih-lebih lagi ditengah keributan kekejaman Israel yang makin menggila ini ya ALLAH ya RAHMAN, ya RAHIIM, ya GHAFUR, ya WADUUD ya MUNTAQIIM..…

Semoga pengampunan MU buat mereka yang memohon..

Wallahu a'lam bissowab

Pena Zenki

Comments

cemburu rasanya hati apabila mumarridh direzekikan dgn ummi n abi yg benar2 faham ttg islam..ada insan terdekat yg sudi mengingatkan apabila lupa, sudi menyedarkan apabila leka, sudi memotivasikan apabila lemah..bersyukurlah! kerana ada insan yg tidak mendapat rezeki itu. termengah2 utk mengingatkan ibu n ayahnya apabila mrk lupa, terkial2 utk menyedarkan ibu n ayahnya apabila mrk leka, terkinjal2 memotivasikan ibu n ayahnya apabila mrk lemah...kdg2 insan itu terlalu mengimpikan ibu n ayah yang dapat mengingatkan, menyedarkan n memotivasikan...namun, apakan daya, doanya masih ditangguh Allah..
Mr W. A. A. said…
bestnya baca blog ni wakakaka...
alhamdulillah , segala puji hanya buat NYA. Cukupkan lah dirimu dengan ALLAH dan RasulNYA. Tiada teman terdekat yang memahami memberi makna hikmah ALLAH amat menyayangi diri itu seperti mana Nabi yang di tarik ibu dan ayahnya dan seluruh orang tersayang disekelilingnya sedari kecil untuk ALLAH sendiri yang mendidik dan mentarbiyah baginda. Bersyukurlah insan itu kerna ALLAH amat menyayangi mu lebih dari penulis yang mudah alpa ini.
sedap baca? ALhamdulillah, nikmat mata kita masih dimanfaatkan. :)

Popular posts from this blog

Indahnya Bahasa India

Sekadar berkongsi beberapa patah perkataan bahasa India yang ku pelajari secara tak langsung dengan pesakit dan pekerja. Jika ada kekurangan dan kesilapan sila betulkan.


1- Siapa nama awak? = ope riina?
2- Nama saya.... = yenper....
3- Pergilah (untuk lelaki) = poodah
4- Pergilah (untuk perempuan) = poodii
5- Dah makan ke? = sapdiya...?
6- Dah makan dah = sipdaen
7- Jom makan = Bahsapdala
8- Jom minum = wa tanni kudigkelam
9- Awak tinggal di mana? = ni yengger kae ?
10- Baju = settae
11- Seluar = silwar
12- Mata = kanney
13- Telinga = kadhae
14- Kaki = kaali
15- Wajah = kaalai
16- Apa khabar? = na lam irking gele?
17- Apa khabar? (secara sopan) = sauriyema ?
18- Nenek = padti
19- Datuk = tata
20- Abang = anne
21- Kakak = akka
22- Pakcik = mama
23- Makcik = mami
24- Ayah = appa
25- Mak = amma
26- Dah minum ke belum ? = tanni kurchitia?
27- Belum lagi lah = inno illek
28- Tak ada = illek
29- Saya pergi dulu ya = poidtu ware’
30- Dah makan ke ? (sopan gitu) = sapdinlah...?
31- Dari mana ? = yinggere dhe?
32- Awak n…

Luahan hati seorang ibu...

Oh ibu..tidak terkata untuk menyatakan jasa ibu, 9 bulan ibu mengandung dengan berbagai dugaan dan cubaan. Ibu menempuh perit dan derita semasa melahirkan..! Semasa dalam pantang, ibu mengalami berbagai situasi yang tak terduga. Mengawasi diri sendiri, mendidik anak yang belum mengerti dan menjaga hati suami yang bukan semua boleh dikongsi. Hati seorang ibu yang cekal sukar dicari, sukar diganti.


Setiap ibu sanggup berkorban untuk anak-anak sedangkan anak belum tentu lagi. Kalau susah, biar ibu yang susah, anak jangan. Kalau ibu lapar, biar anak tidak lapar. Kalau ibu sakit anak jangan sakit. Kalau pakaian, biar anak cukup pakai, ibu tak apa. Kalau ibu sedih, hampir tercabut nyawa pun seboleh-bolehnya tidak diberitahu kepada anak-anak. Itu hanya secebis pengorbanan ibu.


Percayalah bila ibu sudah tiada, barulah anak terasa ketiadaan ibu dan hidup terasa kosong. Tiada tempat untuk mengadu. Kalau ibu ada, ibu buat itu, ibu buat ini, ibu cari itu, ibu cari ini. Ibu banyak boleh buat untuk a…

Rabbana Hablana Min Azwajina Wa Zurriyyatina Qurrota A'yun

Ha tu dio duduk. Jadi menunjukkan bbini ni perkara nikmat daripada Allah subhanahu wataala. Kita bekawin dengey ore ppuwe baik, ore ppuwe becaghi tok laki baik ini merupokey nikmat daripada Allah subhanahu wa taala. Ho bolehla we kalu nok gayo gayo ore ttino hok toksey ko demo gak kato; “ ai nikmat ni wey, nikmat Tuhey ni wey” dan oghe ttino tu pong kalu napok payoh payoh nga oghe jatey gak aa; nikmat ni aa.


Wa ma laha awliya’ahu bisuaali zalika fiddu’a’. Takdi dio ghoyak ceghito ceghito nabi. Nabi-nabi ni selain daripada Aku lantik jadi nabi, Aku buwi jugok anok-anok cucu, so. Selain pado nabi tuh pulok, hok peringkat woli-woli. Peringkat oghe hok bawoh sikit pado nabi, kito panggil woli-woli ni pong, Allah taala puji oghe-oghe hok jjadi woli Dio ni waktu woli Dio bedoa.


Dia tunjuk, doa gapo dio ? wallazina, wallazina yaquluna rabbana hablana min azwajina wa zurriyyatina qurrata a’yun. Ini doa hok Tuhey sediri apo ni rekod daley Quran. Kito lloni bulih guna doa ni. Di antaro tando o…