Friday, January 16, 2009

Mahasiswa Menongkah Isu atau Hanyut Penuh Lesu?




AL-KELANTANI, 19 Muharram 1430H.


Alhamdulillah summalhamdulillah, wasubhannallah, wallahuakbar.

Teman ziarah laman sekalian, masihkah ada iman dan Islam di hati mu tentang perihal saudara-saudara mu di sekeliling?

Sabda Rasulullah SAW:

“Sesiapa yang tidak mengambil berat ke atas urusan Muslimin maka bukanlah dia dari kalangan mereka. Dan sesiapa yang pada pagi hari mengutamakan perkara selain daripada agama Allah maka bukanlah dia daripada golongan orang yang diredhai Allah”.


-Isu 1-

Saudara diPalestin sudah mencecah angka lebih 1000 yang terkorban,adakah kerana bukan Malaysia yang diserang, maka kamu masih segan silu untuk memboikot? adakah kerana bukan ibu bapa mu yang terkorban, kamu masih tak segan bergelak ketawa? adakah kerana bukan adik beradikmu yang dibom dibedil, hatimu tiada menangis, sekadar mulut lantang berkata-kata melaung seruan memanggil tanpa kesaksian dari perbuatanmu hai teman? apakah hujah kita berhadapan saudara-saudara kita di akhirat kelak??

Mereka sibuk berdepan ketakutan kematian dan kejahatan melawan IBLIS dunia, kita sibuk alpa dengan dunia gelap dan tanpa arah tuju yang jelas ciptaan diri sendiri.

Teman, malulah kita dengan seorang tua lagi ditarik nikmat penglihatannya bernama syeikh Ahmad Yassin yang sanggup mati dibedil Apatche, malulah kita teman-teman mumarridh2, thobib2, soydaliy2 dan seluruh teman dalam bidang perubatan ini akan aspirasi seorang Paediatrician, Dr. Abd Aziz Rantisi didalam ucapannya.

Ucapan asy Syahid Abd Aziz Rantisi sejurus mengambil alih kepimpinan HAMAS dari Asy Syahid Syeikh Ahmad Yassin:
“Buat apa kita takutkan kematian, semua manusia akan mati, samada kerana dibunuh ataupun kerana sakit. Jika saya diberikan peluang untuk memilih samada ingin mati kerana sakit jantung ataupun kerana (ditembak oleh) Helikopter Apatchie, saya memilih helikopter Apatchie!”.
Ayuhlah kita bangkit . Benar bahawa kepenatan dan keletihan kita hanya sedikit berbanding rakan - rakan HAMAS di Palestine .


Dimanakah ISLAM dan IMAN kita?






-Isu 2-


Kepala babi diletak di surau UM



Abdul Rahim Sabri Jan 16, 09 10:28am
Pelajar Universiti Malaya (UM) gempar awal pagi ini apabila kepala babi yang dibelah dua, ditemui diletakkan di atas bendera parti politik pembangkang, di dalam surau Akademi Pengajian Islam, UM.LAGI
Forensik polis menyiasat
Diletak dekat pintu
/bm/banner/F03/index.html
Rumah aktivis pro-Mahasiswa UM digeledah polis
Abdul Rahim Sabri Jan 16, 09 11:09am
Rumah aktivis pro-Mahasiswa UM digeledah polis malam tadi, dipercayai berhubung laporan polis seorang timbalan naib canselornya berhubung surat menawarkan kepada seorang calon untuk bertanding bagi pihak universiti.LAGI
20 anggota polis
Rampas komputer riba
Siswa UM kecam isu kepala babi
Abdul Rahim Sabri Jan 16, 09 5:18pm
Pelajar Islam Universiti Malaya (UM) tetap menunaikan solat Jumaat di surau Akademi Pengajian Islam UM (APIUM) walapun ia digemparkan dengan penemuan kepala babi di dalam surau tersebut awal pagi tadi.LAGI
'Di luar jangkaan'
Pilihanraya kampus

---ALLAHUAKBAR..Dunia akhir zaman, apa refleksi mu wahai pemuda? ISLAM dihina sehina hinanya, kini telah berjangkit kedalam Malaysia, dikampus tertua Malaya. Apa reaksi mu hai anak muda??

-Rujuk malaysiakini.com

-Isu 3-
Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu,
Walaupun saya bukanlah orang Terengganu , sekadar mengajak mahasiswa teman-teman pembaca yang mempunyai daya intelek yang tinggi lagi berketrampilan.
Bukalah buku mana-mana, kitab mana-mana pun, pengajian mana-mana pun untuk menjawab satu persoalan dari saya ini.

Islam menentang Sekular, mana satu yang dijanjikan kemenangan (dunia akhirat) ALLAH?

Politik suku, Agama suku = konsep didalam Kristian yang cuba di adaptasi oleh golongan sekularis didalam negara kita. Belum terlambat untuk kita membuang akar umbi fahaman sekular yang berpasak selepas kemerdekaan yang diredhai British 51 tahun yang lampau.

Belajarlah sejarah secara holistik, bukan semata berpandu buku-buku teks sejarah disekolah yang dimanipulasi dan diseleweng oleh 'Amir-Amir' material.

Islam= untuk semua.

Sekular= fahaman sempit politikus yang kurang keyakinan terhadap kebenaran Hari Pembalasan

Pena Zenki.

1 comment:

Nurturing The Ummah said...

cukuplah membuat isu sampingan..

ada isu yang sangat2 besar sudah makin kita lupakan... sangat berat untuk aku jawab kelak..

Masa Itu Nyawa