Wednesday, December 24, 2008

Selayang komentar di laman KJ!

Satu coretan hati dariku buat ahli Parlimen Rembau di laman mayanya rentetan kepetahannya bercoletah di balai Islam Lundang, Kelantan pada ulang tahun kelahiranku empat hari yang lalu . Entah di 'accept' entah comment ku ini. Hanya kejujuran pemilik laman menerima seruan atau tidak menjadi kayu ukur.





Salam buat YB Khairy Jamaluddin. Semoga ALLAH memberi hidayah kepada ku jua kepada mu. Semoga ALLAH menunjukkan kekuasaanNYA kepadaku jua mu. Semoga ALLAH membalas segala kebaikan mu untuk rakyat jelata, juga biarlah aku jua mampu berbakti untuk UMMAT bukan untuk keluarga dan perut keluarga semata. Semoga ALLAH memberikan keputusanNYA kepadaku dan antara pendirian mu dan Kebenaran di dalam kitabNYA yang kau junjung dan kau baca setiap hari sekurang-kurangnya 17 kali didalam solat sehari semalam (InsyaALLAH). Semoga ALLAH menunjukkan siapa antara kita pembela Hukum ALLAH atau pembela Perlembagaan Persekutuan ciptaan yang dicipta semata-mata. Semoga ALLAH memberi Hidayah kepada aku dan kamu untuk menggunakan strategi dan Ilmu untuk seluruh Ummat manusia menggunakan saluran Iman dan ISLAM, bukan sekadar melayu semata. Aku mengajak diriku dan kamu beriman kepada ALLAH, keluar dari kegelapan jahiliyah moden menuju sinar Islam yang menyeluruh bukan mengasingkan apa yang kita suka dengan apa yang kita tak suka sebagai 'politik suku agama suku'. Aku menyeru diriku dan YB KJ menuju perhambaan kepada ALLAH secara total, membebaskan hati dan nurani dari mempertuhankan kekayaan, harta, pangkat dan nama. Ridha ALLAH bukan dengan hebatnya kita menyusahkan jalan untuk menegakkan AGAMA NYA. Ridha ALLAH milik kita semua. Ingat, janji ALLAH itu pasti! Hidup ini bukan sekadar didunia. AKhirat kelak pasti dipersoalkan segala tutur bicara kita.


Adakah layak lembu untuk menjaga lembu?
adakah patut untuk bayi menjaga bayi?
adakah logik untuk lembu yang melawan tuannya masih disayangi?
adakah logik Kerbau yang menanduk tuannya akan dibiarkan begitu sahaja?
--- adakah mampu manusia memprogramkan manusia tanpa menghiraukan arahan dan larangan PENCIPTANYA????


4 comments:

amiruddin said...

assalamualaikum,

saya tertarik dengan cara pendekatan dakwah saudara.

berhikmah dan padat dengan kata-kata yang tersusun.

jauh beza dengan saya.

terima kasih atas qudwah yang ditunjukkan.

Muhammad Zaki Sukery said...

salam din..,

bleh jah nak 'link'kan pasal posting aku tu di blog mu...cuma mu letak sumbernya daripada blog aku sebab i'm answerable for everything i have posted in my blog...

neway, keep up your good performance bro!

Member of the Court of Wan said...

wah. abg din dah bloggin' eh? haha... selamat2!

BADAR SBPI Sabak Bernam said...

assalamualaikum,boleh saudara hurai secara ringkas mengenai hudud...apa dalilnya dari Quran.Saudara boleh jawab soalan kami yang jahil ni dengan komen di blog kami

Masa Itu Nyawa