Skip to main content

"KEWAJIPAN YANG KETIGA" ; KEKANGAN MASA




Salam pembebasan salam kebangkitan salam kesedaran buat seluruh sahabat-sahabat teman pembaca sekalian. Esok UIA Kampus Kuantan akan mengadakan 'demo' menentang kekejaman Israel di Palestin. Hari ini dan semalam aku melihat teman-teman seperjuangan sibuk membuat persiapan untuk 'IIUM KUANTAN MEGA ASSEMBLY' . Sibuk menimbulkan kesedaran kepada semua pihak akan apa yang berlaku di luar dari 'personal zone' warga Malaysia sekaliannya. Alhamdulillah, ini yang sepatutnya berlaku dan semua pihak memberikan kerjasama, cuma memerlukan satu kuasa trigger yang iltizam dan istiqamah dalam meneruskan agenda "Memperteguh Kesatuan Memperhebat Dakwah".


Dalam kesibukan begini mumarridh teringat bagaimana persoalan yang selalu timbul rentetan gerakan mahasiswa yang selalu bangkit menerajui perubahan rakyat bawahan, membantah kekejaman kuasa-kuasa besar dunia, memasar dan menyemarakkan kempen-kempen boikot ; " apa hasil yang kamu buat ni?? Rakyat Palestin akan selamat ke daripada Israel dengan perhimpunan kamu ini?? Apa kamu ingat Israel akan mengundurkan tenteranya semata-mata kerana bantahan kamu?? ". Buat mereka yang meletakkan asas pemikiran yang seperti demikian didalam liang-liang otaknya sukalah penulis mengajak mereka merenung kembali kepada Sirah Nabi Ibrahim bagaimana kisah seekor burung kecil cuba memadamkan api yang sebesar gunung walaupun tahu usahanya itu hanyalah sia-sia semata untuk memadamkan api tersebut. Tetapi bila ditanya mengapakah kamu tetap berusaha berulang-alik mengambil air untuk memadamkan api raksasa tersebut? sedangkan kamu tahu usahamu pasti takkan berjaya. Lalu dijawab oleh sang burung; "aku takut jika dipersoalkan oleh ALLAH S.W.T kelak apa usaha kamu ketika melihat Nabi ALLAH Ibrahim dihumbankan kedalam longgokan api yang marak menyala? Sekurang-kurangnya usahaku itulah hujjahku dihadapanNYA kelak, biarpun berjaya ataupun tidak yang penting aku telah memberi kesaksianku sebagai hamba dengan usaha kecilku setakat yang termampu itu.




Ya ALLAH..janganlah Engkau jadikan aku dan seluruh kaum Muslimin di saat ini lebih rendah darjatnya dari seekor burung disisiMU. Dengan seekor burung pun sudah cukup untuk membuka ruang minda kita untuk memikirkan komplikasi-komplikasi segala tindakan kita yang pasti dan pasti akan dipersoalkan di Akhirat kelak!! Bukalah minda wahai manusia.








Satu mukaddimah yang terlampau meleret sebelum penulis benar-benar masuk kedalam tajuk sebenar. Kewajipan yang ketiga sebagai seorang pejuang (saranan buat kaum muslimin am):




"Hendaklah anda mempelajari sirah yang bersih, sejarah salafussoleh seberapa boleh mengikut masa anda. Sekurang-kurangnya buku yang berkenaan ialah buku-buku "Humat Islam". Hendaklah anda memperbanyakkan bacaan hadith Rasulullah (s.a.w) dan menghafaz sekurang-kurangnya empat puluh hadis; Seelok-eloknya ialah Hadith 40 karangan Imam Nawawi. Juga hendaklah anda mempelajari risalah atau buku di dalam Masalah-masalah Aqidah dan risalah di dalam masalah-masalah furu' (masalah-masalah fiqh).


Penulis berada didalam kekangan masa untuk mempelajari lebih banyak benda dengan tanggungjawab Akademik dan berpersatuan yang semuanya adalah terlalu amat penting dan bakal dipersoalkanNYA kelak. Suatu kepastian yang takkan berubah.


