Wednesday, December 24, 2008

Selayang komentar di laman KJ!

Satu coretan hati dariku buat ahli Parlimen Rembau di laman mayanya rentetan kepetahannya bercoletah di balai Islam Lundang, Kelantan pada ulang tahun kelahiranku empat hari yang lalu . Entah di 'accept' entah comment ku ini. Hanya kejujuran pemilik laman menerima seruan atau tidak menjadi kayu ukur.





Salam buat YB Khairy Jamaluddin. Semoga ALLAH memberi hidayah kepada ku jua kepada mu. Semoga ALLAH menunjukkan kekuasaanNYA kepadaku jua mu. Semoga ALLAH membalas segala kebaikan mu untuk rakyat jelata, juga biarlah aku jua mampu berbakti untuk UMMAT bukan untuk keluarga dan perut keluarga semata. Semoga ALLAH memberikan keputusanNYA kepadaku dan antara pendirian mu dan Kebenaran di dalam kitabNYA yang kau junjung dan kau baca setiap hari sekurang-kurangnya 17 kali didalam solat sehari semalam (InsyaALLAH). Semoga ALLAH menunjukkan siapa antara kita pembela Hukum ALLAH atau pembela Perlembagaan Persekutuan ciptaan yang dicipta semata-mata. Semoga ALLAH memberi Hidayah kepada aku dan kamu untuk menggunakan strategi dan Ilmu untuk seluruh Ummat manusia menggunakan saluran Iman dan ISLAM, bukan sekadar melayu semata. Aku mengajak diriku dan kamu beriman kepada ALLAH, keluar dari kegelapan jahiliyah moden menuju sinar Islam yang menyeluruh bukan mengasingkan apa yang kita suka dengan apa yang kita tak suka sebagai 'politik suku agama suku'. Aku menyeru diriku dan YB KJ menuju perhambaan kepada ALLAH secara total, membebaskan hati dan nurani dari mempertuhankan kekayaan, harta, pangkat dan nama. Ridha ALLAH bukan dengan hebatnya kita menyusahkan jalan untuk menegakkan AGAMA NYA. Ridha ALLAH milik kita semua. Ingat, janji ALLAH itu pasti! Hidup ini bukan sekadar didunia. AKhirat kelak pasti dipersoalkan segala tutur bicara kita.


Adakah layak lembu untuk menjaga lembu?
adakah patut untuk bayi menjaga bayi?
adakah logik untuk lembu yang melawan tuannya masih disayangi?
adakah logik Kerbau yang menanduk tuannya akan dibiarkan begitu sahaja?
--- adakah mampu manusia memprogramkan manusia tanpa menghiraukan arahan dan larangan PENCIPTANYA????


Thursday, December 18, 2008

Diari Mumarridh; Memberi Syarat Menerima


Kesibukan dengan kerja-kerja kebajikan dan jadual pembelajaran yang ketat adalah rutin bagi pemuda yang mahukan buah yang masak ranum lagi enak di akhirat dan alam kubur kelak. Saya kali ini suka untuk mengongsikan buah rasa berkhidmat dalam aktiviti kemasyarakatan. Tanggal 13 Disember 2008 yang lalu  membantu PAPISMA (Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia) menjayakan program berkhatan untuk penduduk sekitar Paya Besar, Kuantan.
Debaran menanti giliran…

Ya ALLAH..macammana lah berkhatan ni.

Bermula jam 9.00 pagi majlis dimulakan dengan sedikit penerangan oleh Dr Fazli dari Hospital Tunku Ampuan Afzan (HTAA) mengenai kepentingan, keperluan dan beberapa panduan buat ibu – bapa dalam menjaga anak-anak selepas dikhatankan.

Dr Fazli petah memberi penerangan kepada ibu-bapa












Antara yang diberitahu oleh Dr Fazli ialah; ‘berkhatan ini adalah bertujuan untuk membersihkan kemaluan dengan cara membuang lebihan kulit kemaluan yang menutup ‘kepala’nya itu. Ia juga amat penting untuk memastikan tiada kotoran yang melekat dikulit kemaluan selepas membuang air kecil. Dari aspek perubatan pula, ianya amat penting untuk mencegah jangkitan kuman di saluran kencing (UTI, Urinary Tract Infection), satu diagnosa penyakit yang biasa ditemui di hospital. Juga, mencegah penyakit seperti Sexually Transmitted Diseases (STDs) termasuk HIV.

Membantu Surgeon, Mr. Khairul Salleh
Ok, cut it off…

Lagi pula, berkhatan adalah sunnah yang diamalkan sejak zaman Nabi Ibrahim A.S, bapa agama yang hanif ini lagi. Bertepatan dengan saranan ke-13 buat kaum Muslimin (merupakan kemestian bagi pejuang) muslimin untuk “benar-benar cergas dan terlatih dalam perkhidmatan kemasyarakatan, sehingga anda terasa bahagia dan gembira apabila anda dapat memberi perkhidmatan kepada orang. Oleh itu hendaklah anda menziarahi orang sakit. Memberi bantuan kepada orang-orang yang memerlukan, membiayai menanggung orang yang lemah dan melapangkan orang-orang yang ditimpa bencana sekalipun dengan cakap-cakap yang baik, dan hendaklah anda sentiasa bersegera melakukan kebaikan” – Hassan albanna

Teringat sabda junjungan yang bermaksud: “ Sesiapa yang tolong menyempurnakan hajat saudaranya maka ALLAH akan membantu menyempurnakan hajatnya”..  Semoga usaha kecil ini diterima sebagai amalan diredhai di sisiNYA.

Masa Itu Nyawa