Di akhir kesempatan, dedikasi selamat hari lahir buat semua teman yang lahir didalam bulan Muharram dan Januari ini. Semoga bertambahnya umur, bertambah kematangan kalian, bertambah kecintaan kalian kepada Ilahi.
wallahua'lam bissowab.
Kalam Zenki

Comments

fiqh sirah -muhammad said ramadan buti belum hadam

fiqh harakah - TGHH , (belum disentuh)

fiqh sirah - Muhammad al-ghazali belum disentuh

Raheeq makhtum - sofiyurahman mubarakfuri. belum dihabiskan

muntalaq - Muhamad Rashid Ridha, belum ditelaah

----semuanya belum ni, muhasabah buat diri

Popular posts from this blog

Indahnya Bahasa India

Sekadar berkongsi beberapa patah perkataan bahasa India yang ku pelajari secara tak langsung dengan pesakit dan pekerja. Jika ada kekurangan dan kesilapan sila betulkan.


1- Siapa nama awak? = ope riina?
2- Nama saya.... = yenper....
3- Pergilah (untuk lelaki) = poodah
4- Pergilah (untuk perempuan) = poodii
5- Dah makan ke? = sapdiya...?
6- Dah makan dah = sipdaen
7- Jom makan = Bahsapdala
8- Jom minum = wa tanni kudigkelam
9- Awak tinggal di mana? = ni yengger kae ?
10- Baju = settae
11- Seluar = silwar
12- Mata = kanney
13- Telinga = kadhae
14- Kaki = kaali
15- Wajah = kaalai
16- Apa khabar? = na lam irking gele?
17- Apa khabar? (secara sopan) = sauriyema ?
18- Nenek = padti
19- Datuk = tata
20- Abang = anne
21- Kakak = akka
22- Pakcik = mama
23- Makcik = mami
24- Ayah = appa
25- Mak = amma
26- Dah minum ke belum ? = tanni kurchitia?
27- Belum lagi lah = inno illek
28- Tak ada = illek
29- Saya pergi dulu ya = poidtu ware’
30- Dah makan ke ? (sopan gitu) = sapdinlah...?
31- Dari mana ? = yinggere dhe?
32- Awak n…

Luahan hati seorang ibu...

Oh ibu..tidak terkata untuk menyatakan jasa ibu, 9 bulan ibu mengandung dengan berbagai dugaan dan cubaan. Ibu menempuh perit dan derita semasa melahirkan..! Semasa dalam pantang, ibu mengalami berbagai situasi yang tak terduga. Mengawasi diri sendiri, mendidik anak yang belum mengerti dan menjaga hati suami yang bukan semua boleh dikongsi. Hati seorang ibu yang cekal sukar dicari, sukar diganti.


Setiap ibu sanggup berkorban untuk anak-anak sedangkan anak belum tentu lagi. Kalau susah, biar ibu yang susah, anak jangan. Kalau ibu lapar, biar anak tidak lapar. Kalau ibu sakit anak jangan sakit. Kalau pakaian, biar anak cukup pakai, ibu tak apa. Kalau ibu sedih, hampir tercabut nyawa pun seboleh-bolehnya tidak diberitahu kepada anak-anak. Itu hanya secebis pengorbanan ibu.


Percayalah bila ibu sudah tiada, barulah anak terasa ketiadaan ibu dan hidup terasa kosong. Tiada tempat untuk mengadu. Kalau ibu ada, ibu buat itu, ibu buat ini, ibu cari itu, ibu cari ini. Ibu banyak boleh buat untuk a…

Rabbana Hablana Min Azwajina Wa Zurriyyatina Qurrota A'yun

Ha tu dio duduk. Jadi menunjukkan bbini ni perkara nikmat daripada Allah subhanahu wataala. Kita bekawin dengey ore ppuwe baik, ore ppuwe becaghi tok laki baik ini merupokey nikmat daripada Allah subhanahu wa taala. Ho bolehla we kalu nok gayo gayo ore ttino hok toksey ko demo gak kato; “ ai nikmat ni wey, nikmat Tuhey ni wey” dan oghe ttino tu pong kalu napok payoh payoh nga oghe jatey gak aa; nikmat ni aa.


Wa ma laha awliya’ahu bisuaali zalika fiddu’a’. Takdi dio ghoyak ceghito ceghito nabi. Nabi-nabi ni selain daripada Aku lantik jadi nabi, Aku buwi jugok anok-anok cucu, so. Selain pado nabi tuh pulok, hok peringkat woli-woli. Peringkat oghe hok bawoh sikit pado nabi, kito panggil woli-woli ni pong, Allah taala puji oghe-oghe hok jjadi woli Dio ni waktu woli Dio bedoa.


Dia tunjuk, doa gapo dio ? wallazina, wallazina yaquluna rabbana hablana min azwajina wa zurriyyatina qurrata a’yun. Ini doa hok Tuhey sediri apo ni rekod daley Quran. Kito lloni bulih guna doa ni. Di antaro tando o…